Thursday, January 27, 2011

:: escapism ::

Aku tertanya-tanya.. adakah silap percaturan pengurusan masa atau memang aku dipertanggungjawab dengan beban tugas yang banyak. Tapi yang pasti, aku seperti tidak menang tangan, tidak menang minda untuk membereskan rentetan tugas dalam ‘list to do’ ku yg berhelai-helai.

Diari pun sepi. Memang tidak sempat walapun kekadang aku rasa ingin sangat menulis, namun hari ni memang dah tahap maksima, aku perasan aku murung dan aku perlukan sesuatu sebagai escapism.

Baru-baru ini aku revise balik diari-diari lama dan ada satu perasaan yang sangat seronok mengimbau peristiwa2 lama. So aku nekad untuk mula menulis diari semula.titik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...