Thursday, December 26, 2013

:: Kasyaf ::



Novel yang aku tunggu dari tahun lepas lagi...

Grap novel dgn tuan pengarang siap dgn sign besor2..

Perasan menunggu amat sangat adalah disebabkan novel 'Yuda Di Padang Maya' yg pada aku - brilliant - dan sangat di luar kotak. Mungkin juga lokasi novel ini sekitar USM induk menyebabkan rasa sangaaattt dekat dihati tp pengalaman berada di Tranta - sangat2 tak pernah terpikir nk gambarkan dunia Jin seperti Hijab Kabir.  Dan ada beberapa persoalan yg tergantung, yg pada aku akan direveal dalam kasyaf..
- Apa peristiwa yg menyebabkan Arissa buta?
- apa kaitan dengan pendamping Azmi, Alexanda Al-Mansuri?
- apa perkembangan silfia.. and bla bla..

Dan .. aku membaca Kasyaf dengan perasaan terbawa2 itu.. TAPI..
TAK macam sambungan Yuda puuunnn .. hahahahha.. (rindu pada lawak 'kambin' Pak Yusuf..)

aku tak mahu buat sinopsis novel ni kat sini, kalau nk tau sila google wei..berlambak dah kut org lain buat review.. hehe

Pada aku Kasyaf adalah naskah lain yg ada kekuatan sendiri dan pada aku Kasyaf adalah PROLOG semata (gila panjang PROLOG). Seriusly lagi byk pulak soalan yg toin toin berlegar dalam kepala otak.  Tapi nasibla.. sapa suruh gi baca novel yang akan ada sambungan 1, 2 ke 15 lagi? hahahha..

Memula budget Hasnitah la kut heroine, tapi ntah mcmner watak tu sampai tgh citer 'tersenyap' pulak, kena cover dek watak nealofa.. (hish pasal la penulis guna nama ni, adakah kipas-susah-mati Neelofa?! Tak pasal-pasal muka watak nealofa ni aku tak leh replace dgn org lain dah hahahaha tak suka tau!) n tolong la jgn pasangkan hasnitah tu dgn Nik :P.  Sebut pasal Nik, aku harap lps ni kalau pengarang nk guna lorat rasanya elok kalau ada translate ke bahasa standard kut untuk bagi org luar ganu menghayati lagi haha.. bercakap berdasarkan pengalaman ok! Aku baca MURTAD yang kebanyakannya guna slang utara, ada beberapa perkataan tu serius aku tak tau apa maksud dia (main agak2 beb!).

ok,.... so bila Kasyaf 2 nk kuar ni?!!


Thursday, September 19, 2013

:: Tindakan Berantai ::



Aku beli 'Alang Rebus Tak Empuk' ni sebab terkesan dengan tajuk dan cover buku ni.

Suka! suka buku ni sbb rasa dekat, chewaah. Suka dengan prolog dia yang buat kita tertanya-tanya "what happen?".  Cuma yang aku tak fhm kaitan watak dalam novel ni dengan watak Alang dalam 'Surat Ungu Untuk Nuha' (SUUN).. tak fhm tu sbb terpk kenapa sampai angkat sbg tajuk novel.  Dan sebelum aku komen kaw2, aku rasa ada baiknya aku beli novel SUUN dan cuba cari jawapan, muahahahahha.. Haa kan dah jadi 'Tindakan Berantai'!

Dan semasa soal jawab dgn pokcik google, aku dapati ramai betul komen karya Noor Suraya sebagai best, superb dan  yang sama waktu dengannya.  Maka gigih la aku mengorder satu lagi karya beliau iaitu "Jaja & Din" :D.  Kalau ikutkan aku macam nk ambik juga "Nyanyian Tanjung Sepi", tapi bila mikirkan buku yg beli dengan MPH Online baru-baru ni pun belum start baca (kecuali siri Peter n Jane Iman), maka aku menahan dulu nafsu membeli hehe.

"AdaMaryam" aku beli sbb lama sangat nk tunggu yuda-2 keluar huhu. (ada ke alasan macam tu :D..)

Inilah hasil Tindakan Berantai itu.. hehe

Dan disebabkan aku belum khatam novel2 di atas, maka tak boleh la nk komen tak best ke..best ke.. kurang susu ker .. opss! haha..



Friday, May 17, 2013

:: "kan Allah dah bagi.. kenapa Allah ambik balik?" ::

"tak naaakkkk... kan Allah dah bagi.. kenapa Allah ambik balik?!!"

Luluh hati ummi dengar respon kak Iman yang kecewa. Idlan terkebil-kebil.

Abahnya masih cool memandu kereta.

"Baby sakit iman.. Allah sayang kat baby, sbb tu baby balik kat Allah."

"tak naaakkk.. iman nak baby... Maksu pun ada baby.."
Oooo dia teringat kat Akiff.

"tak pe laaa.. nanti iman doa kat Allah supaya bagi baby lain yea.."

"Iman banyak dah doa ari tu, iman tak nak baby lain, iman nk baby dalam perut ummi..."

Allahuakbar. Siapa kita sayang yang mengaku manusia beriman namun ingin menidakkan ujian daripadaNya...

"Iman.... Iman tau tak.. Baby ada kat syurga.., nanti kalau Iman nk jumpa baby, Iman kena jadi budak baik, tak leh naughty.., kena jadi anak solehah, nanti Allah sayang.  Bila Allah sayang, nanti Iman dapat masuk syurga, dapatla jumpa baby.. "

Dia diam. Aku tak pasti penjelasan aku berasas atau tidak.  Doktor mengagak kandungan ku stop membesar semasa 8 minggu. belum sempat membentuk janin. belum ada heartbeat, maka aku rasa roh belum sempat ditiup... tapi untuk meredakan rasa kecewa hatinya nak tak nak aku khabarkan 'adiknya' baik-baik sahaja.  Barangkali juga meredakan rasa kecewa sendiri.  Allah sahaja yang tahu betapa aku menahan air mata daripada tumpah.  Ya, aku tidak boleh menangis di depan mereka.  Jika aku sendiri tidak kuat, bagaimana anak-anak ini harus kuat?...

Ya Allah.. sesungguhnya kami sekeluarga redho dengan ujianMu ini...


Monday, March 25, 2013

:: Irsyad vs Inas ::

Salam.

Minggu lepas katanya baru saiz sebesar biji lenga (sesame seed), minggu ni dah jd saiz blueberry lak.. membesar bagai johan nampaknya :D.



Yup, welcome to family.  Anak ummi duduk elok2 kat dalam sampai ready nak keluar yea, walaupun abg idlan dan kakak iman hari-hari tanya bila nak keluar.

Minggu ni ummi dah start 'tawar mulut', tp sepanjang masa je lapar.  Semalam ummi dah habis kan stok jeruk pelam pak Ali, erm nmpk gaya abah kena restock la hari ni. Kat opis, ummi backup dgn protein ni.. hopefully mampu bertahan 2 hari ni sebelum cuti panjang, byk nk kena settle tp kalau duk 'melepek' camno..


Ya Allah, mohon keredhoan Mu, semoga ibu dan anak sihat sepanjang perjalanan ini ya Allah.
Ku mohon kurniakan kami anak yang soleh yang mampu berbakti di jalan Mu ya Allah.
Amin.

Friday, February 01, 2013

:: Salam Februari ::

Salam Februari.

Rasanya dah sebulan diam dari aktiviti mem'blog' walaupun sebenarnya banyak yg ingin diluahkan di sini.  Kekangan masa.

Aktiviti berjalan bersama anak-anak semasa cuti sekolah - peristiwa sedih 1 muharram - idlan vs hernia - iman dan ABC III .. antara coretan yang kunun2 ingin ditulis, namun setakat ni nmpknya hanya tinggal kunun2 sahaja :).

semalam, sangat kaget apabila aku buat pertama kalinya lupa bahawa hari ini aku perlu buka sistem online registration untuk student IPS.  Selalunya aku akan semak planner untuk 1 minggu ke depan untuk semak jobs yang perlu disettlekan, namun minggu ini frust barangkali - sebab tak dapat nk cuti, nk balik kg time cuti CNY, bertembung dengan sistem eDaftar yang akan dibuka betul2 lepas cuti CNY - menyebabkan aku longlai semacam ke opis.  Kena pulak minggu ni masa diperabis untuk bengkel pra-mantap, lagi bertambah mamun la jawabnya!

Alhamdulillah, Allah beri rasa terdetak hati untuk semak planner untuk 1 Februari - kununnya ingin set meeting bersama Falina di IPS - namun sangat terkejut bila kotak 1 Februari aku tandakan besar2 - Bukak Online Reg 122 Pelajar Baru- masyaAllah!  Setakat untuk jana no matrik atau berkait dengan tugas aku sahaja masih boleh diterima lagi tapi bila berkait dengan prosedur melibatkan unit lain, maka cuak juga la aku.  Sebelum ini telah telah 'sign MOU' dengan unit email, untuk aktifkan email sila bg masa sekurang2nya 2 hari kepada unit mail.. aduuhh sakit kepala.

Nasib baik deal dengan orang yang mudah berkira - terima kasih marsyitah kerana memahami.  Andai kata kalau semalam tu dihambur dengan 'kata-kata manis' pun aku memang kena pasrah sahaja hahahaha.

Ya Allah bagi aku kekuatan utuk harungi minggu ini.  Online Reg on, edaftar nk kena prepare utk on lps cuti CNY.  Permohonan Online IPS Baru dateline 28 ni.. Falina bakal cuti bersalin, maka nk kena ambik tahu juga tugas2 dia di IPS.. ok! Bakal MIGRAIN .....

Wednesday, January 02, 2013

:: Duri ::

Selamat tahun baru 2013. Hari pertama tahun ni dihabiskan dengan bergolek-golek mengkhatamkan novel DURI- Fauziah Ashari. syok!


Camner aku boleh 'terbeli' novel ni yea.. berikut adalah sebab musabab nya:

1) aku boring tgk watak heroine drama terlanjur cinta, TV9 (episod awal2 ni) - asal org kampung je..mesti naif, asyik nk pasrah je.. hish..

2) so.. aku pun layan ler Duri, prima.. watak heroine watak hitam sikit.. tapi biasala .. bukan follow betul2 pun, asyik tertinggal episod je.. then dapat tau drama ni adaptasi novel, so bermula agenda cari novel, tak de aku asyik tertanya2 .. 'kenapa kenapa..?'

3) dan sebab ketiga, aku nk perabis kupon popular yang dapat masa pesta buku hari tu - kupon tu valid sampai 15 Jan.. nk beli novel RAM aku bercerita, belum sampai lagi kat popular pulak..

Tapi yang pasti, syok layan novel ni. Ending nya aku suka, sila ambik pengajaran berikut : dendam kat orang, kunun nk balas, nanti yg sakit hati adalah diri sendiri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...