Tuesday, November 29, 2005

:: Uri Farah.. ::

.. Dalam hidup seseorang, walaupun tak dapat teruskan perjalanan,
tapi ada jalan yang tidak boleh dilalui..

:P

Monday, November 14, 2005

:: hari raya, sebentuk cincin dan MC ::

1st day kat opis selepas cuti raya, n try to keep track kije2 yg dilakukan sebelum cuti ari tu. sepatut-patutnya dah start kije hari rabu tapi dapat MC 2 hari, kira sambung cuti 4 hari lg laa.. :D. rasanya belum lewat untuk ucap selamat hari raya aidilfitri since Syawal baru 11 hari dan masih meriah lagi 'rumah-rumah terbuka'.

hari tu cuti awal 2,3 hari sebelum raya, ambil peluang buka puasa kat kampung. sempat jugak aku merasa berbuka ngan bubur lambuk mak :D. raya cam biasa, meriah ngan adik beradik n anak2 sedara walaupun tak seme abg kakak ada pada 1st raya tp yg 2 3 kerat tu pun dah cukup memenuhkan ruang rumah. cuma tahun nie, aku rasa bebudak dah tak 'galak' mengutip duit raya cam dulu2. thn ni, tak berapa ramai bebudak yg singgah_di_rumah, makan_seketul_kuih, minum_seteguk_air, dapat_duit_raya n chow. bila utarakan kat k ha - "Budak2 tu dah besar" dia kata. takkan tak de pelapis kut?...

hadiah raya tahun nie - dapat lagi dua anak sedara - nur amira syafiqah, mohd yusuf

hari raya ke 4 hari berkumpulnya adik beradik + ipar duai + anak2 sedara + mak2 sedara, semua menolong untuk jayakan majlis aqiqah anak sedara pada petang dan majlis pertunangan salah seorang mak sedara depa pada malam nya :D.

salah satu kelebihan mempunyai keluarga besar ialah senang bila nak buat kenduri kendara. tak yah panggil assistant luar pun :). persiapan majlis berjalan lancar dengan abg di, abg napi tolong pasang 'rail'(? how to spell aa) langsir,k tie menyiapkan gubahan sireh dan buah, k mah tolong siapkan bilik, da jadi mak andam terjun, k ha memang dah 'menyibuk' kan diri 2 3 hari sebelumnya jenuh mengheret dia cari bunga segar n buah (time rayaaaa.. berapa kerat je lah kedai yg bukak), k ani n anak sedara tolong aku buat gubahan yg tak selesai lg n abg lah,abg zul tukang komen :D. mekasih utk k mah n k tie yg korbankan orkid kat halaman memasing semata2 untuk gubahan. (mekasih untuk farah n rubi yg sponsor coklat n bunga kering n seme kengkawan yg bagi idea untuk jayakan majlis chewaaahhh, walaupun korang tak de masa majlis). output dari majlis malam tu selain aku dapat sebentuk cincin ialah - 'muafakat membawa berkat' :D ....

presiden - 'Doakan aku bahagia dunia akhirat...'

Gambar cincin tunang.. setelah 8 thn berlalu :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...