Monday, August 29, 2005

:: hanya satu catatan ::

29 Ogos 2005, 5.30 pm

Sebenarnya on laptop ni nak sudah kan laporan online registration, 1 hb ni ada meeting postmortem Pendaftaran Online student IPS, tp alih-alih kt sini lak aku-he he menulis dlm blog. Menulis sambil menikmati pengat ubi mak aku, yummi.. mak aku ingat aku tengah siapkan kije opis, yelah utk mudahkan cerita aku mengiyakan jelah. Kalau aku jawab “bukan..tengah tulis blog..” nanti sekian hal pulak aku nak terang kat mak aku apa kebondo blog tu :D. (aku kat kg, rasa dah dua bulan tak blk kg, walaupun tak sempat jumpa ahli bersekutu lain-sbb depa dah balik time cuti sekolah- tapi tetap syok la jumpa che’ and mem besar nya..)

Tadi boss telefon, aikk nk minta password apa lak nie, sekali..
“Kasma tak datang meeting ker?” – boss lupa la ni aku cuti..
“Meeting apa en Z? Saya kat kg nie”
“Tak dapat jemputan ker? Meeting IPS, pasal transkrip. M tak mention apa2 ker?”
“Tak de apa2 jemputan pun en Z, lagipun ari tu En M mention kat saya, En Z kata pasal transkrip saya tak yah involve tp Kak S yg involve..”
“OK, Tak pe, saya tersilap..”
Fuhh cuakkkk, mau tak nya, aku ni spesis ‘Short Term Lost Memory’ + ‘Kurang Cakne’ dibuatnya betul aku lupa meeting ari nie, tak ke haru….

Iksh..ada tamu lak, berenti dulu la jap. Kena bancuh ayor…..

29 Ogos 2005, 10.30 pm
Baru lepas tgk rancangan Ilmuan Islam, berkenan betul aku ngan rancangan nie, tambahan lak episod mlm ni pasal Ibnu Sina. Banyak ilmuan terbilang islam zaman dulu yang tak tau sangat pasal salah silah nya, setakat tahu nama sahaja. At least, rancangan ni leh suntik semangat, reveal yang org islam yg dilabel pengganas pada suatu masa pernah cemerlang, gemilang, terbilang. Conclusion, dengan usaha, tekad dan tawakal, apa-apa pun kita leh capai ;).

Tuesday, August 23, 2005

:: aku update blog ::

lama aku tak update blog..
oly pun tak update gak blog dia..
gorgon pun tak update..
en khairul pun tak update gak..

nampak gaya seme org bz eh?!

kebelakangan ni memang byk kije..
yg tertangguh pun banyak..

baru habis exm ptk khusus...
oleh kerana aku cincai2 je study..
maka tadi pun cincai2 jelah menjawab :P..

ermm cam byk peristiwa yg berlaku lately..
kira happening gak
tp tak sempat nk membebel kat sini..
so.. till then.. bye bye! a'kum ;)

Tuesday, August 09, 2005

:: lagu hari ini ::

Lagu hari ni = cahaya by kris dayanti
sebenarnya lama dah suka lagu ni, cuma tak tau tajuk n sapa yg nyanyi..
so bila dah tau, hari ni kita layan je lah :)..
semalam sepanjang hari duk dengar seroja dan aduhai saliha,
so hari ini kita tukar channel sikit laaa..
(tak de benda lain ke nak merapu dlm blog selain dari lagu?? :D)
sebenarnya tgh run code utk dapat kan statistik ubat klinik panel
so terbantut la sikit nak bela kod sumber utk ASSIST..

sek ni minggu konvo, ermm ada tetamu kat rumah
semalam lepak-lepak ngan che da, mlm ni ngan ket pulak..
tahniah utk che da, dah sarjana dah yea, moga2 cepat la dapat kije, leh cepat2 pau gaji pertama he he! Ket turun penang untuk meraikan edi-tahniah!. konvo jugak ko ye edi, better late than never, kan, kan?! dengar kabar dah kije kat trg..jeles,jeles,jeles!

konvo kali ni makan seminggu, hebat tu.. tapi.. 2, 3 kali round tapak konvo nie, rasa kemeriahannya kurang berbanding majlis konvo tahun2 lepas. mungkin sebab majlis konvo dipanjangkan, maka satu2 sidang tu tak ramai cam tahun-tahun lepas maka family pun tak ramai jugak la yg berlegar-legar.. tp kira ok laaaa, tak lah sesak sangat :).

dalam melihat kemeriahan, kegembiraan, ke'excited'an depa grad.. terasa nak grad lagi sekali, err 18 kali lagi pun tak pe..seronot wei.. tapi bila memikirkan utk grad lagi sekali-ko kena sambung belajar lagi-maka utntuk masa terdekat ni, lupakan sahaja lah HE HE!

Friday, August 05, 2005

:: title?!! doesn't matter.. ::

\(^_^)/

pandang lah dunia seperti adanya ia, bukan yg seperti kau harapkan..

perasaan aku sekarang.. ingin berbaring di satu padang rumput yang luas sambil memandang langit, perhatikan awan-awan yg ada, perhatikan awan-awan yang kecil bergabung jadi awan pelbagai bentuk.

(^_^)V

Mak ayah kata, cikgu kata - berbuat baik dengan orang lain, nescaya orang akan baik dengan kita. k ha kata - buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, buat ler banyak-banyak kali he he!

p(^_^)q

sekarang involve ngan projek AS***T, walaupun hanya ambik submodul kecik tp tempias 'hectic'nya terasa jugak. Pada mulanya aku decide utk tidak 'involve', tp bila nama dah dimasukkan sebagai salah sorang member bersekutu, seronok pulak berhempas pulak ngan bebudak ni. Projek ni lebih kepada upgrade sistem yang sedia ada, yg mana strukture sistem semasa hendak dikekalkan. terasa sedikit canggung bila keperluan baru 'seperti' memerlukan perubahan kepada sistem lama....

antara bangunkan sistem dengan menaik taraf sistem semasa, aku lebih prefer untuk membangunkan sistem baru. alasan? 1) aku ada full control pada sistem tu. 2) aku boleh skip fasa memahami sistem semasa 3) sistem tu aku yang punya.. he he! (main2 jeeeee)

oleh kerana sistem semasa dibangunkan oleh bahagian lain, maka untuk projek ni kami bergabung power dan skil. bunyi cam positif kan, tapi terasa sedikit kesukaran. mungkin budaya kerja yang berbeza dan politik kerja yang tak habis-habis menyebabkan kami rasa 'kelembapan' dalam membangunkan sistem ni. Apa pun, sistem ni perlu dihabiskan sebelum dateline - minggu depan!

m(-_-)m

dan pada petang ni, aku dah menguap 2,3 kali depan monitor.....

Wednesday, August 03, 2005

:: lantaklah.. ::

untuk puaskan hati org lain
kita cuba berubah
untuk puaskan hati org lain
kita nangis sorang-sorang
tapi
nampaknya hati org lain tu tak puas-puas
maka
aku takkan cuba malah tak mau dah puaskan hati sapa-sapa
puaskan hati sendiri, asal aku bahagia

lantaklaaaaaahhhhhh......

Monday, August 01, 2005

:: Haneul ::

Awan.Awan.Awan.Awan.Awan.
Awan.Awan.Awan.Awan.Awan.
Awan.Awan.Awan.Awan.Awan.
Awan.Awan.Awan.Awan.Awan.
Awan.Awan.Awan.Awan.Awan.
Awan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...