Monday, April 16, 2007

:: ilham toilet ::

Tiba-tiba pagi nie, aku terasa ingin sambung belajar…

Perasaan yang jarang-jarang ada, tapi pagi ni rasa satu semangat yang luar biasa untuk memulakan apa yang patut aku mula sejak dulu. Rasa rindu untuk belek nota-nota study. Dan ilham ini timbul sewaktu aku tenung mukaku lama-lama kat cermin toilet opis pagi tadi (huh, ilham toilet?!!).

‘Apa yang betul2 ingin aku lakukan dalam hidup?’- bermain-main dalam kepala.

‘Apa yang ada sekarang tak cukup ker?’

Dan ini membuatkan aku terfikir pasal Iman. Mampu ker aku nak bawak 3 komitmen sekaligus……….?

Atau adakah ilham yg timbul sekarang adalah kesan daripada ketidak puasan hati pada diri sendiri? Sepatutnya hari ini aku akan terima surat ‘penurunan pangkat’, kesan dari penstrukturan semula organisasi di opis. Penstrukturan kedua dalam masa 8 bulan. Nampaknya masih banyak yang perlu aku belajar untuk menjadi ketua yang effisyen. Atau… ada agenda tersembunyikah….?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...