Tuesday, September 29, 2015

:: Tok mudah lupa : singgang sup daging ::

Raya Haji 1436.

Aqiqah Inas. Qurban se bahagian. Aqiqah Inas Tokki Awang taja :).  Sejak-sejak Che' tak de, susah benar nk qurban.  2 tahun lepas guna eZQurban sahaja.  Rasanya tahun hadapan juga eZQurban :).

Inas yang baru keluar hospital susah pula nak berenggang, payah nk bersilat di dapur.  Hari raya 1 dan 2 tak apa la, Chef K Ani ada, hari ke 3 mahu tidak mahu kena tolong mak juga di dapur.

Kalau boleh tidak mahu susahkan mak, nak mak duduk duduk saja.  Tapi pukul berapa boleh makan la jawabnya :).

Daging Qurban pemberian banyak dalam peti ais, jadi lauknya sup tulang, daging goreng sahaja.  Nampak mak ambik pisau sambil mengomel lengkuas tak de.

"Mok nak gi mano?"
"Nak ambik kuah tanoh, abih doh" [nak ambik lengkuas di belakang rumah, sudah habis]
"buat sup bubuh kuah ko?" [buat sup bubuh lengkuas ker?]
"oh dok ingat, ingat nk singgang"

tapi mak turun juga, ambik juga lengkuasnya, bubuh juga dalam periuk bersama daging dan asam keping.

"mok, selalu ma rebus je dulu tulang dan daging ni bubuh sup bunjut. bubuh asam keping ko sup?"
"oh dok ingat, ingat nk buat singgang"

maka, sup pada hari raya ke 3 ada bahan tambahan - lengkuas dan asam keping :), maka jadilah singgang sup.

aku kalau boleh dah tak mau mak masak di dapur, sebab dah beberapa kali periuk dan kuali hangus.  Bahaya, takut kebakaran.  Tapi mak, bila Pok Wan ada, masak itu wajib.  Takut anak bongsu itu kelaparan barangkali.  Anak-anak bertegas untuk ajak tinggal bersama, insist untuk duduk rumah pusaka juga sbb reason yang sama! [*sigh!]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...