Tuesday, June 27, 2006

:: Hajimemashite.. ::


Ari tu berjalan ke Bukit Bendera. Sepanjang 7 tahun duk penang, ni kali kedua aku ke Bukit Bendera, tupun kerana membawa keluarga berjalan-jalan.

dalam keretapi semasa menuju ke puncak bukit, kebetulan aku duduk di sebelah seorang pelancong jepun (kalau bukan sbb dia bercakap dgn husband dia, sumpah aku ingat dia org cina mesia je..).

saja nak test power, aku bg satu ayat kat dia

"Hajimemashite.."

sedikit terkejut dia (mungkin duk pk minah mesia mana lak ckp jepun ngan aku nih..) sambil tersenyum dan mengiakan dlm bahse jepun.

sekali dia borak ngan aku dlm bahse jepun.. ambik ko, terkulat2 aku nk menjawab. maka jadi lah adegan ayam bercakap ngan itik, aku leh fhm sikit2 apa yg cuba disampaikan oleh minah jepun nie, tapi nk reply balik..haram aku tak tahu :D. setakat cukup mkn.."watashiwa Kasma Des.." tau lah aku he he. beria perah otak, cuba mengingat simple japanese term yg aku dengar dr drama- adalah 2 3 4 patah yg aku apply haha! bila aku reply in english.. dia pulak nmpk terkulat2 tak berapa nk faham. Walaupun cenggitu gayanya kami berborak, tapi masih lagi kami leh fhm apa yg cuba disampaikan oleh satu sama lain.

yang aku terharu..lepas berborak ngan dia, nmpk dia duk sibuk2 bukak rantai hset dia sambil diperhatikan oleh 'anata' dia.

"she wants to give this to u" kata husband dia.

benda comel tu memang dr jepun, kata minah tu pulak.

"kawaii...arigato." tetiba teringat Kyoko Fukada daa..

"sorry..I have nothing to give u.." ye lah, takkan aku nk bg rantai tepon aku lak, tu buterk yg bagi..sayang oooiii. tapi dia memang tak nak pun, siap mengeleng2 kepala, siap kata NO NO! lagi :D.

so, sekarang ranta tepon ni jd antara barang yg aku hargai. betapa org yg baru kita kenal 2 3 minit pun, leh bg hadiah kat kita. rasa terharu lebih2 lak. so pengajaran nya, tegur lah tourist selalu he he! (kalau tourist mesia haram tak nak tegur ya..bukan tak nak tegur, takut dikatakan over ramah je.. tak pun penyibuk :D)

Wednesday, June 21, 2006

:: sekadar cut n paste ::

Kelmarin Yang Hilang (Siri 75)
Oleh IMAN AL-HAKIM

MUJUR kecanggihan teknologi komunikasi telah banyak memudahkan perhubungan manusia. Jarak yang secara relatifnya jauh berpuluh-puluh kilometer, beratus-ratus malah beribu-ribu kilometer dipisahkan oleh halangan geografi dan sempadan politik, sebenarnya tidak berjarak.
Sekurang-kurangnya secara maya atau siber. Ia terasa dekat yang amat. Hakikat zaman moden terserlah apabila teknologi hanya dikuasai dengan sentuhan-sentuhan di hujung jari. Biarpun komunikasi itu mungkin sekadar aksara atau ikonik bagi mewakili setiap rasa yang menjelma dalam diri seseorang tatkala saling berhubungan.

“Haiyaaa... apalah penyakit kawan aku ni. Asyik tersengih je bila duduk depan komputer ni. Jadi risau pula tengok dia ni,” kata Wan Zarina yang mejanya terletak di sebelah meja Nurhaszurinda. Dia tersenyum dengan tingkah rakannya. Kelihatan begitu asyik. Ada tingkah yang menarik minatnya.

Dia berpaling ke arah rakan kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang itu sambil tersengih, menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Menjadikan senyumnya lebih manis. Tidak segera menjawab ketika hatinya diulit senang dan bahagia. Jarak jauh mengikat kasih dan mendekatkan hubungan. Kesempatan berhubung digunakan sebaik mungkin. Dia tahu suaminya tidak punya banyak masa untuk diluangkan di depan komputer.
Wan Zarina amat arif dengan tingkah kawannya yang baru melangsungkan perkahwinan itu apabila tersenyum-senyum sendirian ketika menghadap komputer. Apatah lagi apabila tinggal berjauhan. Manis dan bahagianya tidak sama dengan pasangan yang tinggal bersama. Orang kata, baru kahwin darah pun manis. Jadi senyum-senyumlah selalu, biarpun tersenyum sendirian.

“Tu la, siapa suruh kahwin tapi duduk asing-asing. Tengok sekarang jadi macam orang angau, duduk depan komputer pun tersengih-sengih seorang. Kalau macam tu, bila masa kau nak buat kerja Has.”
Wan Zarina memandang Nurhaszurinda sambil menggeleng-gelengkan kepala perlahan-lahan. Kadang-kadang tidak mempercayai ada orang yang sanggup duduk di depan komputer semata-mata untuk berbual.

Tanggungjawab

“Kerja tetap kerja, mana boleh tak buat.” Nurhaszurinda mempertahankan dirinya. Tanggungjawab kepada tugas mesti ditunaikan. Tetap didahulukan. Itu yang paling penting. Tetapi pada masa yang sama hubungan dengan suaminya tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Dalam kesibukan tugas, sedikit masa digunakan untuk sembang bicara dengan suaminya.
“Nak cari nahas namanya kalau tak buat kerja....” Dia berhenti sejenak, tatkala tangannya bermain-main pen. Kedua-duanya bertukar senyuman. Kemudian Nurhaszurinda menambah dan seakan mengeluh: “Memang dah nasib kami macam ni, Wan. Inilah namanya perisa perkahwinan. Dah nikah, dah kahwin tak semestinya boleh duduk sebumbung.”
Wan Zarina memandang muka Nurhaszurinda seketika. Dia faham kesukaran perasaan yang terpaksa dihadapi oleh rakannya itu. Tidak mudah sebenarnya tinggal berjauhan, tetapi itulah pilihan rakannya itu.

“Emmm. Tu yang tak faham. Dah kahwin duduk asing-asing. Pada hal masa nak kahwin bukan main kelam-kabut. Kata nak kahwin lepas tunang lebih setahun. Tengok-tengok macam orang tak sabar.”

Wan Zarina seperti terlupa untuk meneruskan kerja-kerjanya, dan kelihatan leka berbual-bual. Perkataan tidak sabar yang terpacul dari mulut Wan Zarina menyebabkan Nurhaszurinda tersengih. Teringat kembali majlis pernikahan dan perkahwinannya yang diadakan secara tergesa-gesa. Dan dalam masa yang singkat pula. Kemudian beralih kepada komputer. Ada mesej baru daripada suaminya.

“Chatting ya?”

“Aah.” Jawab Nurhaszurinda sambil menganggukkan kepala. Tanpa berpaling daripada monitor komputernya. Wan Zarina terus memerhatikan tatkala tangan Nurhaszurina pantas menaip perkataan-perkataan yang ingin diucapkan.

“Aku chatting dengan member-member lain juga.”

Penjelasannya dianggukkan oleh Wan Zarina. Kemudian Nurhaszurinda menambah: “Kawan masa sama-sama study. Geng-geng masa sekolah dulu pun ada.”

Dia memandang Wan Zarina – seorang ibu tunggal – sambil tersenyum. Wan Zarina memilih untuk bercerai dan menjaga sendiri anak perempuan hasil perkahwinan berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang semakin menjadi-jadi panas baran selepas berkahwin. Sikap panas baran yang disusuli dengan sepak terajang. Terseksa badan dan jiwa. Lantas dia menuntut cerai demi mencari keamanan dalam hidup.

Wan Zarina kelihatan mengerutkan dahi. Tangannya kelihatan mengetuk-ketuk pen di atas meja. Gaya seperti orang merenung sesuatu dalam ruang fikir. “Orang lain kalau dah kahwin mesti nak duduk sama, terutamanya bila baru kahwin macam mu ni,” kata Wan Zarina dengan suara yang perlahan. Seakan-akan berhati-hati dan bimbang kata-katanya kedengaran kasar dan tidak menyenangkan.

Selepas seketika dia berkata lagi: “Kalau boleh nak pergi mana-mana pun sama. Kalau ada pun duduk asing-asing sebab kerja biasanya untuk jarak yang dekat. Mungkin macam salah seorang tinggal di KL, seorang mungkin duduk kerja di Melaka. Tak pun Seremban, atau Ipoh. Maksud aku masih lagi di Semenanjung. Hujung minggu senanglah sikit kalau nak jumpa. Taklah macam kamu berdua. Berpisah satu lautan.”

“Kalau Wan sendiri macam mana. Sanggup tak?” Pertanyaan Nurhaszurinda itu tidak segera dijawab. Kemudian sambil tersenyum dia menggeleng-gelengkan kepala. Bukan perkara mudah baginya. Perpisahan seperti itu sepatutnya boleh dielakkan. Lagipun tempat seorang isteri di sisi suaminya.

“Kalau setakat di Semenanjung gagah lagilah jika nak duduk asing-asing. Ni kalau jarak macam Sabah-Sarawak, rasa kena sacrifice jugalah. Yalah, itu atas masing-masing jugalah. Sesetengah orang boleh buat tak kisah saja. Boleh terima macam perkara biasa. Tapi rasanya jarang berlaku macam ni. Kes kamu ni luar biasa sebab baru kahwin.”
Nurhaszurinda termenung. Memang ada kebenaran kata-kata rakannya itu.
“Kalau aku, aku berhenti.”

Utusan Malaysia, 21 Jun 2006

Tuesday, June 20, 2006

:: I'm Back.. ::

Dah sebulan rupanya aku menghilangkan diri..
tak tulis apa2 dalam blog.

kalau ikutkan dalam kepala ni macam2 idea nak menulis, tapi bila ngadap pc ada je kije nak kena settlekan.. mungkin sbb cuti 2 minggu ari tu.

dan ari ni aku tergerak nak menulis sesuatu bila sorang member tanya "awat tak update blog?!!"

dan ari ni aku tergerak nak menulis sesuatu bila rs nak muntah dah duk pipeline table sistem.

dan ari ni aku tergerak nak menulis sesuatu bila aku rasa cam penat n nak balik awal dari opis...

dan sesungguhnya aku tak tahu la bila aku akan menulis next entry...............................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...