Friday, June 24, 2005

:: Tentang Dia ::

Ada yang hilang
Ketika kau hilang
Hatiku
Jiwaku

Ada yang pergi
Ketika kau pergi
Senyumku
Tawaku

Hidupku ikut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu

Sementara aku masih disini
Mencuba tegak berdiri
Tanpamu

p/s: currently watching Tentang Dia..

Tuesday, June 14, 2005

:: why I keep a diary... ::

Aku tak tau apa reason org lain ada diary. tapi aku reason aku sediri.

aku ingat-ingat lupa sejak bila aku mula simpan diary, tapi sejak sekolah rendah, sejak dah pandai membaca dan pandai menulis aku dah mula ada diari sendiri. Diari aku yang pertama adalah lebihan sebuah buku-latihan-tahun-lepas dan catatan pertama adalah rasa ketidak-puasan-hati aku terhadap kakak no 3- kena marah sbb bagi anak dia (merangkap anak sedara aku) makan maggi. sejak tu, aktiviti men'diari' diteruskan - daripada sebuah buku latihan kepadalah sebuah diari yg proper, daripada diari yg ada tarikh-tarikh kepada buku log yg aku tulis sendiri tarikhnya.

Masa matrik adalah masa men'diari' aku yg paling aktif. Boleh dikatakan dlm seminggu 2 3 kali aku membebel dalam diari - lepas habiskan tugasan daripada pensyarah, sbl tido :). Bila baca balik diari tu, aku leh tahu perjalanan hidup aku masa tu, dari A sampai Z. hinggakan sapa buat aniaya kat aku masa tu pun aku leh recall balik, nge he he!

So, salah satu alasan aku menyimpan diari untuk 'mengabadikan kenangan' yg satu masa nanti mungkin aku akan lupa. at least, bila cucu2 aku baca karang, diorg leh tahu camner la perangai nenek depa masa mudo2, nge he he! Tapi, lain pulak pendapat kakak aku. Bagi dia, orang yg menyimpan diari adalah 'org yg tak de sapa2 untuk share life dia'. aku pun tak tau lah pendapat dia betul atau tak, mungkin korang leh judge lepas baca citer kat bawah:

ada sorang kakak nie, dia ambik berat tul kat adik dia yg sorang nie. lagipun depa ni se'kepala', tambahan lak adik dia yg sorang ni baik bangat (nge he he..), mestilah dia sayang, tul tak? ada lah satu masa tu, rumah diorg buat kenduri, tp disebabkan oleh sang adik ni tgh exam semester, maka tak balik la dia. Sang kakak ni agaknya boring adiknya tak de kat umah, maka masuk lah dia ke dalam bilik sang adik - 'dapat tgk gambar dlm album pun jadilah'. Rancangan asal nak tgk gambar jadi rancangan baca diari sang adik bila diari tu jatuh masa sang kakak ni ambik album dari laci, jatuh2 lak terbuka kat muka surat best. so, yg memula baca semuka jadilah baca whole diari.....

minggu depannya sang adik terima surat dari sang kakak. Berkajang-kajang panjangnya. Tersengih2 happy si adik bila memula baca surat tp mana tahu lepas tu berjurai jurai lak air mata.
"org yg menyimpan diari adalah orang yg tak de sapa2 yg dia nak share masalahnya, nampak sangat akak dah mengabaikan adik akak yg sorang ni, langsung tak ambik tahu seorg remaja yg nak dewasa, tak pernah tanya apa2 pasal adik yg sorang ni. lepas ni citerlah apa2 saja kat akak, pasal pelajaran, pasal hidup, adik leh share ngan akak daripada share ngan diari yg leh response apa2...."

start dari ari tu, apa2 citer pun si adik ni duk bergayut kat tepon-bercerita ngan kakak dia. n sejak ari tu, diarinya makin tak terisi - kalau lah diari tu leh merajuk, sah2 dah merajuk..


gitulah citernya, so tak tau lah betul ke tak pendapat kakak aku tu.. zaman sekarang lagi canggih. orang buat diari online. contohnya blog aku ni ha, he he! tapi camner canggih pun teknologi sekarang takkan sama dengan 'apa yg kita ada sejak dulu'. pada aku diari online ni lebih kepada tempat aku 'bermain', tempat 'lepaskan penat lepas bekerja', tempat 'lepaskan tension', tempat aku 'merajuk', tempat lepaskan 'kesedihan' dan bla, bla.. aku seronok merapu kat sini, tak kisah lah kalau tak de org lalu pun kat sini, yg penting aku ada, blog nie salah satu bukti kewujudan aku sebagai makhluk ciptaan Allah kat muka bumi nie. tapi diari 'tradisional' tetap ada - tak semua aku leh 'lepaskan' kat sini, sometimes it's too personal to publish eh..

anyway.. i'm happy to blogging here... :D

Wednesday, June 01, 2005

:: In Memory, MajuscoKT ::

Korang pernah tak.. berada di suatu tempat tapi korang rasa berada di tempat yg lain..

ari tu(29hb) bawa piang ke Kulim (he he, suka..), makan nasi kenduri Nuar n Nemi (Selamat Pengantin Baru, Semoga berbahagia dunia akhirat) -iskh sebut pasal kenduri ramai benor yg kawin cuti sekolah nie, he he ni dah masuk bab lain, kite citer lain kali...

lepas kenduri, terk ajak melawat KMK- ex-tempat dia dating dulu, nak jumpa 'pakwe2 lama' lah tu :).. Tak kisah la, leh gak kenal2 tempat-impian-matrik aku nie. n guess what.. sepanjang berada kat KMK excited sungguh, rasa aku kembali menjadi budak comel berumur 16 tahun. KMK saling tak tumpah cam MRSMKT (rsnya seme MRSM pun design sama - bangunan kotak sabun nge he he!)

Kami merayau tgk dewan - teringat kat dewan Ibn Sina.
"hi..camner belajar kat sini?.."
"errrr..ok. mmm nak tandatangan.." - bodoh sungguh tindakan itu! he he

Bila tgk kelas2, tak tercompare ngan kelas 5 al-Biruni. Bila tgk makmal fizik, terkenang-kenang tabiat suka conteng meja lab- tinggal tandatangan, heh! mmm library pun pada kedudukan sama. Dulu suka lepak-lepak kat bangku tepi library. Sbb lepak kat bangku tu lah, maka adanya citer 'Renungan Tajam' - :). Apa khabar dia sekarang ekk?

Classmate best- satu kepala even macam2 perangai, daripada budak plg skema kepada lah ketua gangster, macam2 pun adaaaa... :D Dah berjaya kut dorang2 ni. Harap2 re-union 2006 ni jadi lah, dapat gak tgk wajah2 depa selepas 10 tahun tak jumpa. Homeroom 4c2 bawah Abah Lam - cikgu math yg plg best. siap kami seme jadi superman untuk belajar bab bumi- latitud la, logitud la he he. Paling suka tgk wajah hensemUstaz Zainuddin - sejuuuuk hati. pernah sekali aku buat lawak masa jawab soklan peksa agama, lawak terlupa sebenarnya. Oleh sebab aku ni lembab sgt bab2 ingat mengingat ni aku tambah la -"dan yang sama waktu dengannya" kat makna rukun nikah dalam buku nota, mana tau masa jawab exam aku terlupa, aku tulis camtu dalam kertas jawapan. ustaz sengih2 bacakan jawapan aku kat classmate - glamer satu hari nge he he.

Menu yg plg ditunggu2 oleh warga maktab ialah nasi goreng + tomyam, kalau tak silap ari khamisnya menu- memang penuh la dewan makan. kalau silap lambat memang tinggal daun salad je lah he he. Nasi lemak adalah sarapan hari jumaat, iskh bagus betul depa2 nie nak kita bgn awal, tapi kekadang ter'miss' jugak - tido punya pasal keh keh.

Dah lama rupanya meninggalkan alam sek menengah nie... dah dewasa rupanya aku. dah ada tanggungjawab nak kena pikul, dah ada aim nak kena capai. kekadang nak je rasa balik 'aura2' masa persekolahan yg masalahnya cuma camner-nak-siapkan-kerja-sekolah, rindunyaaaa..- if i could turn back the clock........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...