Friday, December 24, 2004

:: Namanya Wan ::

Namanya Wan. Berumur 23 tahun. Anak bongsu
daripada 8 adik beradik. Dikelilingi oleh 2
abang, 5 kakak dan ibubapa. Sekali imbas,
tiada yang pelik pada Wan, hidup dalam keluarga
yang besar di sebuah kampung. Namun apa yang
tak kena pada Wan ialah pepatah yang dipegang
'Dalam setandang kelapa, pasti ada yang rosak'.

Dibesarkan oleh ibubapa yang mementingkan
pendidikan menyaksikan abang-abang dan
kakak-kakak Wan berusaha keras untuk menyambung
pelajaran ke peringkat lebih tinggi, bukan
setakat sekolah menengah, namun Wan hanya
menghabiskan sekolah menengah sahaja, tidak
berminat untuk ke peringkat lebih tinggi.

Disaat abang-abang dan kakak-kakaknya hanya
bercakap mendatar dengan ibubapa, nada suara
Wan lebih tinggi dari nada suara ibubapa.
Disaat abang-abang dan kakak-kakak membina
kehidupan, Wan memilih untuk tidak melakukan
apa-apa untuk hidupnya.

Dimanakah silapnya? Mengapa berbentuk lain
sedangkan dari acuan yang sama? Mengapa Wan
tak mampu berfikir dengan matang? Atau
abang-abang dan kakak-kakak Wan terlalu sibuk
mengubah dunia sehingga adik seorang terpesong
dari landasan.....?

Kisah Wan ini bukan lah Wan seorang, malah
ramai lagi 'Wan' diluar sana yang menunggu
untuk diselamatkan oleh orang-orang seperti
'abang-abang' dan 'kakak-kakak' Wan. Namun apa
yang boleh 'abang-abang' dan 'kakak-kakak'
ubah, jika Wan sendiri yang menolak perubahan.
Setakat memandang dari kejauhan dengan mata yang
berair, dada yang sebak, hati yang runsing
tidak akan dapat mengubah apa-apa. Akhirnya,
ibubapa yang sepatutnya diusia begini aman di
kelilingi anak-anak, terpancar kerunsingan di
wajah....

1 comment:

Anonymous said...

Sent: Saturday, January 08, 2005 11:55 AM
Subject: thn 2005..


> Assalamualaikum....
> Ter'rasa' jg bila baca citer wan. pe kabo tu? pakai alamat opis kontek ma.
> eh he. saje je ni. nak reply blog tu xleh, mengayat kat sini aje la.
> ok , ciao.
>
> mi
>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...