Tuesday, July 19, 2005

:: Rembulan di Siang Hari ::

Tadi masa kat toilet, tgh berwuduk, nampak bulan dalam cermin.. ermm bulan di siang hari. Tetiba teringat satu rangkap nasyid nie:

Mengharap senang dalam berjuang,
Bagai merindu rembulan di tengah siang...

Kira cam sekali sekala je la leh nampak bulan siang2 hari. erm cam betul jugak sbb dlm dua tahun aku kije kat sini, nilah first time aku nampak bulan masa kat toilet....

(catatan ari ni adalah catatan melepaskan penat, ada bengkel exam PTK ari ni dan semalam.. fuhh)

Friday, July 15, 2005

:: email abang ali ::

Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlahperjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmpt yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Tuesday, July 12, 2005

:: 120705 1:19 am ::

Lama aku tenung keyboard ni sbb tak tau nak tulis apa, tp yg aku tahu aku kena tulis somethin’. Today (yesterday actually) is a bad day.. I guess. It’s not really bad, just it’s interfere me much.

Pepagi lagi Miss C dah tepon, something wrong with the drug label – tetiba no label besor giler, dr 6 digit lompat terus ke 8 digit… what the heck.. kalau setakat no ‘melompat’ rasanya tak de effect sgt pada sistem tp bila nak re-print label tak leh sbb range field tak cukup, maknanya kena ada perubahan pada sistem. Nak ubah sistem semasa ni, aku kena minta tolong developernya yg buat… ni yg tak berapa gemor nie, kalau dah menyusahkan org lain sekali (dah la br 2 hari lepas minta tambah requirement n compile baru). Siasat punya siasat, no label ni start2 pelik masa aku aku test sistem ni ari sabtu ari tu (memang tak de org lain dah duk test sistem ni sbb ari tu cuti..) n sehingga detik ini aku masih lagi tak tahu sebab musabab terjadinya lompatan nombor tersebut. n kalau satu hari ni saja dah 2 3 kali aku explain benda sama kat org bila 2 3 org duk tanya benda yg sama, tetiba aku rs bosan – terasa tak ‘berupaya’ nya aku.

Ptg td dah bemulanya medical checkup utk student baru. Smooth. Tak de apa yg tak kena ngan sistem. Tapi jauh di sudut ati, sedikit terkilan. Aku dah langgar dateline yg aku sendiri buat. Betul-betul berhajat utk guna sistem baru masa medical checkup sidang ni, tp nampaknya tak sempat jugak aku siapkan version baru punya. Tak tahulah(?) apa aku buat dalam masa 3 minggu nie – simple je sistem nya… (n I feel really bad!), anyway report baru yg Dr N minta tu aku akan cuba siapkan.

Pagi, lepas siapkan keperluan tambahan utk sistem fail, aku generate senarai pelajar sarjana *tut * bersama yuran memasing. Sebenarnya nak semak berapa org pelajar yg silap yurannya (nasib tak ramai..). Minggu lepas R mention yuran utk rancangan ijazah ni silap, beza byk lak tu, n lepas 2 3 minggu bukak pendaftaran kursus baru perasan lak tu.. <*sigh*> aku bab2 duit ni alergik sungguh. Ari tu sblm bukak pendaftaran, aku bercadang nak kuarkan senarai rancangan ijazah bersama yuran n nak minta sorang person-in-charge sahkan amaun. Tp tak tau la naper aku tak leh ‘jumpa’ org yg leh dikatakan ‘person-in-charge’, tp tak tau lah nape tetiba aku lupa nak jana senarai tu, tp tak taulah naper aku leh tak alert senarai yuran baru dah ada (so sebenarnya aku leh double check sendiri) – so apa2 hal pun sebenarnya cam salah aku jugak kan kan?! Yg best nya Kak I sendiri pun tak perasan, so aku rs sistem kat bendahari pun still pegang amaun yuran yg lama –masaaaakkkk.. n sebelum ke klinik ptg td, terima satu mail dari Datin F tanya psl yuran rancangan ijazah nie (pelik kut 2 3 org student sama bidang tp yuran lain2..nge he he) n aku pandang je mail ni lama-lama pastu blah bodoh gi klinik (tp sebenornya aku memang kejar masa punnnn), n biarlah bos kecik yg mengayat…

Malam aku balik rumah dengan mood yg separuh2 je. Tet n Terk ajak tgk cd Hide n Seek pun, aku tgk ngan tak berapa berperasaan – aku leh tgk bodoooh je citer tu. Selalu kalau tgk triller memang sah2 bantal kat muka.

So sekarang aku nak tido, moga2 bangun esok ‘berperasaan’ sikit. Atleast esok leh berkaraoke kat opis ngan Farah dengan girang gembiranya – “Tiada lagi ku dengar kidung mu…”

Wednesday, July 06, 2005

:: surat rasmi ::

"Saya berharap mendapat perhatian pihak tuan dengan kesungguhan saya untuk mendapatkan keputusan yang baik yang mana boleh menjadi contoh kepada bumiputera lain untuk meningkatkan taraf pendidikan dan taraf hidup secara amnya"

~ tersengih-sengih waktu mengayat surat rayuan pinjaman. Moga dapat ler..fuhhh amin. ;)

Saturday, July 02, 2005

:: Sepohon Kaktus Hijau ::

Sepohon kaktus hijau. Parking cantik je tepi tingkap bilik aku. Kalau nak kira, aku lah tuan nya sbb aku yg beli kaktus ni masa ‘cuti-cuti mesia’ kat Cameron ari tu, tapi ‘kira-kira’ aku dah tak leh pakai sbb ari tu aku dah hadiahkan pada someone. Kira aku tolong jaga la sekejap, sementara officially bg kat dia.

Tapi ari tu lps balik dr kg aku tgk kaktus ni dah semacam, batang dia dah tak tegar. 2 3 hari ni nampak separuh dr kaktus ni layu, dah kering. Cuba jugak siram tp nampak gaya memang dah nazak.

Ari tu aku berkira-kira aku nak simpan je kaktus ni, cancel bg kat someone tapi nampaknya kaktus ni cam nak mati dulu sebelum sempat aku nak cancel. Ari tu aku berkira-kira aku dan dia mungkin ada dalam tiada, tapi yg aku tahu lps tu memang tiada dalam ada. Maka aku pun men’tiada’kan apa-apa yg ada… dan kalau tetiba dia minta ‘ada’ balik dalam ‘tiada’, apa aku nak buat? Kalau nak senang cerita ‘tiada’ kan aje dalam ‘ada’ yg ‘belum ada’ tapi satu kemusykilan – adakah dia yg patut ‘ada’ dalam ‘tiada’ aku…

Dan kaktus hijau ni tetap layu…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...