Friday, November 26, 2004

:: Ketupat palas, tapai pulut ::

Raya ari tu, lama gak cuti.. seminggu jugak lah duk kat rumah. Sempat la tolong apa2 yg patut (n sempat gak la bosan.. tu yang ada kena kacau tuh..heh!). Tak de apa yg berbeza raya thn ni, cam raya tahun2 lepas jugak. Yang pasti tahun nie sekali lagi jadi cinderella - berbaju cantik pastu port depan sinki, heh!

Tak beraya sgt, tak de transport.. 'kuda' kat rumah bocor n tak de sapa pun berinisiatif dan bawak pi bengkel, maka patah kaki lah aku :). setakat beraya rumah mak2 sedara jelah. rumah member2 lama pun tak sampai, he he sah2 kena kutuk. tapi kan, ada la satu rumah member tu (kira childhood friend la nie) selalu tiap tahun sampai (sbb rumah dia dekat je ngan rumah kita..) tapi kan thn nie naik segan nak gi rumah dia. tetiba je husband dia jadi YB, maka rumah dia penuh ngan tetamu jelah sepanjang masa, maka kita pun tak jenguk muka sampailah dia panggil suruh naik rumah dia (waktu tu melintas depan rumah dia) n terkejut la jugak sbb dia kata baru je habis pantang (alahai..tak tau pun dia pregnant)!

Juadah tetap tiap kali raya ialah ketupat palas, tapai pulut daun getah. mesti ada nyalah. selalunya aku jadi assistant mak bungkus tapai je, bila tang bungkus ketupat fail. selalu ketupat aku yg 'tak hensem' jadi bahan lawak mak n kakak. tapi thn nie mak tak de assistant lain (k mah balik rumah mertua, k ha dah balik Pekan), maka nak tak nak mak kena terima jugak ketupat aku yg 'tak hensem' he he (setelah di QC laa). dan ketupat yg 'tak hensem' lelama jadi 'ketupat hensem', dan kalau thn2 lepas aku hanya menghasilkan sebiji ketupat 'tak hensem', tahun ni statistik naik sikit - 85 biji beb. he he jumlah yg boleh dibanggakan utk pembungkus ketupat amatur spr aku!

thn ni en kerengga beraya kat rumah. tu pun syawal ke 6 baru sampai. memula kecik ati gak, raya kedua kata nak dtg, sampai kesudah tak nampak muka, pastu buat dono je. rancak gak dia sembang ngan ayah, dah sedara dia, habis asal usul salah silah diorg sembang. tapi nampaknya masalah dia tak habis-habis2 jugak. aku pun dah naik penat tgk dia. tak tau lah sapa yg bermasalah sebenarnya- dia ke atau puteri penyu. tapi apa yg aku boleh simpulkan- hati boleh berubah bersama masa. dan aku cuba menjadi seorg kawan yg baik - menyokong apa yg dia nak buat walaupun kekadang dlm kepala ada pendapat lain yg lg bernas dan jitu rasanya :). maka semalam aku call en kerengga n bg pendapat yg ikhlas seikhlas ikhlasnya. kalau lepas ni dia nak kata aku pendapat aku tak betul pun biarlah.. yg aku tahu tu lah pendapat aku yg ikhlas yg patutnya dah lama aku ckp. n semalam sebelum end conversation, aku tambah sikit..

"en kerengga.. dah la bergurau ngan saya"

"emm naper?"- terdengar sedikit gelak

"bukan lah.. saya tau apa yg en kerengga kata tu bergurau. mungkin tak maksudkan pun. n saya tau en kerengga tak mungkin suka saya pun..... tapi saya pun perempuan, kekadang akan terasa jugak, kay?"-sebenarnya dlm kepala aku nak kata aku tak mungkin dapat ganti puteri penyu, tapi lain pulak ayat yg aku sebut.. he he!

"emm.. kay lah.."

yesss..akhirnya dapat jugak aku brainwash dia semalam. :)

Saturday, November 13, 2004

:: catatan pertama di Padang Kemunting ::

nama saya Aimi. nama saya Hazeem. Nama saya Hafriz.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin selamat malam.
bebye5..
............................................................................

sehari sebelum raya. catatan dia atas adalah hasil karya anak2 sedara yg baru belajar membaca. 2 hari kat rumah, hanya lakukan rutin biasa.. he he bukak puasa kuih dan lauk yg banyak.

Thursday, November 11, 2004

:: Balik Kg.. o o Balik Kg.. Hati Girang ::

:)

Hari ni last ada kat opis sblm raya, mlm ni nak balik kg dah. Nampaknya Du sorang je lah yg antar mlm nie. Terk dah selamat naik bas kul 10 pg tadi. Farah balik KL esok. Du pun kata nak balik Taiping lps sahur esok (leh caya le nie?!!! he he). So kira ni catatan terakhir sbl balik raya laa.

Hajat di hati nak siapkan modul registration klinik sbl balik raya, tapi dengan kadar kemalasan yg ada sek, tak pasti lah berapa percent dapat siap heh! Takpelah 22hb karang kita samb balik laa.. tapi sebenarnya nak balik kg pun tak lega hati sgt sbb lps raya nanti byk 'benda' yg menanti untuk disiapkan.

Catatan hari ni tak leh pjg sgt laa sbb nak kena siapkan apa yg patut sbl pijak tanah tumpah darah esok :).

~S.e.l.a.m.a.t H.a.r.i R.a.y.a A.i.d.i.l.f.i.t.r.i~ maaf zahir batinnnnnn...

Wednesday, November 10, 2004

:: Oli.. Bogoshipda.. ::

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya
Diselamanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...