Tuesday, December 25, 2012

:: carbonara with love ::

Carbonara.  Sejak bila ya suka makan ni... ahaaa sejak jiran depan rumah bg di suatu petang nan senja, di kala baru sampai dari kampung.  dan keadaan masa tu memang sangat lapar dan penat tp rushing juga balik ke halaman sentosa tanpa singgah di kedai makan sbb nk solat maghrib.

Di kala anak jiran yg comel bagi mangkuk berasap2 dan sangaaaat best aromanya, perasan masa tu sgt la 'heaven'.. ohhh adakah sbb faktor2 kelaparan dan kelegaan hati (ye laaa wei..confirm tak yah masak ker..kuar ker.. kan penat!) menjadi penyumbang perasaan berbunga-bunga pada masa itu?!!

tapi yg pasti kami 3 beranak menikmati hidangan itu dgn penuh perasaan; kecuali abahnya yang sentiasa bercitarasa tradisional itu, haha!  Selalu kalau kat restoran tak de la rasa nk cuba benda alah ni, sbb duk pk mesti rasa cream masam pastu satgi muak. 

dan disebabkan anak2 sangat menikmati carbonara ni, maka gigih la Ummi  nya bertanya Pakcik Google pasal resepi carbonara ni.. oooo tak de la payoh bebenar.  Dan bermacam-macam version resepi la ummi dapat.

Carbonara ni selalunya menggunakan sea food, tapi disebabkan Cik Iman Nasuha itu allergik ngan 'hayaawan lauuutunn', maka umminya menggunakan ayam sahaja.  1st time buat, ada sosej dalam peti sejuk, ngan sosej2 ni sekali ummi campak :P.  Tapi sangat hepi bila belek2 buku 365 resepi, chef hani pun guna sosej gak!

memula rebus fettuccine ke pasta ke, buh garam ngan minyak sikit..sampai masak ler..

bawang besar dan putih tumis, kalau korang nk betul2 italy sila guna minyak zaitun/ minyak jagung, tp disebabkan kat dapur ni ada minyak sawit je..bantai la minyak sawit pun.. dah naik bau, bubuh ayam (potong kecik2 la.. ala2 nk hancur pun tak pa..), then bila agak2 ayam dah masak bubuh sosej dan cendawan butang (selalu guna yg dalam tin je, next time nk try yg fresh).  Then bubuh serbuk lada hitam dan oregano.. sangat suka bau tumisan bila masukkan herba ni.  kalau resepi org lain, aku perasan depa masukkan lada hitam dan oregano ni lps masukkan susu @ cream, tapi naper ntah aku suka bubuh time tumis... mungkin sbb aku perasan nk ayam tu ada 'rasa' sikit haha :P.

resepi chef hani bubuh buah tomato.. so kalau ada bubuh je, kasik kaler sikit. kalau ada capsicum merah n hijau tu sila bubuh.. kasi lawa beb.. tapi kalau yg tak cukup bahan cam kami ni.. haaa kami ada tips.. ada lada besar(lada segar tu laaa..) ? kami buang biji dia dan potong ala2 dadu then masukkan masa tumis bawang.. baru ada rasa malaysia sikit, kalau nk lagi malaysia..buh cili padi!

then masukkan fresh milk, garam sikit, kasi sebati. ada orang suka gunakan cream, tu pun boleh juga, tapi tekak kami anak beranak rasa kalau guna cream 'agak muak sedikit' berbanding guna susu je. dah mendidih masukkan keju parmesan, kalau tak de.. keju chesdale pun boleeehhh.. cuma bezanya kalau guna keju parmesan, bubuh sikit pun dah pekat sos kita, kalau guna keju chesdale tu, kena guna 2 3 keping gak laa..

kalau nk kira dah siap la carbonara kita, mkn je pasta tu nagn sos, tapi aku suka gaulkan pasta ngan sos tu dalam periuk, so that nanti kami mkn main ceduk je, mesti fair n square kan.. tak de la org ambik sos lebih kan ..hahahhaha.  Sila makan panas2, sbb kalau sejuk nanti sos dia jadi pekat la sangat!

OK, jangan terpengaruh dengan gambar kat bawah yang nmpk sgt tak menarik.. gambar dalam periuk beb, in the making..biasala kah kah ;).. sila cuba sbb sedap, anak-anak pun mkn bertambah!

Carbonara with love.. sbb gambar dalam periuk.. tak dak platting bagai la yea :)

Thursday, December 13, 2012

:: ce kira umur korang dlm thn hijrah.. ::

Ohh.. ter discover sesuatu.. umur aku dlm thn hijrah untuk 1434 adalah 35 tahun errrrkk..

alkisahnya baru-baru ni cam azam thn ni nk sambut besday 1 family dlm thn hijrah, so tergedik-gedik la cari converter tarikh grogorian ke hijriah then perasan 30 mac 1979 bersamaan 2 Jamadilawal 1399.. eh 1399, aku ingatkan 1400 (pernah cari dulu tp aku lupa) sbb aku perasan umur aku akan sama dgn thn hijrah... so kalau mengikut kalendar islam, sebenarnya aku akan berumur 35 tahun pada 2 JA 1434/ 14 Mac 2012.

erm.. bukan beza sgt 34 dan 35 tp 35 ni rasa lain macam lak huhu..

ok, untuk catatan diri sendiri :

Kasma - 2 JamadilAwal 1399, Jumaat
Mr hubby Adnan Mohamad - 7 RabiulAwal 1398, Selasa
Cik Iman Nasuha - 20 Rejab 1428, Jumaat
Tuan muda Idlan Naufal - 9 Zulhijjah 1430, Khamis


Friday, November 30, 2012

:: lagha la la la ::

merindui seung gi yang tak de dalam 2D1N
(hahaha.. rasa cam kelako pulak mak budak buat ayat2 mcm budak menengah!)



layan klip video lagu ni, membuatkan ahkak teringat kisah layan jiwa masa muda remaja..
zaman monyet bergayut-gayut tu la..
bilamana jatuh suka pada sorang senior yg dikatakan juga 'jatuh suka' pada kita.. tp tak berani nk confess la wei.. bapak dah warning 1st day masuk sekolah menengah .. ."tak mo cinta2.. nanti tak leh masuk universiti!"..so let go saja la..

tapi cam ada perasaan tak lepas, mungkin sbb pendam sorang2 kan.. so lepas2 tu, bila tetiba 'terjatuh/tergolek' suka kat someone.. ahkak dengan macho nya akan bgtau tuan badan ..

so, mana2 tuan badan yg ahkak pernah confess tu, jgn terbeban ok.. ahkak sekarang bahagia ever after - insyaAllah .. :)

Tuesday, November 27, 2012

:: menunggu en suami tercinta ::

sementara menunggu en suami datang ambil balik kerja, moh le kita coret something kat sini... nk meneruskan usaha godek2 edaftar, rasa cam berapa nk gagah dah.. permohonan baru IPS rasa cam nk KIV jab sehari dua ni sbb rasa cam leeeemmmmbaaabbbb sgt duk paksa diri nk perabis, dr minggu lepas lagi.. so apa kata kita tukar enviroment kejap.. mana la tau.. semangat 'membuak-buak' dtg lepas ni ngehehehe..


selamat tahun baru 1434... maknanya thn ni aku pun akan berumur 34 gak. ermmm makin muda!

Bila 'yuda di padang maya 2' ni nk kuar? kehausan buku citer ni.. stok novel dah habis.. yg ada buku agama/motivasi, kah kah kah.. oohhh apakah?!

ok dah mengarut.. stooppp!

Friday, September 28, 2012

:: Andai Rasulullah masih ada bersama kami ::

Wahai Tuhanku, kami telah lalai dan alpa,
Namun setiap orang daripada kami mendambakan,
Keampunan-Mu,
Pada sifat pemurah-Mu,
Pada pembebasa daripada api neraka-Mu,
Dan pada syurgamu bersama penghulu segala manusia

Kami memohon pada-Mu...
Kami memohon padaMu, wahai Tuhanku,
Jauh di lubuk hati kami

Andai Rasulullah masih ada bersama kami,
Pasti yang jauh dan dekat akan datang padanya,
Mengharapkan kebaikan Rasulullah sebelum ia berakhir,
Dengan harapan dapat mendampingi Rasulullah.

Kerana mendampinginya jiwa menjadi tenang,
Dan doa akan diperkenankan oleh Allah,
Cahaya Rasulullah tidak pernah sirna,
Wahai tuhan, makbulkan hajat kami untuk bertemu dengannya

Hidayahmu ibarat alam terbentang luas,
Sebagai kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Bicaramu bagaikan sungai yang jernih,
Berdampingan denganmu bagaikan dahan yang segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Rasulullah,
Wahai Muhammad,yang memuliakan segala makhluk
Berada di sisimu, jiwa menjadi tenang,
Wahai pembawa rahmat bagi sekalian alam.

Wahai Kekasihku, wahai Muhammad
Wahai penawarku, wahai yang sentiasa dipuji,
Kelebihanmu tida dapat disangsikan lagi
Maha Agong yang berselawat ke atas Baginda.

video

* sayu setiap kali dengar lagu ni..

Tuesday, September 25, 2012

:: hujan ::



hujan. walaupun tak selebat subuh tadi tapi masih meleret-leret hujan nya.

subuh tadi, sejuk barangkali, anak teruna ku terjaga, bawak bantal nya dan tidur sebelah ummi. mau dipeluk lagaknya :).

di ofis. mendung2 gini jiwang lak rasanya, teringat anak2 kat tadika dan hadhanah..

dan tiba-tiba terfikir, hujan-hujan begini apa lah agaknya mak kat kg fikirkan? anak-anak yg jauh dan dekat? mak yang sendirian di kampung adakah sangat merindui anak-anak yang tiada di rumah? adakah sangat merindui arwah ayah? piluuu..

maka aku pun mendail no rumah dan.... "Hello.. mak?"

Friday, September 21, 2012

:: Kemaruk ::

Limited time tp kemaruk nk update blog jugak2.. maka ringkas2 je la jawabnya..

yeah jom dgr lagu tema drama korea yg menduduki carta kedua selepas lagu tema winter sonata (masih belum tergugat kedudukan lagu ini untuk sekian lama :P).  Suara merdu Baek Ji Young ni mengiringi aku buat report kriteria syarat2 dlm edaftar dan online registration - boss plan nk gabungkan seme sistem pendaftaran kursus - edaftar, online reg, PKDT - jadi satu sistem tunggal. dan aku sangat berharap, kalau aku pun yg kena lead projek ni biarla anak2 buah nya ala2 "satria perkasa hitam" - yg boleh kodkan kod sumber tanpa memerlukan aku ada disebelah, atau nk lebih best - aku.. 'not in the picture' with this projek ngehehehe..

Jom dengar lagu "cinta sebelah pihak" OST princess' man..
check it dauuudddd...


Monday, July 09, 2012

:: Iman dan ABC II ::

Kisah I

Sebelum sessi perjumpaan Ibu bapa hari tu, cikgu iman komen lagi pasal Iman. Komen yg tak memberangsangkan lah.  Memula memang dah nekad, tak nak ambik port sgt komen2 pasal Iman, tapi bila Iman sendiri pun byk kali bgtau "tak suka ke sekolah", jadi terpikir juga ler.

Dari segi pencapaian, ada peningkatan tp agak kebelakang la compare dgn classmate dia yg lain - yg ni aku tak kisah lagi.  Tp bila cikgu ckp focus out, kerap tidur.. risau juga la - boring sgt ka cikgu ngajar?!! HAHAHAHA!

so sekali lagi la aku mengulang proses yg sama untuk menghilangkan 'gundah di hati'
--> ckp dengan org, ntah berapa org la jd 'mangsa' sessi melepas perasaan
--> surf kat net pasal masalah kanak2 ni (manalah tau, kut2 ada problem ka apa..)
--> talk with her, cuba nk selami apa sebenarnya masalah dia kat sekolah
--> sembahyang hajat, yassin dan du'a..

dan conlusion nya --> BUAT TAK TAHU SAJA LA :P

serius hari tu pk sampai nk tukar tadika bagai, tp bila pk tgh2 tahun nk tukar kesian lak kat Iman, so pk nk tgk camner dia sampai hujung thn nie. and kalau nk kira dulu dia masuk tadika dgn 0 - ABC pun tak kenal, atleast sekarang dia dah start mengenal suku kata, OK la tu, ada kemajuan apa! vocab english dia pun bertambah.

so, kalau lepas ni dapat lagi komen Iman tak focus ka, tak leh baca lagi ka, tidur dlm kelas ka, aku nk sengih saja ok!


Kisah II

Masa perjumpaan Ibu Bapa, mula2 tu, dua cikgu Iman tu pandang je aku, agaknya tak tau nk start camner kut.  So aku senyum dan start dulu la..

"Iman... saya tau mcm komen2 cikgu sebelum ni, dia agak kebelakang compare dgn yang lain.."

tak sempat aku habis ayat, cikgu2 dia potong dgn serentak!

"No.. no.. puan, bukan kebelakang, erm camner nk kata yea.. mcm dia tak bersedia lagi saja (untuk ke sekolah)"

ooo lain la sikit bunyi ayat nya! hahahahaha..

Aku semak kerja2 dia kat sekolah ok ja, tak de la seperti yg aku jangkakan (berdasarkan komen2 cikgu dia!).  Dari segi pembacaan, tak pe la.. nanti kita sama2 usaha ya Iman!


Kisah III

Iman : K.. A.. ka, K.. I.. ki  = AKI
Ummi : KAKI la Iman
Iman : A..a, K.. I.. ki  = KAKI
Ummi : AKI la Iman.. adeeehhh..



Kisah IV

Ummi : Cikgu.., nanti minta tolong pesan dekat Iman yea Cikgu, suruh blk baca dgn ummi, sbb kadang2 dia buat alasan tak mo baca ngan saya sbb nak baca ngan cikgu saja.

separa berbisik, konon nk komplot ngan cikgu la, sekali cikgu beri jawapan begini...

Cikgu : Ohh Puan, hari tu saya pesan suruh baca kat rumah, dia jawab macamni "saya dah baca kat rumah, dlm kereta, ummi doa.. Cikgu tak doa pun!"

Aku? oo terlopong mulut, malu alah ngan cikgu dia wei.. anak daraku menjawab bergitu, kena ajar PR lak lepas ni HAHAHAHA.


Kisah V

Terserempak dgn Cikgu Iman semasa membayar yuran, tetiba cikgu menegur :

"Puan, haa pagi ni dia nmpk OK baca kad B puan, dah boleh baca"

aku? terbadak lak, sbb dia baru dapat kad B tu hari jumaat dan hujung minggu ari tu bukan main liat lagi nk baca kad suku kata dia, semalam pun baca dgn kadar kemalasan yg tinggi. pagi td dlm kereta pun, dia buat tak layan ja, tinggal aku baca sorang2 perkataan dlm kad B dengan penuh perasaan heh! (sambil memandu dan baca dgn kuat, Abg Delan lak yg sengih2)

so memang layak la aku terbadak kan.. so balik karang buat2 tanya yea kad mermaid apa yg cikgu bg dia as hadiah tu, puji lebih2 sikit biar kembang! kut la lepas ni rajin nk baca, leh tukar kad lain pula yea :).

Sejambak bunga dr Iman n Co bersempena Hari Ibu :)

Thursday, July 05, 2012

:: Keterujaan yang Hilang ::

Termenung.

Bukan takde kerja nk buat, tak tau nk buat yg mana satu. mood = zero. haish....

rasa seronok bekerja hilang.

kat mana ntah nk cari balik rasa 'keterujaan' tu, sekarang ni asyik duk rasa nk pencen awal je. haha baru kerja tak sampai 10 thn, dah rasa nk pencen?! INIIII SERIUUSSSSS..

well kasma, check balik check balik apa yg tak kena.. nk kena gi kursus ESQ lagi kerrr? :P


Erm.. nk kena baca balik artikel last dalam buku ni, kena pegang betul2 "ALLAH is my CEO", err kalau nk apply kat geng IT, CIO kut hahahahha.

Ok la Cik Kak, sbb demotivated kan, nah AMBIK..



Monday, June 18, 2012

:: Subhanallah.. cantiknya! ::

Baru-baru ni bercuti lama sikit - 5 hari. selalunya 3 hari saja. tp disebabkan kali ni tak de clash dgn apa2 sistem yg perlu up ke, perlu maintain ke, kena standby ke (ada- tp wakil kat falina :P) maka aku bercuti panjang.

Disebabkan mula bercuti sabtu, maka malam jumaat aku dah mula aktiviti mendobi. dan semasa mengisihkan baju utuk dicuci, cik abg melontarkan 'idea terjah' nya yg sgt bernas dan yg 'sgt2 jrg berlaku' :

"jom gi perhentian!"

memula nk je kata 'tak yah la, last minit br nk plan' sbb aku tak suka main terjah2 saja, kena pulak time cuti sekolah selalunya tempat2 peranginan camni memang FULL la gamaknya. Tp disebabkan 'sgt2 jrg berlaku', dan aku yg asyik merungut 'asyik ke tesco dan sunshine saja - HAHAHAHAHA' - maka aku ikutkan saja plan terjah dia.

kalau ikutkan abe ada contact, tp agaknya sifat pompuan ni seme pun nk ambik tahu dan bersedia - aku taram juga la tanya member2 kut sapa2 ada contact agen utk ke pulau perhentian.  Rupanya Zul baru je ke pulau perhentian baru-baru ni, so aku dapatkan contact no agent ni, student USM juga.. mungkin business family ke apa kat perhentian nun.

Masa abe bgtau chalet FULL, rasa cam frust juga.. iya lah dh beriya2 nk pergi ni.. so contact la en Yoe ni - masa tu on the way balik trg dah pun, dah sampai machang baru confirm ada la juga bilik untuk 1 mlm, so rembat saja la apa yg ada. Alhamdulillah, menjadi juga 'percutian terjah' kitaorg :). Since aku booking, maka kitaorg akan duduk Pulau Perhentian Besar, sbb kalau Pulau Perhentian Kecil - walk in. Iskh tak berani nk walk in bagai, kan bilik penuh kan saja je kena balik Batu Rakit terus hahaha (Pulau perhentian ada 2 pulau, pulau kecil & Pulau Besar).  Cadang nk try Senja Bay ke, Sharila ke (cam lawa je gambar dlm net), tp tak berani la nk walk in.

Kitaorg tido kat Jertih satu mlm, since sampai Jertih pun dah 6 lbh (Jam sungguh kat Machang!), pagi-pagi terus ke jeti Kuala Besut dan cari motor Abg Hamid. Abg Hamid?! :) - iye.. staf Perhentian Trans Holiday (http://www.perhentiantrans.com/), dia yg tunjuk parking kete kat mana semua.. so agak mudah untuk kami la.

Macam cantik2 je ke perhentian pada 3 Jun, hehe dah jadi hadiah anniversary. Bot ke perhentian pukul 9.30 pagi, dlm 45 minit je dah sampai ke Fauna Beach Chalet. Tadaa.. (Tuan Chalet ni sgt mesra pelanggan - abg Di namanya :D)


Semasa bot menghampiri pulau, dah terserlah kecantikan pantainya.. SubhanaAllah! Kombinasi biru dan hijau yang sangat cantik, dan yang paling best JERNIH giler!


Lepas dapat kunci bilik, Iman dan Idlan tak sempat apa2, terus main tepi pantai. Iman dah biasa n 'seronok' main pantai tp idlan masih 'malu2' maka kena la ummi nya berendam sekali hehe.  Petang tu je malu2, esoknya belum sempat sarapan dah 'Jom Abah, Jom' mengajak mandi laut.

Pandangan persisir pantai Fauna Beach Chalet

Kami sempat berjalan ke perkampungan melayu di pulau kecil, ingatkan ada jual2 hasil laut kering ke apa..rupanya tak de haha ingatkan macam Pulau Pangkor. so kami bercanda saja lah tepi jeti sambil makan keropok lekor dan air kelapa. Tp yang bestnya, duk usha ikan2 yg berenang2 tepi tiang jeti, memang tak pernah nmpk kat tempat lain.


Tak lama pun singgah perhentian ni, 1 mlm je sebelum esok bertolak balik ke kampung semula.  Cuma satu je terkilan, tak cuba snorkling, org kata kalau gi perhentian WAJIB snorkling. tp bila memikirkan dengan si kenit 2 org ni, lebih2 lagi Idlan yg mula2 masuk dlm air pun malu2, maka tak gamakla aku nk join snorkling. satgi aku tgk ikan dr atas bot je, iksh!

So, kena pasang hajat nmpknya untuk dtg sekali lagi, tak risau sgt sbb perhentian kat kat TERENGGANU hahahahahaha. so next time, samada dtg berdua sahaja (oh, nk kena tunggu anak2 masuk asrama ker :P?) atau ngan anak2 sekali snorkling yehaa..

* semua gambar entry kali ni cilok dr net, gambar sendiri tak byk, kamera kong, kena pulak tepon abg kena air laut n kong juga :P!

Sunday, May 06, 2012

:: Ketam Bertelur ::


sekali imbas tajuk kat atas seperti menerangkan proses ibu ketam memanjangkan generasi mereka, tapi sebenarnya idak ler.. yg sebenornya tu nama lauk tghari td yg diberi nama oleh Cik Iman Nasuha.

Kisahnya begini, plan asal ingin sediakan ketam masak lemak tp semasa nk menyediakan rencah baru perasan 'lada jarum' tak de [lada jarum adalah panggilan org trg utk cili padi :P] . selongkar plastik brg2 yg abe beli dipasar yg ada hanyalah lada besor merah, iksh cam tak kena pulak kalau aku taram bubuh lada besor merah utk masak lemak. Aku pesan lada besar merah tu sbb plan nk buat ayam masak lada resepi k ina, tp dah en abe beli ketam.. maka wajib la menu ditukar.

"memang wajib lada jarum ker?"-abah

"kena bang, kalau tak ..tak kick"-ummi

walaupun sebenarnya aku bubuh sebijik dua je pun utk masak lemak (ohh anak2 beta n bapaknya tak tahan pedas), tp masih juga ralat kalau tak de cili padi. nk gi minta ngan k zana (jiran sebelah) cam malu pulak, sbb pukul 12 baru nk start masak tghari..? adeehhh..

"masak tumis saja la" - abah

iksh .. cam selalu sgt dah masak tumis, lagipun ayam kicap semalam masih ada lagi, satgi lauk hari ni cam tak de yg menarik. teringat buku 365 resepi chef hani (agak2 k norma n k ina masak apa hujung minggu ni, maklumla baru beli buku resepi jumaat ari tu hehe), belek2 yg ada ketam masak masam manis. tiba2 teringat masakan ketam mak mashitah yg nmpk sgt marvelous gambarnya kt facebook mashitah. seinagt aku mash pernah sms resepinya kat aku, so tercongok la pulak membelek +- 200 sms kat inbox phone (haish..pompuan ni tak reti2 nk delete ker..?) - iskh tak jumpa.. yg ada hanya lah mesej mash pasal meeting nagn GSB.

aisyeh camner ni.. erm main taram saja lah.. seingat aku beza resepi ketam aku ngan mak mash hanya sos tiram dan telur.

ketam yg telah di'siang' dan dibersihkan oleh en abe aku goreng dulu sekejap(serius aku tak reti nk handle ketam camner, so setiap kali masak ketam, abe pujaan hati juwita kalbu tu la yg jd tukang 'siang'). rencahnya - bwg besar, bwg putih, halia- aku cincang2 halus saja, tak tumbuk mcm biasa sbb aku ingat nk masukkan telur utk pekatkan kuahnya nanti. then cili boh n sos tiram. tgk dlm peti ais ada kiub ayam yg expired date nya bulan 7 thn ni tp masih byk ketul, so aku potong sikit bubuh. yelah incase kalau tak menjadi lauk ni ari ni, atleast perasa kiub ni boleh jadi penyelamat kan... then masuk masuk air, sos tomato, sos cili and air asam jawa. aiii dah masuk sos tomato pun bubuh lagik air asam jawa? haa nama lagi masak main campak2 kan? hahahaha.. erm macam cair sgt la pulak..satgi buh ketam semua kuah kena serap dek ketam, so aku bubuh tepung jagung sikit..kasi pekat maaa.. then rasa - iskh lumayan juga ni (sila baca dialet indonesia haha), kasi abe rasa sikit - "erm.. ok " katanya.

baru la aku masukkan ketam yg dah digoreng td, nmpk ala2 cam sebati, pecah telur pukul sikit2 then masukkan dlm kuah tp kena tunggu lama sikit seblum kacau sbb nk kasi telur ketul2 sikit, mungkin sbb aku bubub tepung jagung kut lmbt sikit telurnya nk ketul2. then kacau2 kasi sebati buh lada merah n daun bawang n tutup api. tadaaaa.. dah siap!

"ummi masak apa? ketam bertelur? "-iman

so nama lauk tghari ni jadi ketam bertelur la jadinya. abe komen "sedap juga masak ketam gini..", hehe tak tau la ikhlas ke tidak, tp kalau lps ni minta masak ketam bertelur ni lagi..confirm sedap la.. kalau tak minta tu maknaya pujian 'kasi naik semangat cuba resepi baru' saja la... ahaks!

ya .. aku byk kumpul resepi lauk, dah jd cam hobi lak. tp setakat kumpul je , buatnya tidak.. sbb aku bukan kategori org yg rajin memasak. n tak reti pun.. setakat masak2 untuk makan keluarga kecik ku saja boley la.. kalau kata time raya nk suh aku masak nasi minyak ke.. oh fail la gamaknya! nasib baik ada kakak2 n kakak ipar yg marvelous masakannya, so aku tukang makan saja la..

tapi mak kata nk jaga suami kena jaga perutnya.. nak tak nak kena PANDAI MASAK la kan.. so? sendiri mau jawab laa...

Wednesday, April 18, 2012

:: lagha time ::

aisyeh.. minggu ni KBS start tayang drama baru la.. cam menarik.. nmpk gaya jd rutin le senin, selasa, rabu, khamis..



rasa cam dah lama tak follow drama korea sbb drama sebelum ni 'kurang best', n sbb tak follow, sempat la aku perabis 2 3 buah buku.

haish, aku dapat rasakan, alamat lambat la Laksamana Sunan no.5 ku nak habis....

Thursday, April 12, 2012

:: Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad SAW ::



BEST buku ni. rasanya semua orang patut baca. as muslim, banyak info dan ilmu yang ada dalam ni patut kita 'ambik tau'. yelah, nk mencintai org yg tak pernah kita jumpa bukan mudah, mungkin salah satu cara adalah cuba 'kenal' insan terpilih ni melalui pembacaan.

rasa nak gi jumpa Dr Danial dan ucap banyak2 terima kasih. rajin nya dia membaca :). buku ini seperti rumusan padat daripada senarai panjang buku/kitab/penulisan lain yang membincangkan bukti-bukti bahawa nabi Muhammad tu Rasul akhir zaman.

rupanya nabi muhammad ni dibincangkan bukan sahaja dlm kitab-kitab lama seperti injil bahkan dlm kitab agama hindu dan buddha juga.

buku ni dibeli kat dewan budaya hari tu, semasa ceramah Dr Danial pasal "Quran Sainstifik", ceramah ni pun best dan mantap! kalau rajin, lain kali la buat catatan ilmu pasal ceramah ni :P...

Monday, March 05, 2012

:: iman dan ABC ::



Dah lama tak pergi melawat anak2 kat hadanah masa tghari. Td alang2 membayar yuran, buat site visit sekali la. Tenang hati tgk Idlan tido, lena pulak tu. Rasa rindu pulak nk buat aktiviti pi menyusu time lunch, heh!

Iman dah masuk tadika, awal tahun hari tu. Sekejapnya masa berlalu, dah 5 tahun rupanya anak daraku. Hantar dia ke tadika bersebelah Hadanah, senang.. sekali harung aktiviti menghantar di waktu pagi.

Sudah sebulan lebih Iman masih lagi 'baca' kad ABC. erm.. ada sedikit kebimbangan. normal ke untuk budak 5 tahun ambik masa sebulan lebih untuk mengenal ABC. serius aku lupa, camner aku masa umur 5 tahun ari tu. aku pun ke tadika masa umur 5 thn, dan bila masuk darjah 1 pada semester 1 aku dapat no 1 hehe. (semester ke-2 dan seterusnya tok sah citer, dah kena pintas ngan Suhaimi :P).

aku tgk iman payah betul nk fokus, main lagi best la kan :). dia hanya fokus bila bab2 kaler2 je n time nyanyi2. ABC kalau nyanyi memang dah pass, alif ba ta pun 2 hari je bila aku compose lagu kat dia. tapi bila minta dia 'kenal' huruf2 tu.. aduss boleh nk menangis dibuatnya.

bila tgk anak2 member lain seme dah advance, boleh baca 'peter n jane' mula lah cuak tak bertempat. mujurla ada pakar2 tak berbayor yang menjadi tempat rujukan. Mie, Izu, K ina, abg mazli, k ha. Tidakla aku bertindak dengan penuh emosi :P. Jangan compare anak kita dgn anak org lain. keupayaan budak lain2. as parent bantu apa yg boleh. ok.. itu yg aku pegang sekarang. Tp pagi tadi jumpa juga cikgu dia, saja bertanya khabar la kan :).

"It's ok puan, normal je ni, ada lagi 2 3 budak lain pun duk baca ABC lagi, budak yang advance tu depa dah start awal, ada yg 3 thn dah start masuk sini, lagipun dia 1st time kan.." aku sengih saja, tak bgtau pula cikgu dia dah start dr hadanah lagi hehehe. well, aku ikut flow perkembangan dia saja la. satgi aku pk lebih2 kan, aku tensen lebih2 lak. tp nasib baik sgt tadika ni ikut perkambangan budak, bukannya mengajar sekali harung, meaning dia attertain sorang2 student pada waktu pagi.. so tak de la anak kita tertinggal tercengang2. balik karang kena berlakon lagi la main cikgu2 dengan dia :P.

tp semalam, senyum sorang2 aku bila dia minta kek ngan abah dia "please give me some cake.." ohh dah ckp omputih rupanya anak aku.

oh.. entry kali ni pasal anak belajar ABC rupanya. hahahahaha

Thursday, January 19, 2012

:: 190112 ::

Membuat org tidak senang/ berkecil hati adalah perkara yg paling aku elak, untuk mengekalkan hubungan baik. Tp dalam duk elak, kalau nk kena juga.. aku istighfar je la banyak-banyak..

Wednesday, January 18, 2012

:: Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa .::

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

4 Muharram 1431 H

21 Disember 2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...