Thursday, September 19, 2013

:: Tindakan Berantai ::



Aku beli 'Alang Rebus Tak Empuk' ni sebab terkesan dengan tajuk dan cover buku ni.

Suka! suka buku ni sbb rasa dekat, chewaah. Suka dengan prolog dia yang buat kita tertanya-tanya "what happen?".  Cuma yang aku tak fhm kaitan watak dalam novel ni dengan watak Alang dalam 'Surat Ungu Untuk Nuha' (SUUN).. tak fhm tu sbb terpk kenapa sampai angkat sbg tajuk novel.  Dan sebelum aku komen kaw2, aku rasa ada baiknya aku beli novel SUUN dan cuba cari jawapan, muahahahahha.. Haa kan dah jadi 'Tindakan Berantai'!

Dan semasa soal jawab dgn pokcik google, aku dapati ramai betul komen karya Noor Suraya sebagai best, superb dan  yang sama waktu dengannya.  Maka gigih la aku mengorder satu lagi karya beliau iaitu "Jaja & Din" :D.  Kalau ikutkan aku macam nk ambik juga "Nyanyian Tanjung Sepi", tapi bila mikirkan buku yg beli dengan MPH Online baru-baru ni pun belum start baca (kecuali siri Peter n Jane Iman), maka aku menahan dulu nafsu membeli hehe.

"AdaMaryam" aku beli sbb lama sangat nk tunggu yuda-2 keluar huhu. (ada ke alasan macam tu :D..)

Inilah hasil Tindakan Berantai itu.. hehe

Dan disebabkan aku belum khatam novel2 di atas, maka tak boleh la nk komen tak best ke..best ke.. kurang susu ker .. opss! haha..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...