Friday, January 07, 2005

:: :) senyuman untuk 070105 ::

Ini catatan pertama untuk tahun ini. walaupun ari tu berio utk catatkan something untuk closing year, tapi tak nyempat jua akhirnya. Hajat nak habiskan dokumentasi GRASIS (dateline 11 hb tuuu), tapi tak de idea nak mengarang lah pulak. Maka aku tukar channel sikit laa, mengarang dlm blog jelah - yelah mlm2 ni mana ada mood dah nak bekerja. Dan untuk pertama kalinya aku berada dalam bilik kat VSK dan gunakan laptop opis untuk merapu dalam blog he he-jgn tak caya leh dapat line internet, guna 'tanduk kerbau' pinjam ngan en Zulham.

sepanjang thn nie, kalau review2 balik, banyaklah peristiwa yang berbagai rasa kita dah lalui. Ada pahit, manis, masam, tawar bah kan yg tak de rasa pun ada. Ada yg kita lalui sorang2, ada yg kita lalui ngan kengkawan, ngan family malah ngan orang yg kita tak kenal pun ada :D. Yang pasti, segala pengalaman yang ada akan mematapkan diri kita. kata orang, belajar dari pengalaman. Kalau ada buat kesilapan, tak yah lah ulang lagi pd thn ni n thn2 mendatang. Kalau hasil sesuatu kerja yg kita lakukan tak berapa best, thn nie kita upgrade lah kualitinya, chewaaahhh..

agak2 apalah azam korang thn ni eh? err.. orang tanya azam bukan mohd azam (keh keh-ada yg terasa ker?!) Aku punya azam thn ni simple je - nak menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya dan meng'upgrade' apa2 yg patut di'upgrade'.

n untuk closing year ni, ada satu citer lawak nak share lah. Agaknya peristiwa ni tak pernah berlaku kat korang lah. kalau sapa2 yg pernah terkena tu,sila angkat tangan.... Berapa hb tah ari tu, PPKT buat jamuan raya. Dah nama lagi jamuan raya, aku pakai baju raya lah ari tu. rerasa cam dah anggun giler dah mlm tu, tapi tetiba je bila sampai kat PUKOM, nampak Miza - cam kenal je baju yg dia pakai. Arggghhhh tidak, pesal baju dia sama sebijik cam baju aku! Nak tukar tak sempat dah, so aku buat donno jelah (lagipun tetiba teringat camno aku bg nasihat kat wa masa dia pakai baju sama ngan k faizah ms majlis perasmian PPKT-terkena btg hidung sendiri baru tau keh keh). Separuh masa pertama cam ok2 lagi, pastu masa nak ambik mknan, aku lintas lah sekelompok staf pompuan nie n terdengarlah diorg duk bergossip- "ah ah samalah baju dia, mana eh sorang lagi". ni yg maleh nie.. pastu apa yg aku tau lps tu aku lepak je sambil menikmati mknan kat ruang legar PUKOM sampailah majlis tu habis :P...

:) - satu senyuman untuk korang semua pada awal thn baru ni, aku harap senyuman ni masih semanis senyuman thn lepas n akan tetap manis untuk tahun-tahun akan datang...

u/p:

** oly - awal2 thn pun dah jiwa kacau ker?!! :)

** du - mmm.. bunga telur awak nampakkkkk HIJAU :P

** Kyeong Hee - Keudae ga isseo na ee haru ga areumdabda :) - "u make my days beautiful"

** terk - 'floating' terk?!! ko kat ni duk belah mana sebenarnya raz..ker floating sepanjang thn? :P

** che da - nak diary usm? kira hadiah b'day thn ni boleh?!!

** Bi - welcome to penang.. agak2 bila aku leh jadi mak angkat anak ko ni..?

** smarties - tak leh pegang lama2 dalam tapak tangan, nanti warna dia cair.. :)

** en kerengga - masalah adalah untuk ditangani bukan lari, kalau duk lari je sampai bila pun tak selesai

** bob - line streamyx kat langkawi putus terus ka???

** abg mazli - semoga hadirnya 'rezeki' pada thn ni.. :)

4 comments:

Anonymous said...

testing

Anonymous said...

ermmm berwajah baru...
heheh...
tau dak camne nk delete comment??

Kayzem said...

awat nak delete lak? dah tulis tu kira aci laa.. :P

Kayzem said...

nampaknya template baru ni membenarkan aku delete komen.. so oly, ko nak delete ke ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...