Saturday, May 12, 2007

:: Satu kisah sungguh malang ::

Satu kisah sungguh malang
Hingga hati menjadi walang
Agaknya ini ujian tuhan
Dah lama tak susah, duk senang lenang
Sungguh ke.. dah tak de jalan pulang?

Kotak senyap kotak bising,
Memula memang tak ambik pusing
Tak de niat eh nk wat kije asing-asing,
Masalah projek, settle sendiri walau berpusing
Tak mau susahkan bos, sat gi migrain
Manalaaaah nk tahu aku nk kena pelengsing
Alahai Kasiiiiiiiiiiim….

Ada report, boss suh meng‘dokumen’
Mana aci, tanpa soal dah wat judgement
Buh penasihat je, sbb tak mau nmpk cam superwomen…

Projek kecik, projek taik gigi,
(dahnya anak buah aku tinggal 2 kerat je lagi..)
Mana nak sama projek *tuttt *tuttt P,
Kerja tak buat, duk goyang kaki
Hanya tau arah itu dan arah ini..
Siap control anak buah lagi!
(iksh..iksh.. leh jd pengarah aku lepas nie..)

Mana pergi komunikasi berkesan,
Kalau tak puas hati cakap la depan-depan,
Jangan duk asyik ‘tegur belakang’,
habaq kat org kami byk kurang
Anak buah sendiri, takkan nak tegur segan?

Mungkin kami banyak kekurangan,
Tunjukla ajar bagi pelajaran,
Setiap perancangan ada alasan,
Konon nk align ngan boss punya wawasan,
Betulkan lah kalau hati tak berkenan,
Leh bincang-bincang apaaa.. kami bukan penyegan..

Kini asyik dilanyak-lanyak,
Agaknya skill takde, tak cukup layak,
Tak cukup senior, pengalaman tak banyak,
Sudahnya dapat title ketua taik minyak!

Buat itu tak kena, buat ini salah,
Sampai tak tau mana nak arah,
Kekadang rasa macam nak blah,
(abang..kansel dulu rancangan nk beli rumah..)
Pujuk hati suh mengalah,
Jiwa tension, doa je lah jangan parah.

‘amiiiiiinnn’

5 comments:

Anonymous said...

Aku Merespon

Kisahmu itu ku sungguh simpati
Sebak besar di dada, ketawa kecil di hati
(kelakar juga bila baca)
Kalau selalu sangat diambil peduli
Itulah yang akan jadi
Mengomel sengsorang tak henti-henti
Kita merana, dia goyang kaki
Apa taknya, tumpang tuah laki

Di tempat kerja dia lah paling gah
Pung pang pung pang tak tentu arah
Semua benda habis dikerah
Benda yang mudah biaq nampak payah
Baru orang tau dia saja yang kerja susah
Maklumlah takut kena cop not strong enof

Biaq pi la dia kat situ
Lagi dilayan lagi berbulu
Sama-sama la kita buat tak tahu
Pekakkan telinga mulut kasi bisu
Kot tak tahan sangat kena la tunggu
Balang mengumpat bukak jam 5 suku

Kita ni kena inovatif
Kadang-kadang kenalah kreatif
Bukan mengumpat saja tapi ada motif
Kat tempat makan or dalam lif
Bukan senang nak bincang isu sensitif
Tambahan pulak nak ubah benda2 negatif

Komunikasi berkesan jadi amalan
Tapi dibelakang bukan depan-depan
Dia tak tau orang dok meraban
Yang menyampai bukannya tau simpan
Maklumlah dah kawan-kawan
Tak bagitau nanti dituduh yg bukan-bukan

Kalau semua dibuat musuh
Macam mana nak kerja bersungguh
Motivasi takde kerja tertangguh
Silap haribulan ada yang merusuh
Baru nak kata “fu-yohhh”

Kerna pulut santan binasa
Semua ni bukannya isu apa
Mulut jahat je punya cerita
Hati baik stengah orang kata
Bukannya apa
Tegur sebagai org lebih tua
Anak2 muda ni darah bergelora
Mudah melatah dan mengada-ngada

Dah ler korang semua
Takder pekdahnya kita bersengketa
Kerja niat Lillahi Taala
Kena kuatkan azam tingkatkan cita-cita
Okla nanti lama-lama
Kita sama-sama berdoa
Moga hatinya terbuka
Bukan apa.. rasanya.. kejutan budaya
Maklumlah bini org ternama.....

Anonymous said...

utk sapa yg tak pernah kena
mungkin belum tiba masa
aku tak nak komen apa-apa
jgn kata duk mengada
sbb korang tak pernah rasa
duduk dlm 'kasut' yang sama
silap-silap boleh meloya..
heh!

ah.zan said...

tarik nafas..tarik nafas...tarik nafas..in & out..in & out..hehee..
relaks cik kasma 'o' kasma..dugaan..semoga anda menjadi lebih hebat lagi..hehe..peace

Anonymous said...

releks..... sabar..... byk2 bertenang....

with power come responsibilities ... and headache ( he he )..

dan jgn kensel le beli rumah tu...

mystmine

Anonymous said...

lama x menulis....
ke mana menyepi???


abizakwan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...