Wednesday, April 27, 2011

:: Pemergian yang diredhoi ::

aku redhoi pemergianmu
ke hadapan yang Hak
ke hadapan Penciptamu

jika di sini hanya mengundang
sakit dan sengsara
aku redho

jika di sini aku hanya mampu memandang
dengan mata yang bergenang
dada yang sakit menahan sebak
aku redho

sedikit ralatku,
tidak sempat lama menyumbang jasa
tidak sempat lama memberi bahagia
tidak sempat lama cucu-cucu mu bermesra..

ku harapkan kebahagian abadi untuk mu
ku harapkan syurga menanti untuk mu
ku berdoa kesempatan untuk bersama lagi
kerna sesungguhnya
Ayahanda, aku merindui ..........


asma H, 040511,2.15 pm

Tuesday, April 12, 2011

:: hilang fokus ::

aku berada di bilik belakang. kali ke dua dalam minggu ni aku di bilik belakang. aku hilang fokus, hingga tak mampu nk siapkan kod sumber mengikut timeline.

serabut barangkali. mungkin ada 'rasa' yang dipendam. mungkin ada masalah yang tak mampu dikongsi. atau... kena ubah dekorasi bilik?

yang pasti, aku tengah berjuang di bilik belakang. credit untuk geng sms yang membenarkan aku menumpang di sini. terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...