Saturday, March 25, 2006

:: Hanya Kerana Cinta ::



Hanya Kerana Cinta. Itu rupanya tajuk novel yang aku cari selama ini.

novel yg aku jatuh cinta dengan hanya melihat muka depan nya sahaja. Buah tangan terbaru dari Norhayati Berahim. walaupun aku bukan lah pengikut setia novel-novel melayu, tapi mengikut pengemar2 novel (yakni member2 ku jua adanya heh!) penulis ini mempunyai nama yang besar didalam bidang penulisan. Penulis yang akan mengangkat wanita sebagai hero dalam karya-karya beliau. (lebih kurang cam Sidney Sheldon jugak lah kut gamaknya..).

Enough with the author..

org kata don't judge the book by it's cover. Tapi itu lah yg terjadi antara aku dan Hanya Kerana Cinta. Cinta pandang pertama. Lukisan muka depan - seorang gadis yang memakai jubah seluar bewarna putih, duduk, memberi makan merpati di taman/halaman sungguh cantik (sehingga terasa nak cari siapalah pelukisnya..:D ) sehingga boleh terasa 'sungguh bersopan santun nya gadis tersebut, sesuai buat menantu he he'. ditambah pula watak utama novel ini ialah Kesuma, lagi terasa sangat dekat dengan novel ini - tidak ada unsur2 perasan di sini ;).. tentang jalan cerita dan cara penyampaian masih belum boleh memberi pandangan, sbb tak baca lagi pun, hopefully setimpal lah dengan perasaan jatuh cinta ni he he..

pertama kali bersua dengan novel ini semasa lawatan pertama ke Alamanda, Putra Jaya. Aku tidak membelinya oleh kerana keadaan tidak mengizinkan. Aku cuba mencari buku ini lagi setibanya di Pinang tapi nasib tak baik agaknya, tak pernah jumpa. Tidak beberapa lama selepas itu, hal novel ini dibangkitkan oleh sahabat baik ku dengan satu pernyataan

"ma..da jumpa satu buku baru Norhayati Berahim, tgk cover dia teringat ke Ma, tambah2 watak dia nama Kesuma" -> :D

dan hari ini, Hanya Kerana Cinta berada di tangan. Ada satu perasaan berkobar-kobar untuk membacanya, lebih-lebih lagi ia merupakan hadiah daripada sahabat yg istimewa (mekasih banyak oli chan) ..

Hanya Kerana Cinta....

Monday, March 20, 2006

:: hao pengyou ::

Kita beruntung jika mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

"sahabat baik kah aku bila aku mengharapkan org sekeliling ku menjadi sahabat terbaik ku..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...