Tuesday, February 21, 2006

:: apa nak bg tajuk tah :P ::

semalam sorang kawan lama menelefon.dengan riang gembiranya mengkhabarkan 'dah selamat jadi ayah'. dan aku dengan riang gembiranya mengucapkan tahniah. excited!
tahniah...silalah menjadi ayah mithali :D.

2 3 minggu lepas, semasa dalam perjalanan balik ke pahang dari KL, aku ada meng'sms' kawan lama ni- hanya untuk bertanya khabar. kawan lama ni membalas dengan panggilan sejurus sms dihantar dan sapaan pertama dr kawan lama ini amat lah tak disangka - 'siapa ni?'. aku dengan gelak yg besar bercampur separuh kehairanan memperkenalkan diri (aisyeh, takkan dah lupa kut..) - 'naper tukar no phone?'. agak pelik pertanyaan itu sbb... mana ada aku tukar no puuuunnn... - 'naper tak naik nama Ma, kuar no je..' dan aku membalas dengan jawapan yg nakal, 'erm ada org delete no ma dlm hset tu.. wife kut ha ha' (andaian ini gurauan semata dan di buat berdasarkan fakta isterinya mengetahui sejarah aku dan kawan lama ini ;) he he)

semasa berada di pahang, aku menerima sms dari isteri seorang lagi kawan lama, menyatakan hasrat untuk berkunjung ke rumah (permintaan ini di buat berdasarkan andaian aku bercuti di kampung halaman), tapi hasrat tak kesampaian, sekejap sgt lah pulak aku lepak kat kg! dan bila difikir-fikir balik, andai kata isteri kawan lama ini mengetahui 'apa sebenarnya' antara aku dan kawan lama ini, mungkin kah lagi aku menerima sms yg sebegitu, atau mungkin no phone aku pun akan hilang dr telefon bimbit kawan lama ku ini, he he ;).

moral of the story : sayangi telefon bimbit anda, walaupun seburuk mana dan tak canggih langsung pun ia :D!!

:: selamat tahun baru 1427 ::

selamat menyambut tahun baru 1427. walaupun dah 22 hari berlalu, rasanya masih belum terlambat kut, masih Muharram lagi :).

tahun ni aku buat 2 3 azam yg simple2 je, maleh dah nak buat azam yg gah2 pastu setakat tinggal gah sahaja :D (tak payah lah mention kat sini apa azam nya, sah2 kena gelak tahap agung nya lah). awal-awal muharam ari tu boleh berbangga gak la, azam2 terlaksana ngan jayanya..kita tgk lah sama ada boleh bertahan sampai hujung tahun :).

orang kata tutup buku lama, bukak buku baru. pada aku tak semestinya, mungkin ada beberapa bab dari buku lama yg boleh di 'carry forward' (ewahh, cam cuti tahunan pulak), dan apa-apa yang perlu 'dikemaskan', 'tutup folder' -> kemaskan, tutupkan sahaja dan kalau mampu 'simpan sahaja di dalam hati'.

tahun ni nampak gayanya skop kerja masih lagi sistem e-health, kalau tidak sistem untuk pusat kesihatan, masih kena ambik tahu sistem untuk klinik panel dan klinik IPPT. berulang alik dr induk ke Bertam kekadang memenatkan, tapi bak kata Tun Mahathir - "kita kena berusaha untuk membangunkan negara" haha! untuk sistem kewangan, aku tak involve lagi tp harap jugak bos akan bg simple modul ke dulu sbb nak belajar bahse pengaturcara lain - beranganlah tu, sistem sedia ada pun tak abis2 lagi... ;)

thn ni jugak, aku kena bersedia mental fizikal utk hadapi peralihan paradigma dalam hidup. macam nak kena tuntut ilmu lagi nih. dan untuk sesiapa yang memilih aku menjadi teman hidup, aku tidak sesempurna mana, tapi belajar untuk mengurangkan darjah 'ketidak sempurnaan' itu.

;) selamat tahun baru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...