Tuesday, September 20, 2005

:: umar mukhtar ::

umar mukhtar. umur belum cukup setahun tp keletahnya memang comel. rancangan favourite - national geographic n animal planet, dengan mengklasifikasikan seme binatang berkaki empat sebagai 'mbooh' (panggilan manja untuk lembu to'ki). mungkin juga kerana cucu lelaki yg plg dekat dengan rumah, dan juga kerana rupa yang banyak iras che' menjadikan dia buah hati che' sekarang.

pertama kali mendengar nama nya terdetik di hati - klasiknya nama! - aku suka nama2 klasik ni he he. Bila tanya k mah 'kenapa umar mukhtar'? kakak aku bg jawapan secukup rasalah.. 'ni mesti tak tau sejarah ni.. umar mukhtar tu Pejuang Libya yang digeruni laa' - gedebek! aku jugak yg kena :P

ari tu 'melawat' kedai CD kat KBJ, tetiba ternampak DVD 'Lion of the Desert', tak pk banyak aku ambik dan bayar. disebabkan nama anak sedara, aku betul-betul nak tau sejarah umar mukhtar dan filem ini menceritakan pejuangan umar mukhtar menentang penjajahan Italy (Benito Mussolini) di Libya. jarang selalunya aku berminat ngan citer-citer sejarah nie tp citer ni apa yg aku leh komen - bagus! Boleh bagi kredit kat pengarah dia. walaupun citer sejarah tp tak boring. rasanya pernah ditayangkan kat RTM dulu time ari raya sbb aku perasan adegan terakhir tu aku pernah tgk kat TV.



Umar Mukhtar dijatuhi hukuman gantung oleh pihak penjajah pada 15 September 1930 (aku surf kat net, ada info kata 1931), kebetulan aku tgk citer ni 14 September- syahdu beb! tapi keperibadian dia patut dicontohi - beriman & betakwa (bukan tak pernah pihak penjajah offer kekayaan dunia tp tak pandang puuunnnn, yakin ngan pejuangan dia), berilmu, cerdik(strategi berperang dia bagus), cekal (berpuluh thn menentang penjajah) dll :). Dia dihormati dan disegani oleh kawan dan pihak lawan.

so..ada sesapa nak pinjam movie ni? :D

Mak Ma harap umar juga akan menjadi anak yang soleh, sesoleh Umar Mukhtar...

:: Antara Dua Generasi.. ::

Kerenah user... positif ke negatif? dan antara 2 generasi, perlukan pendekatan berlainan?

Petang tadi test modul Farmasi kat klinik, Terk demo kat user penambahbaikan pada sistem yg actually nya permintaan dari diorg lah. overall smooth je, tak de bugs pun cuma perlu godek2 setting printer untuk membolehkan label diprint dengan cun nya.

staf farmasi bolehlah dikategorikan sebagai dua generasi - generasi 'dolu2' dan generasi 'masa sekarang'. dan daripada pandangan mata aku (sambil2 mengunyah karipap), berbezanya penerimaan diorang terhadap sistem baru ni. Sedang Generasi 'masa sekarang' seperti sungguh teruja dan boleh menukar_paradigma, tetapi Generasi 'dolu2' seperti tak berapa terbuka untuk menerima sistem baru - banyak kondem dengan menekankan 'lagi selesa sistem lama'. Bila berada dalam keadaan ni,leh buat kita rasa 'letih' dan 'buhsan' tp pandanglah dari segi positif, inilah 'cabaran' sebenarnya - bagaimana kita 'menjadikan' sistem lebih baik dan boleh diterima user without question :)...

dan nampak gayanya kije Terk tak abis lagi lah, bila ada lagi komen-komen untuk modul Farmasi - Selamat Bekerja Dengan Rajinnya :)

Wednesday, September 14, 2005

:: wahai sahabat.. ::

wahai sahabat,
terima kasih kerana menjadi seorang sahabat,
sahabat susah senang menangis ketawa..

wahai sahabat,
hulurlah ketika aku meminta,
kerana sesungguhnya aku meminta ketika betul-betul memerlukan,
dan jika permintaan ku di luar batasan mu,
khabarkan kepada ku dengan baik supaya aku jua berada dalam keadaanmu..

wahai sahabat,
aku jua tidak lekang dari melakukan kesilapan,
namun sahabat.. janganlah di ungkit kesilapan lama,
seolahnya kesilapan itu tidak berbekas di hati,
kerana sesungguhnya aku langsung tidak bangga dengan kesilapan itu..

wahai sahabat,
aibku.. ku pertanggungjawab kepadamu,
hijabkan ia..
jangan sahabat kau perlihatkan aib ku kepada yang lain,
kerana jauh di sudut hatiku, terdetik jua rasa malu...

wahai sahabat,
terima aku seadanya..
maka aku akan menerima mu seadanya..
dan sahabat..
terima kasih untuk segalanya...

~Asma H 14 Sept 2005 12:43 pm

Tuesday, September 13, 2005

:: mimpi II ::

mengapa harus kau mengalah
pada dugaan kau menyerah
sedaya ku tak nak gelisah
namun tanpamu aku rebah
katakanku masih di hati
walau helah tak ku peduli
asal lena tak dikejuti
kerna ku masih...
bermimpi lagi

(lirik sponsor by Yusri - Bermimpi Lagi he he (^__^)V)

p/s : Selamat Petang Cik seroja he he ....

Monday, September 05, 2005

:: aku blank ::

blank. tu je yg boleh aku kata.

ada 2 3 kije dalam list yg belum settle. pastu tak tau nak dulukan yg mana satu.
bila nak start buat, server pulak down. pipeline data pun tak smooth ari ni.
bill tepon, bill kad kredit, pinjaman Mara, yuran parking PUN masih tak bayar.
Ya Allah, banyak nya urusan hidup bulan ni yg tak settle lagi. tu belum masuk nak pk keputusan hidup dengan SERIUS nya...

so aku layan lagu yg Wa bg sat2 tadi - Sampai by KRU. Jiwang jugak tp tak lah sampai leleh. satu aku suka tang lirik dia:

Sampai tubuh tak bernyawa
Sampai ku ke pangkuanNya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu..
Kau sampai dahulu..

selalu kalau lirik lagu, mesti kata nak tunggu kat pintu syurga, optimist sungguh leh masuk syurga senang2 (mohon2 begitu lah..amin..) tapi lirik ni kira berlapik gak la :)
jika dikurniakan... jika Allah kurniakan Syurga utk kita, syukur Alhamdulillah kira insan bertuah lah kita.. :D

dah laaa.. aku nak teruskan ke 'blank' an aku !

Friday, September 02, 2005

:: Merdekakan Diri Anda.. ::

31 Ogos ari tu masih kat kg.. n ari tu teman achik, anak sedara attend pertandingan mewarna kat Gem Resort. Aku tak la masuk pertandingan tu, tolon bagi semangat je.. lama gak la mereka2 beraktiviti di hari merdeka tu n aku yg kebuhsanan menunggu, round la resort tu, nasib baik tepi pantai, sempat gak aku layan jiwang he he! Best gak kalau ajak underground cuti2 mesia lagi sekali.. round trg lak, ahaks!

semalam sepanjang ptg habis kat meja meeting je.

n mlmnya receive a very cute sms from someone..
"Basket is raga,
wood is kayu,
bila I terjaga,
I teringat kat U

Shell is kulit kerang,
Fish is the ikan puyu,
I cakap terus terang,
I miss giler kat U..."

he he comellll .. n for the sender
-> "I miss u 2 3 4... :D "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...