Wednesday, December 17, 2014

:: Tok mudah lupa! ::

(I)

Hari tu Tok makan tapai ubi yang Abah beli di pasar.  Ummi suka tapai ubi, tapi Ummi sedar diri la dalam pantang, tak de Ummi mengada-ngada nak makan.  Sekali Tok sua, kaget juga Ummi.

“Boleh ker makan dalam pantang?”

“apa pulak tak boleh, tapai kan panas”

Waaahh.. bahagianya ummi merasa tapai ubi!

Hari ini Tok makan tapai ubi lagi.  Bezanya hari ini tapai ubi putih, yang sebelum ini tapai ubi kuning.  Ummi dah sengih-sengih nak rasa lagi, sekali nada Tok berlagu lain..

“Tak payah makan la tapai ubi, berak anak satgi..”

Pulakkkkk!

(II)

Hari tu Kak Mah balik rumah mak arwah Abg Mie kat Bera. Tok kata,

“Kak Mah ajak mak gi Payang, tak mboh gi la.. sakit tgh jalan kan susoh..”

Petang semalam Kak Mah balik dari Bera, hari ni singgah rumah Tok, sekali Tok kata..

“Kalu Ma dok balik ari tu, beraso nok ikut jugok K Mah balik Payang, nok gi jalan rumah baru Abang Lah..”

Pulakkkk!

Wednesday, October 15, 2014

:: Irsyad vs Inas II ::

Masa mengandungkan iman, masa bulan-bulan awal tu, aku minta Nan fikirkan satu nama, sebab aku nk sembang-sembang dgn baby, senang panggil nama.

Nan bagi satu nama - IMAN - aku angguk saja, sbb pada aku universal, nama yg boleh digunapakai samada baby lelaki atau perempuan.

"OK. Jika Perempuan, Nurul Iman, jika Lelaki bubuh Mohammad Iman yea.. tak mo bubuh nama panjang2"- aku punya respon.

"ah ah tak payah panjang2, letih cikgu nk isi borang" tang ni aku gelak giler-giler.. ye kadang-kadang aku meneliti juga nama anak2 murid Nan, glamer2 aihh nama anak2 zaman sekarang.  Itu satu, baru-baru ni pun raz kena panjangkan Len table pelajar sbb ada nama pelajar tak muat nk masuk database, kena rujuk jab pendaftaran negara lak member tu untuk len standard bagi maklumat nama :).

Tapi yang kelakarnya, masa nk daftarkan nama Iman, tetiba Nan call dari JPN KT - "Abang bubuh nama IMAN NASUHA yea.. berkenan pulak dekat nama budak dalam rancangan Mari Mengaji" :D

Cik Iman Nasuha

Tuan Muda Idlan Naufal

Masa mengandungkan Idlan, untuk positifkan diri (sbb kunun-kunun nk tunggu iman 2 thn baru nk cuba untuk 2nd baby ;)) - aku cari awal nama untuk baby.  Rasanya panjang benar list nama yang di cari tapi yang dalam shortlist Irfan Nazhan (selepas scan, and tahu boboy), tapi masa tu ramai anak member yang nama Irfan, so last2 decide IDLAN NAUFAL (Idlan - Keadilan, Naufal - Pemurah), mana lah tahu asbab nama esok2 jadi hakim ka, peguam kaa walaupun Idlan kata cita-cita dia nk jadi ultraman hahahahaha!

Ultraman Belatuk hahaha!

Tahun lepas, masa tahu pegnen, pun aku buat benda yang sama - cari nama awal2 giler- excited maybe, lama tunggu untuk baby yg 3rd ni.  Masa tu feeling kuat je kata lelaki - so dapat nama dari Along Azuwa - Irsyad Nu'man - Irsyad - Petunjuk, Nu'man - Kebaikan - Kira berkenan habis dah la dengan nama tu, tapi bukan rezeki kami.. :(

Dan untuk yang kali ni, baru semenjak 2 menjak ni terfikir nak cari nama, bukan tak excited, tapi trauma barangkali, war-war kan berita pegnen kat kawan2 pun bila dah masuk banyak bulan (yg dekat2 tu tau laa..). mungkin juga masa tu duk rasa macam baby lelaki, so decide nk kekalkan nama Irsyad Nu'man juga, tapi lepas2 scan ni, bila 2 doktor kata perempuan, nak tak nak kena buat balik la aktiviti cari nama untuk gegirl :). dan semalam selepas meneliti senarai yang panjang (hahahahaha), nama pilihan untuk baby ke-3 ialah INAS NAFEESA (Inas - Kebaikan @ kelembutan, Nafeesa - Yang berharga). Termaktub ketika entri ini ditulis, bulan depan ada kemungkinan akan berubah hahahahahaha...

so, ada geng nk cadang nama gegirl initial I.N yang makna elok2? :)

Tuesday, September 30, 2014

:: Mengidam! ::


Mengidam gamaknya! Kemaruk beli novel lagha2. :D..
Bacanya entah bila la nie.. tapi selalunya kalau FIXI laju jek, mesti ada yg potong queue ni la!
Tapi tak pe, lepas ni kan cuti 3 BULAN, hohohoho..

Beli Mengejar Ajal dan Cerpen tu sbb karya KHAIRULNIZAM BAKERI. Aku suka lenggok dan gaya bahasa PECAH, so google karya dia yang lain..

sampai esok kut sbb MPHOnline dah antar Delivery Confirmation, yay!

Wednesday, September 24, 2014

:: sunan ::

 
  

woi weeeee... bila nk baca nie..

agaknya kalau RAM terbitkan sambungan kisah laksamana Sunan ni sampai ke-99 pun aku duk follow la jawabnya... huh!

Friday, August 08, 2014

:: one summer night ::

terdengar lagu ni dalam salah satu drama korea..ingatkan oldies omputih, rupanya penyanyi asal Chelsia Chan..
yg aku tepet ni versi penyanyi korea kut..



Tuesday, February 18, 2014

:: tidak lancar .. ::

kadang-kadang dalam hidup
akan hadir saat yang tidak lancar..
tidak lancar sebagai isteri,
tidak lancar sebagai ummi,
tidak lancar sebagai pekerja..

maka,
sila turn 360 darjah,
lancarkan dulu hidup anda sebagai hamba Allah...
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.....

Wednesday, January 15, 2014

:: Ayam Pandan ::

Baiklah Cik Iman Nasuha, resepi kita pada hari ini ialah Ayam Pandan.
Wajib belajar buat, sbb ummi ngan abah sukaaa :).
Dah sampai umur baligh boleh masak karang, buleh ummi lak yang relaks2 muahahaha..

Ok, simple saja resepi nya.. ummi cedok resepi dari belakang botol paste tomyam knorr beberapa tahun sudah, err 7 tahun sudah kut.. tapi ummi alter sikit2 ikut citarasa tekak abah.. maka wajib la Cik Iman ikut resepi ummi sbb nanti yg nak telan nya ummi dan abah la jua :D

Perapkan ayam (potong sederhana kecil) bersama rempah tomyam + halia (cincang) + bawang putih (cincang) + serai (potong haluih2) - resepi asal guna daun limau purut, tp abah tak suka, so ummi tukar dgn serai.. + garam sikit + gula.. tu je, simple je kan ! selalunya ummi perap dulu ayam ni sebelum buat lauk2 lain then goreng last sekali :), nk lagi kaw perap semalaman - menjilat jari you.. kalau ikut resepi dia, boleh juga dibakar tp setakat ini ummi goreng je.. oh lupa! sebelum goreng tu sila balut ayam dengan daun pandan, ikutla kreativiti nk balut camner pun.. tp selalunya ummi gulung je kat tgh2 ayam tu pastu bubuh pencungkil gigi haha.. tak suka balut semua, nanti dia tak de effect garing2 kat tepi..

sukatan?! aisyeh.. ummi main campak2 je.. tapi ayam kecik2 dalam 8 ketul cam gambar kat atas.. ummi guna dalam 2 sudu besar paste tomyam, 3 biji bawang putih, halia main agak je, garam gula ikut selera masing2 la.. (hahahaha.. confirm tak leh jadi chef rancangan masak-masak  ngeee..)

ok, itu saja my dear.. huhu tak sabar ummi nk tunggu iman besar :D


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...