Thursday, September 29, 2011

:: "Ummi, tuhan mana?" ::

“Ummi, tuhan mana?” (baca: ummi, tuhan ada kat mana?)

Soalan yg kuar dr mulut anak daraku yg berusia 4 thn tu menyebabkan aku berfikir sedetik sebelum menjawab..

“ermmmm.. tuhan ada kat semua tempat Yang..”

“ermmm.. mana tuhan mi?” – nmpk sangat masih tak faham

"kita tak nampak tuhan iman.. tp tuhan tu ada.. sebab tu iman kena jadi budak baik, sbb tuhan nmpk semua, kalau iman baik, nanti tuhan sayang, kalau tuhan sayang, nanti boleh masuk syurga.. iman nk masuk syurga tak?”

“tak mo, iman nk gi sekolah je” (baca : sekolah = hadanah, kami dlm perjalanan ke hadanah)

Aku tergelak.. “iman tak mo masuk syurga?..seronok tau kalau dapat masuk syurga..”

“ada apa dlm syurga mi?”

berfikir sat sebelum jawab..“kalau iman masuk syurga.. iman boleh makan coklat byk2.. ”

“ummi.. tak boleh mkn coklat byk2.. nanti gigi rosak”

“hahahahaha..”

Mencabar sebenarnya nk menjawab soklan bab ketuhanan untuk budak 4 tahun, tapi pada aku jawab juga seikhlas mungkin. Kadang2 soalan yang dilontarkan buat kita berfikir banyak sbb tak pernah terfikir apa yg ditanya tu. Mungkin sekarang input yg diberikan mereka tak faham pun, tp insyaAllah, one day nanti mereka akan faham juga. Mudah-mudahan anakku membesar menjadi muslimah sejati, amin.

3 comments:

mystmine said...

dah beso iman ye...
belum ada kesempatan acik nak tengok iman yang dah jadi anak dara ni, sama umurnya macam anak teruna acik, wijdan.
terima kasih banyak2 ma, sudi menerima mie bertamu ke rumah tempoh hari. hanya Allah saja dapat membalas budi baik ma sekeluarga.

-Anis

Kayzem said...

Anis,

kalau dah dtg penang, jemput dtg ke rumah ye. :)

aiharaRiko said...

hahaha iman yang byk celotehj :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...