Saturday, October 24, 2015

:: Tok Ma in de house ::

ya, aku dah dapat pangkat Tok.

Tahniah along Azuwa for sweet Alya... muah muah, tak sempat lagi Tok Ma nk tgk, tunggu cuti maulid naa.


Tuesday, September 29, 2015

:: Tok mudah lupa : singgang sup daging ::

Raya Haji 1436.

Aqiqah Inas. Qurban se bahagian. Aqiqah Inas Tokki Awang taja :).  Sejak-sejak Che' tak de, susah benar nk qurban.  2 tahun lepas guna eZQurban sahaja.  Rasanya tahun hadapan juga eZQurban :).

Inas yang baru keluar hospital susah pula nak berenggang, payah nk bersilat di dapur.  Hari raya 1 dan 2 tak apa la, Chef K Ani ada, hari ke 3 mahu tidak mahu kena tolong mak juga di dapur.

Kalau boleh tidak mahu susahkan mak, nak mak duduk duduk saja.  Tapi pukul berapa boleh makan la jawabnya :).

Daging Qurban pemberian banyak dalam peti ais, jadi lauknya sup tulang, daging goreng sahaja.  Nampak mak ambik pisau sambil mengomel lengkuas tak de.

"Mok nak gi mano?"
"Nak ambik kuah tanoh, abih doh" [nak ambik lengkuas di belakang rumah, sudah habis]
"buat sup bubuh kuah ko?" [buat sup bubuh lengkuas ker?]
"oh dok ingat, ingat nk singgang"

tapi mak turun juga, ambik juga lengkuasnya, bubuh juga dalam periuk bersama daging dan asam keping.

"mok, selalu ma rebus je dulu tulang dan daging ni bubuh sup bunjut. bubuh asam keping ko sup?"
"oh dok ingat, ingat nk buat singgang"

maka, sup pada hari raya ke 3 ada bahan tambahan - lengkuas dan asam keping :), maka jadilah singgang sup.

aku kalau boleh dah tak mau mak masak di dapur, sebab dah beberapa kali periuk dan kuali hangus.  Bahaya, takut kebakaran.  Tapi mak, bila Pok Wan ada, masak itu wajib.  Takut anak bongsu itu kelaparan barangkali.  Anak-anak bertegas untuk ajak tinggal bersama, insist untuk duduk rumah pusaka juga sbb reason yang sama! [*sigh!]





Tuesday, June 23, 2015

:: macam makcik 50 tahun ::

aku lihat cermin, aku nmpk seorang makcik 50 tahun yang penuh dgn aura negatif yang x sabar dah nk pencen...

what happen to you dear? all the passion has gone...

ada benda yang tak kena ni, check kasma check. remember dear, jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia....

Thursday, May 28, 2015

:: Cerita Tok ::

Anak-anak ummi,

Untung sekali Allah kurniakan sikap tidak peduli untuk anak-anak kecil.  Jika sebaliknya, sudah tentu anak-anak tidak mahu pulang ke kampung setiap kali cuti sekolah.  Ya, leteran Tok itu tidak merdu malah sikap semua-benda-tidak-kena-di-mata-Tok kadang-kadang amat menjengkelkan.  Namun, anak-anak ummi ketahuilah jasa Tok terhadap ummi takkan mampu ummi balas, hatta mati hidup semula pun.  Ya, perit jerih seorang ibu mengandung, melahirkan dan membesarkan anak tidak akan mampu dibalas anak sampai bila-bila! 

Kalian juga masa baru dilahirkan dibelai oleh Tok itu, Tok mandikan, basuh tuutt bila lampin basah, Tok ‘demah’ perut – supaya tak kembung, dan Tok timang-timang..

“maso kecik, Tok jago laa.. besar sesok ingat ke Tok pun dokkk..” kata tok!

Tok masa kecil hidup susah, sebab itu Tok sangat cermat orangnya.  Barang-barang Tok terjaga dan tahan lama.  Sebab tu bila anak-anak ummi hiruk pikuk kan rumah Tok, Tok jadi risau! :D

Oleh itu, anak-anak ummi dan juga UMMI, jangan berkecil hati dengan tok.  Layan la Tok dengan penuh hemah – bersetuju tidak semestinya angguk, membantah tidak semestinya geleng!


p/s : ini catatan semasa dalam pantang di rumah tok, tetiba mlm ni terjumpa.  Sebelum hilang @ lupa @ mood kelaut, copy dulu masuk blog.  Ada beberapa siri catatan mengenai Tok, mungkin kerana Tok makin lupa, aku cuba tulis sebanyak mana cakap-cakap yg Tok sembangkan dengan aku.  Mungkin aku terkilan sbb tak sempat korek masa muda remaja Tokki masa arwah masih ada....

Wednesday, May 27, 2015

:: bogoshipda.. ::

walaupun banyak benor dah hadam drama korea yang lagho2 semata, tapi winter sonata ada kenangan yang boleh buat senyum sepanjang hari.  Bukan la sebab bae young jun yang tak de kelopak mata tu, tapi kenangan pada sahabat-sahabat yang budinya akan dibawa sampai mati.

Raz Buterk, Izu Berudu, Farah Abg Hashim, Ida Gorgon, Oly Kuchinz, Abg Ali Setan, K ija.. BOGOSHIPDA wa SARANGHEYEO :D


Wednesday, May 20, 2015

:: Irsyad vs Izzara ::

errr... dah cari nama anak? Inas baru 6 bulan kut, hahahahahhahaha..

tetiba berkenan nama Izzara ni, parking dulu sini takut lupa..

Izzara Nuha :
Izz - kejayaan/kekuatan,
zara - puteri, yg dikunjungi, yg berseri
Nuha - cerdik, intelligent

;)

p/s : errr geng jangan ucap tahniah dulu, nk tunggu Inas 2 tahun dulu, insyaAllah..

Tuesday, May 19, 2015

:: Langkah kanan ::


Raz pose pagi ni. Jadinya, selepas bayar yuran di Hadanah pagi tadi terus singgah Bakti untuk tapau nasi goreng.  Sampai ofis, lepas check email terus ke pantri ofis untuk sarap.  Ya, lepas pindah bilik ni (Kes Cik Tikus) memang jarang makan di bilik, fobia wei..

Langkah kanan. masuk main ofis, depa tgh duk mkn ramai-ramai. sandwich anis yg sedap pulak tuuu, perghhh... simpan dulu la nasi goreng ni, kira buat lunch la. sardin + mayonis + cili padi = kababom!
alaaa lupa nk snap gambor!


sbb gambar sandwitch x de, bubuh la gambar view dari ofis baru. Kalau tak insaf juga, tak tau la hahahaha!

Wednesday, May 13, 2015

:: catatan 13052015 ::

sekarang pukul 5.16, tapi sasaran hari ni belum selesai. esok dah nak demo, fuhh...

entah mengapa, projek edaftar baru dah jadi macam batu-besar-atas-bahu. beban dia semacam.  dah lama aku pk apa yang tak kena, but i just cant figure it out. ada kebimbangan yang aku tak tau apa dia.  kalau nk kira edaftar adalah 'baby' aku, yang aku ngan raz duk bela starting from zero sampaila semakan syarat yang giler-giler.

kalau dulu, masa bujang, confirm aku stay lagi sampai malam.. sekarang tak sanggup dah nk wat gitu.  bukan tak sanggup sbb 'aku' tapi tak sanggup mengenangkan Inas yang hari-hari jadi baby terakhir ngan pengasuh, fuhhh.. OT pengasuh? erm.. dah berpuluh ringgit bln lps (oh, jangan la ada org anggap aku berkira lak!)

tadi bisnez susu pun dapat 5 oz ja, confirm la wei..kalau masa pam ko tgk skrip.. mana la hormon gembira nak keluar hahahhahahaha...

ok.cukup catatan hari ini.solat dan balik.titik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...