Saturday, January 29, 2005

:: mirai - Future ::

yume wa itsumo sora takaku aru kara
todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
jibun no story dakara koso akirametakunai
fuan ni naru to te wo nigiri
issho ni ayundekita...
--

Dreams are always high in the sky
So far, and hard to grasp it's scary, but continue striving
It's my story, so I don't want to give up
When I felt insecure, holding my hand firmly,
we walked together...

Thursday, January 27, 2005

:: Selamat Hari raya Aidiladha ::

-> Selamat Hari Raya Korban
------------------------------------

Kalau 2 tahun lepas tak dapat balik raya korban sebab exam (terk, kita mkn roti je kan?:) )tahun ni siap ambik cuti 2 hari lagi, he he sakan tuh kira 6 hari gak la duk rumah. Thn ni raya korban jatuh hari jumaat (21/1), maka sembahyang raya diawalkan sedikit. Nak jadi citer aku ngan Abg Zul lambat, masa nak gi masjid tu terserempak ngan makcik sebelah rumah balik semula dr masjid- org dah start semayang rupanya. Mujur sempat gi semayang kat masjid kg sebelah, tu pun memang tergopoh gapah gak la.. keh keh! Pengajaran untuk raya thn depan - siap lah cepat2 sikit di pagi raya :P.

setiap kali raya korban, rumah mesti riuh rendah. Abg kakak seme balik sbb buat korban kat rumah. raya thn ni ayah sembelih 3 ekor lembu, sekali ngan bahagian jiran2.. biasalah jadi SU lagi. Thn ni syok sbb SU pun masuk bahagian korban gak :)!

-> Aku alah udang galah??
----------------------------------

k anie bawak balik udang galah dari rompin, besar2 lak tu.. apa lagi mlm raya tu memang membalun udang galah lah jawabnya. malam masa tgh2 ion baju tetiba rasa 'ada rama2 dalam perut', pastu rasa cam nak muntah tak nak muntah - sudah apa hal lak nie? apa lagi terbaring je lah jawab nya.. muka start gatal2, hidung tersumpat aku risau dah.. dibuatnya sesak nafas, nak kena inject lah pulak..dah la k anie tak bawak balik piriton(camno nak eja nama ubat ni aaa?). tetiba teringat la kat panadol yg miss chong bg kat aku dlm beg galas- telan sebiji tido zzzzz...

nampak gaya rekod bersih tanpa allergi presiden dah tercemar.. rupanya aku alah udang galah ker????!!!!

-> Namanya Wan II
---------------------------

semalam tetiba teringat sangat kat rumah. tak pernah cam ni. takkan baru sampai penang homesick lagi kut. Pernyataan dari Kyeong Hee buat aku berpikir - "mesti balik rumah kali ni best.. tu yg teringat". mungkin. sbb balik kali ni memang mendamaikan jiwa.

wan dah beberapa minggu berhijrah ke rumah k anie. memang putuskan hubungan ngan kengkawan lama. dan dia pergi atas permintaan dia sendiri. raya kali ni bila jumpa dia seme org senyum dan kata "macam ni baru hensem, pipi sampai berminyak" - memang ada perubahan.. tubuh berisi, cakap ngan family elok2. walaupun di sana hanya makan dan tido kijenya, namun rasa lega. biarlah.. biar dia cari jati diri dia dulu. balik kali ni nampak dia cari sijil-sijil sekolah - "kalau ada kije, nak cuba mintak".

dan balik kali ni aku tak membebel bila dia minta duit poket, aku tak membebel walaupun dia merenget2 minta belikan handset. biarlah.. biar dia rasa tak de org benci dia sebenarnya, semua orang sayang dia sebenarnya. Ya Allah, aku mohon padamu, kembalikan dia ke jalan Mu...

-> Seat no 17?
-------------------

"ma.. tiket bas hilang, 2 3 hari lepas ada dalam purse ni.. ni tak tau camner leh tak de ni"

"aaa????"-> dengan mulut yg separuh ternganga tp leh control lagi laa..

"k tie ingat no seat?"

"kalau tak 16, 17.." Allah.. dia main kalau2 lah pulak.. he he

"tak pelah k tie.. kalau tak jumpa jugak tiket tu.. ma beli lain laa.."

tapi mlm tu aku gi jugak lah dengan muka selamba ckp kat kakak kat kaunter bas tu..
"akak..tiket bas saya hilang, no seat 17, cuma tak pasti bas mana"

"tak pe, adik naik bas ni JDY XXXX"

drebar bas tu sengih2 je bila aku ckp tiket hilang..
"tak pe, kalau adik ingat tempat duduk tak pe..adik duduk dulu, nanti kalau ni seat org, adik pindah duduk depan, belakang seat pemandu" -> tuu diaaa.. jadi assistant drebar bas ke aku mlm nie..??

berdebar jugak bila bas berenti nak ambik penumpang kat perhentian kecik tu.. he he tapi memang nasib aku baik laaa.. tak de org claim seat tu seat diorg.. dalam erti kata lain memang 17 tu seat aku laaa.. :D. dan pada pagi 25hb selamat jugak aku sampai ke penang dengan membawa seplastik keropok lekor keh keh...

Tuesday, January 18, 2005

:: White Flag - Dido ::

I know you think that I shouldn't still love you,
I'll tell you that.
But if I didn't say it, well I'd still have felt it
where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I know I left too much mess and
destruction to come back again
And I caused but nothing but trouble
I understand if you can't talk to me again
And if you live by the rules of "it's over"
then I'm sure that that makes sense

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

And when we meet
Which I'm sure we will
All that was then
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on....

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

Sunday, January 16, 2005

:: Kisah Klasik Untuk Masa Depan - SO7 ::

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Kerna waktu ini yang kan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti...

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

Wednesday, January 12, 2005

:: Seribu Kemanisan ::

seindah sinar pelangi
serinya menawan hati
akan menghilang di saat terlena sinar mentari
hanyalah sang rembulan dan bintang
kan menghiasi seri malam

usahlah mendusta hati
lena di dakapi mimpi
menyapa keluhan
yang akhirnya akan mengundang rawan
yakinlah kan bersabar
andainya telah tercipta panca persada

himpunkanlah kekuatan
usahlah dikaburkan
seribu kemanisan harapan dari genggaman

semarakkanlah onak asmara
pabila tiba ketikanya
Terleraikanlah jalinan cinta
menjadi satu dalam jiwa
relaikan tiap keresahan
di ufuk ke awan tautkan keindahan
kebahagiaan....

Friday, January 07, 2005

:: :) senyuman untuk 070105 ::

Ini catatan pertama untuk tahun ini. walaupun ari tu berio utk catatkan something untuk closing year, tapi tak nyempat jua akhirnya. Hajat nak habiskan dokumentasi GRASIS (dateline 11 hb tuuu), tapi tak de idea nak mengarang lah pulak. Maka aku tukar channel sikit laa, mengarang dlm blog jelah - yelah mlm2 ni mana ada mood dah nak bekerja. Dan untuk pertama kalinya aku berada dalam bilik kat VSK dan gunakan laptop opis untuk merapu dalam blog he he-jgn tak caya leh dapat line internet, guna 'tanduk kerbau' pinjam ngan en Zulham.

sepanjang thn nie, kalau review2 balik, banyaklah peristiwa yang berbagai rasa kita dah lalui. Ada pahit, manis, masam, tawar bah kan yg tak de rasa pun ada. Ada yg kita lalui sorang2, ada yg kita lalui ngan kengkawan, ngan family malah ngan orang yg kita tak kenal pun ada :D. Yang pasti, segala pengalaman yang ada akan mematapkan diri kita. kata orang, belajar dari pengalaman. Kalau ada buat kesilapan, tak yah lah ulang lagi pd thn ni n thn2 mendatang. Kalau hasil sesuatu kerja yg kita lakukan tak berapa best, thn nie kita upgrade lah kualitinya, chewaaahhh..

agak2 apalah azam korang thn ni eh? err.. orang tanya azam bukan mohd azam (keh keh-ada yg terasa ker?!) Aku punya azam thn ni simple je - nak menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya dan meng'upgrade' apa2 yg patut di'upgrade'.

n untuk closing year ni, ada satu citer lawak nak share lah. Agaknya peristiwa ni tak pernah berlaku kat korang lah. kalau sapa2 yg pernah terkena tu,sila angkat tangan.... Berapa hb tah ari tu, PPKT buat jamuan raya. Dah nama lagi jamuan raya, aku pakai baju raya lah ari tu. rerasa cam dah anggun giler dah mlm tu, tapi tetiba je bila sampai kat PUKOM, nampak Miza - cam kenal je baju yg dia pakai. Arggghhhh tidak, pesal baju dia sama sebijik cam baju aku! Nak tukar tak sempat dah, so aku buat donno jelah (lagipun tetiba teringat camno aku bg nasihat kat wa masa dia pakai baju sama ngan k faizah ms majlis perasmian PPKT-terkena btg hidung sendiri baru tau keh keh). Separuh masa pertama cam ok2 lagi, pastu masa nak ambik mknan, aku lintas lah sekelompok staf pompuan nie n terdengarlah diorg duk bergossip- "ah ah samalah baju dia, mana eh sorang lagi". ni yg maleh nie.. pastu apa yg aku tau lps tu aku lepak je sambil menikmati mknan kat ruang legar PUKOM sampailah majlis tu habis :P...

:) - satu senyuman untuk korang semua pada awal thn baru ni, aku harap senyuman ni masih semanis senyuman thn lepas n akan tetap manis untuk tahun-tahun akan datang...

u/p:

** oly - awal2 thn pun dah jiwa kacau ker?!! :)

** du - mmm.. bunga telur awak nampakkkkk HIJAU :P

** Kyeong Hee - Keudae ga isseo na ee haru ga areumdabda :) - "u make my days beautiful"

** terk - 'floating' terk?!! ko kat ni duk belah mana sebenarnya raz..ker floating sepanjang thn? :P

** che da - nak diary usm? kira hadiah b'day thn ni boleh?!!

** Bi - welcome to penang.. agak2 bila aku leh jadi mak angkat anak ko ni..?

** smarties - tak leh pegang lama2 dalam tapak tangan, nanti warna dia cair.. :)

** en kerengga - masalah adalah untuk ditangani bukan lari, kalau duk lari je sampai bila pun tak selesai

** bob - line streamyx kat langkawi putus terus ka???

** abg mazli - semoga hadirnya 'rezeki' pada thn ni.. :)

Saturday, January 01, 2005

:: Happy New Year ::

New year (gregorian) is just round the corner,
so happy new year 4u, all the best, wishing u a
prosperous year in future, good luck in everything u
do and may all ur whises come true..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...