Thursday, October 28, 2004

:: 13 Ramadhan 1425 271004 7.30 am ::

Selamat Berpuasa. Untuk aku, untuk korang n untuk semua. Walaupun hari ni dah hari ke 13 kita berpuasa, rasanya tak lambat sgt untuk ramadhan wish kan (better late than never). Semoga ramadhan thn nie membawa seribu keberkatan dlm hidup kita.. :)

Ramadhan thn nie adalah ramadhan pertama setelah tamat bergelar student. Ramadhan pertama yg diraikan luar daripada desa dan Ramadhan pertama di VSK. Tak de perbezaan sgt, cuma sek tak lagi bersahur ngan nasi goreng Pak Ku heh!

Semalam baju raya yg ditempah ngan mak Abg Mazli dah siap. (Hehe testing baju raya tuu, ari tu beli kain ngan che Jah ms gi kelantan). Baju untuk mak tak pos ke kampung, mak kata "tak pelah, dah ada yg k mah, k tie jahit. Yang tu nanti jahit untuk raya haji..." -waaaa baju raya mak lg byk dari baju raya aku :D!

Du n terk lantik aku sebagai 'tukang pukul' (istilah pukul disini adalah menggunakan mixer) untuk adegan buat biskut raya. Pastu naik pangkat sikit jadi 'tukang gentel' he he. maklum ler biskut oat.. babak yg plg 'cemuh'(istilah terengganu utk bosan) ialah gentel kecik2 n salut ngan oat :). Walaupun rupa biskut ni tak lah 'good looking' sgt, tapi rasa bagussss bgt- dlm nak buat raya tu, aku dah habiskan separuh ms buka puasa n sahur keh keh!

Puasa tahun nie langsung tak ambik kisah psl kad raya. Kalu thn2 dulu mesti dah buat list, kira berapa kad raya nak kena hantar. Tapi semalam, ajak jugak si terk cari kad raya kat S2. Mana taknya, 2 3 kad raya dr member dah sampai - maknanya nak kena bls lah tu :D. Pastu, anak2 buah kat kg call "Mok Ma.. Along, Achik nok alamak, nak anta kad raye..". Advance sungguh bebudak zmn sek, kecik2 pun dah pandai kirim2 kad raya. Tapi rerasanyalah aku ni mak sedara mithali, seme org pun sayang keh keh.

Bulan pose nie, kalau kat opis bila petang tak produktif sungguh! kalau dah bersandar kat kerusi tu.. lambat sgt buat kije, 1 page pun lamaaaaa je nak siap. Tak sepatutnya begitu kan, puasa bukan lah alasan utk adanya perubahan dlm 'hari2' kehidupan kita. Tapi letih beb, mlm pun asyik 'tertido' awal je.. :D.

Lastly, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!
# Pohon Semalu #

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah mengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. :)

Friday, October 22, 2004

# 211004 14:58 - oh kod sumberku, khabarkanlah jika aku yg bersalah #

time opis nie.. sorilah ari ni guna time opis lak..
tapi betul2 tak de mood nak samb kije.. ni kira nak ambik mood lah nie
susah nak betulkan benda yg kita tak nampak bendanya .. (he he hantu ker?)
dan "apa yg tak nampak" tu lah kita nak kena cari..(cam cari harta karun lak)
dah 2 hari operasi mencari dijalankan namun GAGAL.. huk aloh lah, kat mana dia menyorok nie...
oh kod sumberku, khabarkanlah jika aku yg bersalah!!

Monday, October 18, 2004

# Kau Ilhamku..#

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...



Thursday, October 07, 2004

# suatu mlm di opis, 0710204 12:17 am #

My Dear Diary,
minggu ni agak sibuk. Sibuk ngan grasis-web registration, failing system, grasis ptj.. so tak lekat sgt dlm bilik. Banyak habis masa kat meja meeting. kena demo kat user-user yg ada. semalam kat transkrian, minggu depan kat kelantan (again?!!!), esok nak demo kat pelawat dari UM. Tapi yg demo nya abg mazli gak..aku duk situ n dengar macam2 komen n permintaan2 tambahan.. adusss kalau camni sampai bila pun tak leh hands over nih!

web registration akan mula pada 18hb 11 nie.. berdebar gak kalau ada bugs sbb ada pertambahan ari tu. Cuti raya camner yea.. tak leh cuti lama ke nie? tarikh perdaftaran web ditutup betul2 lepas 2 3 hari raya. He he..abg mazli kata, it's ok.. we open it then we leave it.. cayalah..

kesian e-klinik, minggu ni terabai. camno nak siapkan sebelum thn depan nie?

baju raya? thn nie tempah sepasang je. ntah tak de mood nak shooping2 kain, pk baju grad ari tu baru buat, baju dinner ari tu baru pakai sekali..kira baru lagi laa.. leh pakai lg utk raya :). tapi...arghhhh camno leh lupa nak shopping raya utk mak n chek nie.. bila lak dia nak tempah baju raya nanti????!!!!

kereta? yes..i'm planning to buy a car. my abang sulong suggest picanto, new car from kia. we surf the net, quite cute laaaa.. Then survey at showroom, unfortunately seme picanto kat showroom dah deliver kat customer n kalau tempah pertengahan thn depan baru dapat, lama oooo. Agaknya dah rezeki, balik dari kedai kia ari tu (selepas kecewa sbb picanto takde kat showroom), terjumpa sekor tgh park tepi jln. maka kami berenti dan peranti betul2 la, siap masuk dlm lagi (dgn permission tuan dia laaa..) tp agak frust sbb bahagian passenger kat belakang quite sempit laa... so bila timbang2 balik cam nak tangkap wira laa, tapi sekarang dia keluar wira SE je, memang tambah 3 ribu je lg n leh dapat cc 1.5 tapi appearance cam ganaz2 je. He he agak2 kalau bawak nampak pelik tak??!! Chek dah 2 3 kali tanya-kereta dah beli ker? he he apo nak jawab.......

apa lagi nak citer aaa? My dear best friend Mie is back! Memang dia dah lama balik mesia, cuma tak sempat betul2 nak sembang...

mmm.. apa lagi ekk.. dah ngantuk sebenarnya.. dah 1 a.m.. he he apalah problem script ang mazli.. sat2 nak tgk jugak. well, my dear diary.. see u next time. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...