Wednesday, November 21, 2007

:: Man with two faces.... ::

jangan ingat org yg tersenyum, tersengih2 depan kita..
akan senyum dan sengih2 jugak belakang kita..
mungkin... yg buruk n huduh sahaja kelihatan...

aku? i don't take it seriously babe... he he

memang patut org2 ini pergi kursus komunikasi berkesan bulan dua belas nie ;)

Saturday, May 12, 2007

:: Satu kisah sungguh malang ::

Satu kisah sungguh malang
Hingga hati menjadi walang
Agaknya ini ujian tuhan
Dah lama tak susah, duk senang lenang
Sungguh ke.. dah tak de jalan pulang?

Kotak senyap kotak bising,
Memula memang tak ambik pusing
Tak de niat eh nk wat kije asing-asing,
Masalah projek, settle sendiri walau berpusing
Tak mau susahkan bos, sat gi migrain
Manalaaaah nk tahu aku nk kena pelengsing
Alahai Kasiiiiiiiiiiim….

Ada report, boss suh meng‘dokumen’
Mana aci, tanpa soal dah wat judgement
Buh penasihat je, sbb tak mau nmpk cam superwomen…

Projek kecik, projek taik gigi,
(dahnya anak buah aku tinggal 2 kerat je lagi..)
Mana nak sama projek *tuttt *tuttt P,
Kerja tak buat, duk goyang kaki
Hanya tau arah itu dan arah ini..
Siap control anak buah lagi!
(iksh..iksh.. leh jd pengarah aku lepas nie..)

Mana pergi komunikasi berkesan,
Kalau tak puas hati cakap la depan-depan,
Jangan duk asyik ‘tegur belakang’,
habaq kat org kami byk kurang
Anak buah sendiri, takkan nak tegur segan?

Mungkin kami banyak kekurangan,
Tunjukla ajar bagi pelajaran,
Setiap perancangan ada alasan,
Konon nk align ngan boss punya wawasan,
Betulkan lah kalau hati tak berkenan,
Leh bincang-bincang apaaa.. kami bukan penyegan..

Kini asyik dilanyak-lanyak,
Agaknya skill takde, tak cukup layak,
Tak cukup senior, pengalaman tak banyak,
Sudahnya dapat title ketua taik minyak!

Buat itu tak kena, buat ini salah,
Sampai tak tau mana nak arah,
Kekadang rasa macam nak blah,
(abang..kansel dulu rancangan nk beli rumah..)
Pujuk hati suh mengalah,
Jiwa tension, doa je lah jangan parah.

‘amiiiiiinnn’

Monday, April 16, 2007

:: ilham toilet ::

Tiba-tiba pagi nie, aku terasa ingin sambung belajar…

Perasaan yang jarang-jarang ada, tapi pagi ni rasa satu semangat yang luar biasa untuk memulakan apa yang patut aku mula sejak dulu. Rasa rindu untuk belek nota-nota study. Dan ilham ini timbul sewaktu aku tenung mukaku lama-lama kat cermin toilet opis pagi tadi (huh, ilham toilet?!!).

‘Apa yang betul2 ingin aku lakukan dalam hidup?’- bermain-main dalam kepala.

‘Apa yang ada sekarang tak cukup ker?’

Dan ini membuatkan aku terfikir pasal Iman. Mampu ker aku nak bawak 3 komitmen sekaligus……….?

Atau adakah ilham yg timbul sekarang adalah kesan daripada ketidak puasan hati pada diri sendiri? Sepatutnya hari ini aku akan terima surat ‘penurunan pangkat’, kesan dari penstrukturan semula organisasi di opis. Penstrukturan kedua dalam masa 8 bulan. Nampaknya masih banyak yang perlu aku belajar untuk menjadi ketua yang effisyen. Atau… ada agenda tersembunyikah….?

Monday, February 26, 2007

:: apa ada pada makhluk? ::

apa ada pada makhluk?
hinggakan kita menggantung harapan
setinggi langit seluas lautan
menitis air mata jadi tak bernilai

mana nak digagau
masa esok masa depan

kita makhluk dicipta Allah
hanya Dia ..
tempat bergantung harapan
tempat memohon ihsan
selayaknya tempat menangkap sendu

aku
juga makhluk..
jadi ada apa pada aku?

asma H
260207 12:10 am

Tuesday, January 16, 2007

:: Shift the Paradigm… ::

Dulu pada satu ketika phrase ni glamer sgt.. selalu aku duk dengar keluar dari mulut ex-boss, current-boss and bakal boss. So, ari ni aku pun nk guna gak la phrase nie jadi tajuk enrty kali ni.

Agaknya apa benda la ajakan paradigma ni kan.. yang aku faham perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan lain yang lebih baik..agaknya laa..

Perubahan Status

Dulu anak dara.. sek dah jadi bini org. Dulu bergaduh ngan housemate tak mau basuh pinggan..sek gaduh ngan suami lak, suh dia basuh pinggan (Ohh..kena dera rupanya suamiku!)

Dulu weekend wife je sek dah jadi penuh masa dah. Permohonan pertukaran suami dah diluluskan setelah turun naik pejabat pendidikan. Walaupun kena mengajar di sebalik bukit, tak pelah.. at least masih satu pulau :D alhamdulillah.

Dah lama rasanya tak shopping kain baju kat BJ, sebab setiap kali nk tambah koleksi suami akan buat ayat penyata “tu..baju yg dua almari tu bila nak pakai..” ayat pemati mood betul laa :P. Nanti la.. kalau dia gi kursus, aku ronggeng la ngan bebudak ni (^_^)V

Dulu aku bawak diri je.. sekarang bawak ‘best pren’. Dulu makan tak memilih, main sental je, sek tak boleh la pulak, silap-silap hari bulan keluar semua. Dulu tak boleh bermalas-malasan, sek tak ada orang nak kata apa muahaha.. Gambar best pren :





Doakan daku menjadi ummi mithali…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...