Friday, November 10, 2006

:: Antara Aku, Syurgaku & sebuah Perkahwinan.. ::

Aku menulis hanya untuk yang berhak, Syurgaku..

Aku mengenali dia sebagai seorang yang akan aku kahwini.
Aku mengenali dia dengan timbang tara untuk sehidup semati.

Penyatuan ini adalah berlandaskan hakikat perkahwinan satu ibadah.
Pernyatuan yang aku ragui akan mempercikkan rasa cinta suci.
Pernyatuan yang aku sangsi untuk harungi onak duri.

Kini, tanganku dalam tangannya.
Fahamku dalam fahamnya.
Arahku dalam arahnya..
dan jua hidupku dalam hidupnya..

Antara Aku, Syurgaku & sebuah perkahwinan.. maka lahirnya CINTA.

Monday, October 09, 2006

:: selamat tinggal, Piangku.. ::

Dah hampir sebulan aku tak menulis rupanya.. dan hampir sebulan juga lah piang ku diambil orang :(

Bila tak de, baru nk terasa rindu.. lebih-lebih lagi bila berurusan ngan tokei kedai-kereta-sewa-melayu yang nampak-cam-tak-nak-berniaga-lama tuh (dengar reputasi cam bagus jea..) .

selamat tinggal lah piang ku, harap2 penjaga lama ngko ni jagaaaalah ko betul2..

sayonara..muahhhh..

p/s : selamat berpuasa semua..

Tuesday, September 12, 2006

:: lagu dari Wa II ::

>> My Heart - Irwansyah feat Acha Septriasa

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all

wouldn't reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart...

Tuesday, August 15, 2006

:: Maka ketua unit la aku.. ::

Puan,

PERLANTIKAN KETUA UNIT

... .Sehubungan dengan itu, berdasarkan kebolehan dan pengalaman yanga ada pada diri puan, dengan ini dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1hb Ogos 2006 puan akan memulakan tugas sebagai ketua Unit Pengurusan ..........

kira-kira sebulan lepas aku dapat surat dr bos besar, dilantik menjadi ketua unit. Tak pernah sangka, tak pernah meneka sbb unit aku sekarang baru je dilantik ketua unit nya. so, aku baca surat tu dengan tidak berperasaan (kalau ada pun sedikit terkejut).

kalau mengikut tarikh dari surat itu, maka sudah 15 hari aku memegang jawatan ketua unit. namun, belum ada satu meeting pun lagi bersama anak buah. belum ada satu perjumpaan pun lagi dengan PTJ yang dipertanggungjawab kan di bawah aku.

oleh kerana bos unit aku akan menjadi bos unit baru pada 15hb Ogos, maka aku declare sendiri2 yg aku akan 'bertanggungjawab' sepenuhnya bermula 15 hb. hari ini 15 hb, namun aku masih jugak belum mengadakan perjumpaan ngan anak2 buah. masih jugak, perancangan2 yang ada belum dikhabarkan kepada anak buah.masih jugak aku tak sempat menyiapkan laporan-laporan yang sepatutnya aku bentang dan bincang bersama anak buah...

maka... jadi ketua unit la aku..

:: lagu dari Wa I::

>> Kenangan Terindah - Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati..

Wooo ( Begitu engkaulah; cinta sejati )
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

p/s : lagu org frust yg tak jumpa awek lain lagik hik hik.. (*__*)V.
mungkin ada ketikanya keputusan yang kita ambik tidak menjadi keputusan yang terbaik,
namun tidak mengapa kerana manusia belajar dari kesilapan,
yang penting kita harus menerima dan mengubah apa-apa yang mendatang daripada keputusan tersebut untuk menjadi yang terbaik.
~peace

Monday, July 31, 2006

:: kembang sebesen ::

manusia..kalau kena puji memang la suka kan, siap terawang-awang lagi :).

semalam kenduri kawin staf IPS kat caferia RECSAM. dah makan free, bersemangat la aku gi perabis nasi minyak diorang, siap angkut cik abang sekali heh!

masa nak balik, aku nampak la 'abang india' yg selalu jaga kaunter bilik RECSAM.. maka aku ngan ramah tamah nya menyapa: 'abang tak gi makan kenduri ker?'

dia jawab : 'sudah kenyang' sambil mengeleng2 kepala

sekali dia ckp kat cik abang aku: 'saya tengok aa, u punya bini banyak bagus la, bertuah u kawin sama dia'

aku : :D:D:D:D

aku dah kembang sebesan dah... husband buat muka toye tak faham je (huh..tak bangga langsung bini kena puji)..

aku pun sebenarnya nak la puji balik abg india tu..bukan sebab dia puji aku tp sbb sebenarnya dia tgh praktikkan 'ambil hati pelanggan'-aku kan pelanggan tetap RECSAM semenjak 2 menjak ni :D. tapi dia tak tau sebenarnya hari dia puji aku adalah hari aku masuk rumah baru! ;)

nota kaki : ustaz kata..puji org ni seperti kita bukakkan pintu neraka utk org tu, sbb nanti lepas puji sure riak, oleh itu tak yah la puji sapa2..kita kutuk je banyak2 he he~ peace..

Monday, July 24, 2006

:: lagu hari ini ::

Pastikan

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Tuesday, July 11, 2006

:: sekadar cut n paste II ::

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk
heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!

Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga
jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu
pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain
makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he
heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi
makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik
dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab
mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi
bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila
korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!

he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)

Tuesday, June 27, 2006

:: Hajimemashite.. ::


Ari tu berjalan ke Bukit Bendera. Sepanjang 7 tahun duk penang, ni kali kedua aku ke Bukit Bendera, tupun kerana membawa keluarga berjalan-jalan.

dalam keretapi semasa menuju ke puncak bukit, kebetulan aku duduk di sebelah seorang pelancong jepun (kalau bukan sbb dia bercakap dgn husband dia, sumpah aku ingat dia org cina mesia je..).

saja nak test power, aku bg satu ayat kat dia

"Hajimemashite.."

sedikit terkejut dia (mungkin duk pk minah mesia mana lak ckp jepun ngan aku nih..) sambil tersenyum dan mengiakan dlm bahse jepun.

sekali dia borak ngan aku dlm bahse jepun.. ambik ko, terkulat2 aku nk menjawab. maka jadi lah adegan ayam bercakap ngan itik, aku leh fhm sikit2 apa yg cuba disampaikan oleh minah jepun nie, tapi nk reply balik..haram aku tak tahu :D. setakat cukup mkn.."watashiwa Kasma Des.." tau lah aku he he. beria perah otak, cuba mengingat simple japanese term yg aku dengar dr drama- adalah 2 3 4 patah yg aku apply haha! bila aku reply in english.. dia pulak nmpk terkulat2 tak berapa nk faham. Walaupun cenggitu gayanya kami berborak, tapi masih lagi kami leh fhm apa yg cuba disampaikan oleh satu sama lain.

yang aku terharu..lepas berborak ngan dia, nmpk dia duk sibuk2 bukak rantai hset dia sambil diperhatikan oleh 'anata' dia.

"she wants to give this to u" kata husband dia.

benda comel tu memang dr jepun, kata minah tu pulak.

"kawaii...arigato." tetiba teringat Kyoko Fukada daa..

"sorry..I have nothing to give u.." ye lah, takkan aku nk bg rantai tepon aku lak, tu buterk yg bagi..sayang oooiii. tapi dia memang tak nak pun, siap mengeleng2 kepala, siap kata NO NO! lagi :D.

so, sekarang ranta tepon ni jd antara barang yg aku hargai. betapa org yg baru kita kenal 2 3 minit pun, leh bg hadiah kat kita. rasa terharu lebih2 lak. so pengajaran nya, tegur lah tourist selalu he he! (kalau tourist mesia haram tak nak tegur ya..bukan tak nak tegur, takut dikatakan over ramah je.. tak pun penyibuk :D)

Wednesday, June 21, 2006

:: sekadar cut n paste ::

Kelmarin Yang Hilang (Siri 75)
Oleh IMAN AL-HAKIM

MUJUR kecanggihan teknologi komunikasi telah banyak memudahkan perhubungan manusia. Jarak yang secara relatifnya jauh berpuluh-puluh kilometer, beratus-ratus malah beribu-ribu kilometer dipisahkan oleh halangan geografi dan sempadan politik, sebenarnya tidak berjarak.
Sekurang-kurangnya secara maya atau siber. Ia terasa dekat yang amat. Hakikat zaman moden terserlah apabila teknologi hanya dikuasai dengan sentuhan-sentuhan di hujung jari. Biarpun komunikasi itu mungkin sekadar aksara atau ikonik bagi mewakili setiap rasa yang menjelma dalam diri seseorang tatkala saling berhubungan.

“Haiyaaa... apalah penyakit kawan aku ni. Asyik tersengih je bila duduk depan komputer ni. Jadi risau pula tengok dia ni,” kata Wan Zarina yang mejanya terletak di sebelah meja Nurhaszurinda. Dia tersenyum dengan tingkah rakannya. Kelihatan begitu asyik. Ada tingkah yang menarik minatnya.

Dia berpaling ke arah rakan kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang itu sambil tersengih, menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Menjadikan senyumnya lebih manis. Tidak segera menjawab ketika hatinya diulit senang dan bahagia. Jarak jauh mengikat kasih dan mendekatkan hubungan. Kesempatan berhubung digunakan sebaik mungkin. Dia tahu suaminya tidak punya banyak masa untuk diluangkan di depan komputer.
Wan Zarina amat arif dengan tingkah kawannya yang baru melangsungkan perkahwinan itu apabila tersenyum-senyum sendirian ketika menghadap komputer. Apatah lagi apabila tinggal berjauhan. Manis dan bahagianya tidak sama dengan pasangan yang tinggal bersama. Orang kata, baru kahwin darah pun manis. Jadi senyum-senyumlah selalu, biarpun tersenyum sendirian.

“Tu la, siapa suruh kahwin tapi duduk asing-asing. Tengok sekarang jadi macam orang angau, duduk depan komputer pun tersengih-sengih seorang. Kalau macam tu, bila masa kau nak buat kerja Has.”
Wan Zarina memandang Nurhaszurinda sambil menggeleng-gelengkan kepala perlahan-lahan. Kadang-kadang tidak mempercayai ada orang yang sanggup duduk di depan komputer semata-mata untuk berbual.

Tanggungjawab

“Kerja tetap kerja, mana boleh tak buat.” Nurhaszurinda mempertahankan dirinya. Tanggungjawab kepada tugas mesti ditunaikan. Tetap didahulukan. Itu yang paling penting. Tetapi pada masa yang sama hubungan dengan suaminya tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Dalam kesibukan tugas, sedikit masa digunakan untuk sembang bicara dengan suaminya.
“Nak cari nahas namanya kalau tak buat kerja....” Dia berhenti sejenak, tatkala tangannya bermain-main pen. Kedua-duanya bertukar senyuman. Kemudian Nurhaszurinda menambah dan seakan mengeluh: “Memang dah nasib kami macam ni, Wan. Inilah namanya perisa perkahwinan. Dah nikah, dah kahwin tak semestinya boleh duduk sebumbung.”
Wan Zarina memandang muka Nurhaszurinda seketika. Dia faham kesukaran perasaan yang terpaksa dihadapi oleh rakannya itu. Tidak mudah sebenarnya tinggal berjauhan, tetapi itulah pilihan rakannya itu.

“Emmm. Tu yang tak faham. Dah kahwin duduk asing-asing. Pada hal masa nak kahwin bukan main kelam-kabut. Kata nak kahwin lepas tunang lebih setahun. Tengok-tengok macam orang tak sabar.”

Wan Zarina seperti terlupa untuk meneruskan kerja-kerjanya, dan kelihatan leka berbual-bual. Perkataan tidak sabar yang terpacul dari mulut Wan Zarina menyebabkan Nurhaszurinda tersengih. Teringat kembali majlis pernikahan dan perkahwinannya yang diadakan secara tergesa-gesa. Dan dalam masa yang singkat pula. Kemudian beralih kepada komputer. Ada mesej baru daripada suaminya.

“Chatting ya?”

“Aah.” Jawab Nurhaszurinda sambil menganggukkan kepala. Tanpa berpaling daripada monitor komputernya. Wan Zarina terus memerhatikan tatkala tangan Nurhaszurina pantas menaip perkataan-perkataan yang ingin diucapkan.

“Aku chatting dengan member-member lain juga.”

Penjelasannya dianggukkan oleh Wan Zarina. Kemudian Nurhaszurinda menambah: “Kawan masa sama-sama study. Geng-geng masa sekolah dulu pun ada.”

Dia memandang Wan Zarina – seorang ibu tunggal – sambil tersenyum. Wan Zarina memilih untuk bercerai dan menjaga sendiri anak perempuan hasil perkahwinan berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang semakin menjadi-jadi panas baran selepas berkahwin. Sikap panas baran yang disusuli dengan sepak terajang. Terseksa badan dan jiwa. Lantas dia menuntut cerai demi mencari keamanan dalam hidup.

Wan Zarina kelihatan mengerutkan dahi. Tangannya kelihatan mengetuk-ketuk pen di atas meja. Gaya seperti orang merenung sesuatu dalam ruang fikir. “Orang lain kalau dah kahwin mesti nak duduk sama, terutamanya bila baru kahwin macam mu ni,” kata Wan Zarina dengan suara yang perlahan. Seakan-akan berhati-hati dan bimbang kata-katanya kedengaran kasar dan tidak menyenangkan.

Selepas seketika dia berkata lagi: “Kalau boleh nak pergi mana-mana pun sama. Kalau ada pun duduk asing-asing sebab kerja biasanya untuk jarak yang dekat. Mungkin macam salah seorang tinggal di KL, seorang mungkin duduk kerja di Melaka. Tak pun Seremban, atau Ipoh. Maksud aku masih lagi di Semenanjung. Hujung minggu senanglah sikit kalau nak jumpa. Taklah macam kamu berdua. Berpisah satu lautan.”

“Kalau Wan sendiri macam mana. Sanggup tak?” Pertanyaan Nurhaszurinda itu tidak segera dijawab. Kemudian sambil tersenyum dia menggeleng-gelengkan kepala. Bukan perkara mudah baginya. Perpisahan seperti itu sepatutnya boleh dielakkan. Lagipun tempat seorang isteri di sisi suaminya.

“Kalau setakat di Semenanjung gagah lagilah jika nak duduk asing-asing. Ni kalau jarak macam Sabah-Sarawak, rasa kena sacrifice jugalah. Yalah, itu atas masing-masing jugalah. Sesetengah orang boleh buat tak kisah saja. Boleh terima macam perkara biasa. Tapi rasanya jarang berlaku macam ni. Kes kamu ni luar biasa sebab baru kahwin.”
Nurhaszurinda termenung. Memang ada kebenaran kata-kata rakannya itu.
“Kalau aku, aku berhenti.”

Utusan Malaysia, 21 Jun 2006

Tuesday, June 20, 2006

:: I'm Back.. ::

Dah sebulan rupanya aku menghilangkan diri..
tak tulis apa2 dalam blog.

kalau ikutkan dalam kepala ni macam2 idea nak menulis, tapi bila ngadap pc ada je kije nak kena settlekan.. mungkin sbb cuti 2 minggu ari tu.

dan ari ni aku tergerak nak menulis sesuatu bila sorang member tanya "awat tak update blog?!!"

dan ari ni aku tergerak nak menulis sesuatu bila rs nak muntah dah duk pipeline table sistem.

dan ari ni aku tergerak nak menulis sesuatu bila aku rasa cam penat n nak balik awal dari opis...

dan sesungguhnya aku tak tahu la bila aku akan menulis next entry...............................

Thursday, May 18, 2006

:: Dimanakah dikau? ::

ermmm kat mana yea?
nak cari kat mana nie..
awat hilang lak nie..
kat mana?
kat mana?
ke mana pula hilangnya ILHAM aku ni... waaa..program tak jln..

Wednesday, May 10, 2006

:: penderaan mental ::

satu pengajaran yang aku dapat di pagi ini, kalau tak mau mood 'rosak' sepanjang hari jangan berjumpa dengan org atasan di pagi hari.

kalaupun tiada tujuan yg khusus, namun tahniah kerana berjaya membuat aku terasa bahawa aku adalah org yg tidak mampu menyumbang apa-apa. tapi aku akan pastikan tahniah itu hanya bertahan untuk pagi ini sahaja. mungkin aku kena lupakan kasma yg menjawab segalanya dengan senyuman.. senyum kelat bersulam kata-kata mungkin lebih sesuai!

Saturday, May 06, 2006

:: Dealova ::

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oh……..
Bayangmu seakan-akan …………

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu oh………..
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu Oh ……….
Kau seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada, selalu ada, dan selalu ada
Yang selalu ada dan selalu ada ………..

p/s : dah dua kali cuba masukkan entry baru, tp lepas 1 ayat, cancel..
gian sebenarnya nak tulis something..
farah pasang lagu ni di opis 2 3 lepas.. suka lah pulak lps dengar..

Wednesday, April 05, 2006

:: penat ah.. ::

penat ah.. rasa penat sgt..

sometime i do feel like crying..
but
tears solve nothing.. right?

Saturday, March 25, 2006

:: Hanya Kerana Cinta ::



Hanya Kerana Cinta. Itu rupanya tajuk novel yang aku cari selama ini.

novel yg aku jatuh cinta dengan hanya melihat muka depan nya sahaja. Buah tangan terbaru dari Norhayati Berahim. walaupun aku bukan lah pengikut setia novel-novel melayu, tapi mengikut pengemar2 novel (yakni member2 ku jua adanya heh!) penulis ini mempunyai nama yang besar didalam bidang penulisan. Penulis yang akan mengangkat wanita sebagai hero dalam karya-karya beliau. (lebih kurang cam Sidney Sheldon jugak lah kut gamaknya..).

Enough with the author..

org kata don't judge the book by it's cover. Tapi itu lah yg terjadi antara aku dan Hanya Kerana Cinta. Cinta pandang pertama. Lukisan muka depan - seorang gadis yang memakai jubah seluar bewarna putih, duduk, memberi makan merpati di taman/halaman sungguh cantik (sehingga terasa nak cari siapalah pelukisnya..:D ) sehingga boleh terasa 'sungguh bersopan santun nya gadis tersebut, sesuai buat menantu he he'. ditambah pula watak utama novel ini ialah Kesuma, lagi terasa sangat dekat dengan novel ini - tidak ada unsur2 perasan di sini ;).. tentang jalan cerita dan cara penyampaian masih belum boleh memberi pandangan, sbb tak baca lagi pun, hopefully setimpal lah dengan perasaan jatuh cinta ni he he..

pertama kali bersua dengan novel ini semasa lawatan pertama ke Alamanda, Putra Jaya. Aku tidak membelinya oleh kerana keadaan tidak mengizinkan. Aku cuba mencari buku ini lagi setibanya di Pinang tapi nasib tak baik agaknya, tak pernah jumpa. Tidak beberapa lama selepas itu, hal novel ini dibangkitkan oleh sahabat baik ku dengan satu pernyataan

"ma..da jumpa satu buku baru Norhayati Berahim, tgk cover dia teringat ke Ma, tambah2 watak dia nama Kesuma" -> :D

dan hari ini, Hanya Kerana Cinta berada di tangan. Ada satu perasaan berkobar-kobar untuk membacanya, lebih-lebih lagi ia merupakan hadiah daripada sahabat yg istimewa (mekasih banyak oli chan) ..

Hanya Kerana Cinta....

Monday, March 20, 2006

:: hao pengyou ::

Kita beruntung jika mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

"sahabat baik kah aku bila aku mengharapkan org sekeliling ku menjadi sahabat terbaik ku..."

Tuesday, February 21, 2006

:: apa nak bg tajuk tah :P ::

semalam sorang kawan lama menelefon.dengan riang gembiranya mengkhabarkan 'dah selamat jadi ayah'. dan aku dengan riang gembiranya mengucapkan tahniah. excited!
tahniah...silalah menjadi ayah mithali :D.

2 3 minggu lepas, semasa dalam perjalanan balik ke pahang dari KL, aku ada meng'sms' kawan lama ni- hanya untuk bertanya khabar. kawan lama ni membalas dengan panggilan sejurus sms dihantar dan sapaan pertama dr kawan lama ini amat lah tak disangka - 'siapa ni?'. aku dengan gelak yg besar bercampur separuh kehairanan memperkenalkan diri (aisyeh, takkan dah lupa kut..) - 'naper tukar no phone?'. agak pelik pertanyaan itu sbb... mana ada aku tukar no puuuunnn... - 'naper tak naik nama Ma, kuar no je..' dan aku membalas dengan jawapan yg nakal, 'erm ada org delete no ma dlm hset tu.. wife kut ha ha' (andaian ini gurauan semata dan di buat berdasarkan fakta isterinya mengetahui sejarah aku dan kawan lama ini ;) he he)

semasa berada di pahang, aku menerima sms dari isteri seorang lagi kawan lama, menyatakan hasrat untuk berkunjung ke rumah (permintaan ini di buat berdasarkan andaian aku bercuti di kampung halaman), tapi hasrat tak kesampaian, sekejap sgt lah pulak aku lepak kat kg! dan bila difikir-fikir balik, andai kata isteri kawan lama ini mengetahui 'apa sebenarnya' antara aku dan kawan lama ini, mungkin kah lagi aku menerima sms yg sebegitu, atau mungkin no phone aku pun akan hilang dr telefon bimbit kawan lama ku ini, he he ;).

moral of the story : sayangi telefon bimbit anda, walaupun seburuk mana dan tak canggih langsung pun ia :D!!

:: selamat tahun baru 1427 ::

selamat menyambut tahun baru 1427. walaupun dah 22 hari berlalu, rasanya masih belum terlambat kut, masih Muharram lagi :).

tahun ni aku buat 2 3 azam yg simple2 je, maleh dah nak buat azam yg gah2 pastu setakat tinggal gah sahaja :D (tak payah lah mention kat sini apa azam nya, sah2 kena gelak tahap agung nya lah). awal-awal muharam ari tu boleh berbangga gak la, azam2 terlaksana ngan jayanya..kita tgk lah sama ada boleh bertahan sampai hujung tahun :).

orang kata tutup buku lama, bukak buku baru. pada aku tak semestinya, mungkin ada beberapa bab dari buku lama yg boleh di 'carry forward' (ewahh, cam cuti tahunan pulak), dan apa-apa yang perlu 'dikemaskan', 'tutup folder' -> kemaskan, tutupkan sahaja dan kalau mampu 'simpan sahaja di dalam hati'.

tahun ni nampak gayanya skop kerja masih lagi sistem e-health, kalau tidak sistem untuk pusat kesihatan, masih kena ambik tahu sistem untuk klinik panel dan klinik IPPT. berulang alik dr induk ke Bertam kekadang memenatkan, tapi bak kata Tun Mahathir - "kita kena berusaha untuk membangunkan negara" haha! untuk sistem kewangan, aku tak involve lagi tp harap jugak bos akan bg simple modul ke dulu sbb nak belajar bahse pengaturcara lain - beranganlah tu, sistem sedia ada pun tak abis2 lagi... ;)

thn ni jugak, aku kena bersedia mental fizikal utk hadapi peralihan paradigma dalam hidup. macam nak kena tuntut ilmu lagi nih. dan untuk sesiapa yang memilih aku menjadi teman hidup, aku tidak sesempurna mana, tapi belajar untuk mengurangkan darjah 'ketidak sempurnaan' itu.

;) selamat tahun baru!

Friday, January 27, 2006

:: kereta siapakah yg aku langgar itu? ::

pagi ini aku melanggar sebuah kereta ('ter'langgar barangkali lebih sesuai).

wira SE hitam tu di parkir bertentangan dengan parking lot aku, silap percaturan barangkali si piang dah cium bumper depan kereta itu. Plat depan kereta itu terkehel dan bumper tercalar, nampak gaya elaun COLA bulan ni hangus begitu sahaja.

'Minta maaf, saya terlanggar kereta. Hubungi saya 012-XXXXXXX ' ringkas nota yang aku selitkan pada 'viper' kereta itu. walaupun ringkas, pada aku membawa maksud yang lain - 'awak repairlah kete awak, sat gi bill dia antar kat saya' dan bermakna juga 'pandai2 lah ko spare duit gaji bulan ni utk repair kete org'.

lebih kurang pukul 11 tuan punya Wira SE itu telefon aku, dan perbincangan beberapa minit itu berakhir dengan pra-penyelesaian. kecilnya dunia, tuan punya Wira SE itu satu jabatan rupanya. mungkin juga kerana sudah mengenali antara satu sama lain, maka urusan menjadi mudah- 'mudah-mudahan'.....

Tuesday, January 17, 2006

:: tukar tok ketua ::

Puan,

Pertukaran tempat bertugas

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 16 Januari 2006, puan adalah ditempatkan ke Unit......



>>Sila komen sikit Cik Kayzem..?
~ aku terima surat pertukaran ari ni walaupun aku dah tau berita ni long long time ago heh!
yang pelik, dulu heboh diperkatakan 2 3 staf RnD akan bertukar unit tapi haram nama aku tak disebut langsung tapi alih-alih aku pulak yg ditukar :P.. agaknya bos pk budak ni dah menyemak lama kat section dia kut tu yg pass kat boss lain yakni tak lain tak bukan merupakan bini boss aku jugak!wa ha ha..

>>Apa perasan anda?
~ memula tak rasa apa pun..lantak lah aku kije bawah sapa pun, asal aku buat kije ngan bersungguh tapi sek rasa sedey sikit2 jugak, tarak atau pasai apa.. bukan pindah bilik puuunnn (sebab tak cukup bilik daaa...)

>>Harapan?
~ harapan? wa ha ha ha.. nak senyum gumbira.. ari ni tak leh senyum lagi, banyak sgt komen tak best psl sistem *tuuut dan sistem * tuuuuut..

*CUT!!*

Saturday, January 14, 2006

:: L.O.V.E ::

L is for the way you look at me

O is for the only one I see

V is very, very extraordinary

E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you

Love is more than just a game for two

Two in love can make it

Take my heart and please don’t break it

Love was made for me and you..

Tuesday, January 03, 2006

:: lapar tahap gaban ::

9.05 pm. aku masih kat opis.
tenung je skrin pc lelama.
letih.lapar tahap gapan.benci ah kalau perut kosong, jem tak leh pk dah..
(kalau puasa lain lak citer nya..)

so..apa kehal lagi ko buat kat sini...?!!!
(aku tgh mendengar lagu..apa? kehebatan_cinta? hukhuk sadis sungguh..)
balik ah..balik mkn..nasi ayam semalam ada lagi lam peti eis, panas kan je.. :D
(yuhuuu... nasi ayam..wait for me..i'm coming!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...