Wednesday, March 30, 2011

:: kasma ssi, saengil chukha hamnida.. ::

Hari ni kalau mengikut kalendar org putih aku cukup 32 tahun.. so tetiba ja rasa hari ni special sikit. melawa-lawa ke opis, pagi-pagi buta bukak blog. ooo ampun aku mengulat.

Pagi tadi call mak, kebiasaan setiap tahun. cuma yang kurang aku dah tak dapat bercakap ngan chik. moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.

bila dah bekeluarga, sambut birthday dah tak 'segedik' dulu haha. semalam hubby beli kek, yg excited lebih Cik Iman Nasuha. Siap suh bubuh lilin, 'iman nk tiup' katanya. 'tak perlu la kakak bukan budaya kita, baca doa saja'. tp pengaruh tv lagi kuat laa, seronok dua-dua beradik tu tiup lilin.

dah 32 tahun hidup di muka bumi ciptaan Allah buat aku terfikir, bagaimana aku memainkan peranan sebagai seorg anak, seorg perempuan, seorg isteri, seorang ibu, seorang pekerja.. setiap thn makin baik kah? atau masih di takuk lama.. atau yg plg sadis, makin buruk kah?.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...