Thursday, December 29, 2011

:: membaca jambatan ilmu ::

kalau dulu masa sekolah rendah bila cikgu tanya pasal hobi, laju ja aku jawab mengumpul setem dan membaca buku cerita.

tapi sekarang cam malu ja kalau aku nk bgtau yg aku pernah ada hobi mengumpul setem dan membaca. sebabnya, album setem aku (aku pau abg aku punya..heh!) tinggal album semata sek je ni..isi dia seme dah ilang (serius aku sayang setem2 obersi aku). tu yg aku malas nk tinggal kan apa2 khazanah kat kg, anak sedara ramai sangat beb. apa la kanak2 tau psl nilai sentimental ni yea, nk marah pun cam tak guna :P.

baca buku citer? aku tak pasti sejak bila aku meninggalkan alam 'seronoknya' membaca buku citer. sejak matrik barangkali? huh.. sibuk mengubah dunia kut haha. tapi yg pasti, masa degree aku pernah juga cuba pau novel2 member underground tapi serius tak de feel. aku baca prolog je aku dah tau dah kisah cenggana pastu mula la aku baca ending HAHAHHAHAHA (walaupun penulis digembar gempurkan hebat).. dan lagi sadis aku pernah cuba baca balik novel kegilaan masa sekolah menengah - tangisan bulan madu - aku jadi pelik "CAMNER AKU BOLEH GILER NGAN CITER NI MASA MUDA REMAJAKU?!" oohhh.. maka aku membuat andaian, agaknya aku sudah berusia, tak sesuai melayan novel jiwang lagik.hihihi. dan sejak tu serius, aku tak layan dah baca novel.

dan baru-baru ni, aku tgk seronok pulak sepupuku, Cik kehelan ni duk buat koleksi bacaan 50 buku setahun.. fuyyo.. amazing jab. n tiba-tiba ja ada angin untuk membaca-buku-cerita semula? hahahahahhaa

aku cari balik 2 3 novel yg pernah aku beli n org present pastu jd gajah putih ja sbb aku baca tak abis. ok, azam baru. aku akan habiskan novel-novel tu. Baru-baru ni ada layan "Dia yang aku nikahi". pada aku OK. nanti aku nk pass kat anak dara ku bila dia muda remaja, supaya dia tau cara yang betul mencari pasangan mengikut islam.



15/12 hari tu k asnah present novel ramlee awang murshid - Ranggau - mungkin sbb aku duk risik2 ngan dia pasal buku2 En Ramlee ni, sbb setau aku dia kipas-susah-mati novel2 en ramlee nie :P. aku surf seme blogger lain kata citer2 dia best, terangkat dan yang sama waktu dengannya. so semangat la aku nk baca. tapi.. aisyeh, bila dah start baca je aku dah leh agak sapa pembunuh.. hancusss dah tak saspen lak aku. cuma mula2 aku ingat Dr tu ada masalah split personality (oh, adakah aku terpengaruh ngan citer2 sidney sheldon?)tp citer boleh layan la, kalau nk kata best guling2 tak de la, pada aku boleh layan. pasni aku nk cari citer en ramlee ni pasal pahlawan sunan lak.. :)



tapi yang pasti, ada satu buku pemberian k mah n abg mie masa aku kawin ari tu, Sirah Nabawiyah karangan Nik aziz.. sampai ke hari ni tak habis2 baca lagik..aduss sangat sadis.

2 comments:

Anonymous said...

Iqra'... Bacalah dgn nama Tuhanmu..

Kehelan said...

Kak ma, buku kaklong berkurang tahun ni... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...