Thursday, September 30, 2004

# Cuti-cuti Malaysia : Kangar – 25/9-26/9#

Nampaknya seme underground pun dah tulis pepanjang psl hari melawat perlis ari tu.. so nampaknya tak yah la presiden nak ulas panjang2 he he..
Cuma nak state 'BEST SUNGGUH DAPAT KUMPUL BALIK' --the feeling, the environment is there, perasaan spr kembali ke zmn ms degree ari tu. Mana nak dapat tuuu.. payah ooo..

Pengajaran yg kita leh ambik masa cuti2 malaysia ari tu:
i) Kalau bergelak ketawa rumah org, ingatlah dunia sikit..
ii)Kalau kat meja mkn n meja mkn tu ada bunga n bunga tu dlm pasu kaca, hati2 lah masa mengimbas-ngimbaskan tangan anda.. kan adalah yg tak leh bawa masuk majlis keh keh keh... (Gon.. tlg ganti pasu bunga mak angkat tuh... charge nanti kita kira lain :D)

So, sapa nak plan untuk cuti2 malaysia lepas nie? Next destination: CAMERON kut eh.. ari tu Kuchinz dah survey apa... AKAN KU PUJUK bapak ku kali ini, apa nak jadi, jadi lah.. he he
# Suatu pagi pada 230904 : Apahal pulak aku bawa watak sampingan dlm citer ni? #

Sudah beberapa hari Gusti Putri tidak bertegur Hang Tuah dengan baik, Hang Tuah pun dah pening-pening kepala camne nak settle benda nie. Mungkin ada salah faham antara keduanya tapi tak tau lah apa citer sebenarnya sbb tak de dlm skrip.

Agaknya sbb tak mau salah faham ni berpanjangan, maka berangkat lah Hang Tuah berjumpa dengan Kasma dengan tujuan meminta tolong, memberi penjelasan kepada Gusti Putri dengan mendendangkan cerita benar dengan harapan moga2 segala yang keruh boleh dijernihkan. Dengan mulut yang separuh ternganga, aku blank sekejap.. apa ke hal lah pulak tetiba watak Kasma ada dalam citer nie. Kalu korang confused, aku lagilaaaaaaaa confused. Tak mampu aku nak kaitkan fakta2 yang ada dengan kemasukan watak Kasma dalam citer ni. Sampai ke hari ni pun confused pun tak abis.

Namun watak Kasma dalam citer nie tak mau jadi wira penyelamat keadaan, selamatkan diri sendiri adalaaaa he he. Maka jalan mudah diambil, tak yah la nak libatkan diri dalam skandal orang2 dewasa nih. Kau duk diam2 buat kerja ko dah. Kalau ko tak salah tak yah takut, berani kerana benar Beb! Kesimpulan daripada telemovie nie : kalau ada lagi Hang Tuah and Gusti Putri bergaduh, tak yah la campur tangan.. kan daripada tak de kes tetiba jadi KES besar! Kata K ha "tak pe.. ni lah hidup. Kalau nak jadi dewasa, kenalah harungi benda-benda camni" But it's ok, if u are good girl, u will be just fine. :D
# 150904 #

I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is YOU...
# awan putih #
260804 ptg kat opis...

Aku suka tgk langit. Suka tgk langit mungkin sbb awan putih. Suka awan putih mungkin sbb wonder cenggana awan tu sebenarnya. Aku tgk awan tak ubah cam 'gulalei' (panggilan org kg aku utk gula kapas), cam gebu2 gitu cuma kaler je tak sama. Kata cikgu awan tu wap air je...tak nampak cam air pun.. Dulu masa kecik2 selalu berangan nak naik kapal terbang then nak bukak tingkap dia (masa tu imagine tingkap kapal terbang cam tingkap bas hehe) pastu nak pegang awan tuh.. huh fantasi sungguh! Bila dah sekolah baru tau impian cam tu tak mungkin tapi sampai sekarang pun masih suka duk perati awan.

Agaknya manusia memang cam tu kut, walaupun tau sesuatu tu tak mungkin tp benda tu yg kita duk nak nak jugak. Tapi kalau sesuatu benda tu kita leh dapat ngan mudah jarang kita nak appreciate. Tak bagus kan? Ntah2 benda kita harapkan tu.. bila kita dapat baru kita tahu tak sebagus mana pun kan kan.. :). Oleh itu kalau kita tak dapat apa yg kita impikan, inginkan atau kita kekurangan sesuatu jangan lah sedih sbb Allah tu adil-mungkin apa yg kita impikan, inginkan bukan yg terbaik utk kita, walaupun kita kekurangan sesuatu mungkin kita ada kelebihan yg kita sendiri pun masih belum nampak he he. So, tak yah lah susah hati untuk hidup yg sekejap je kat dunia nih!

:: happy convocation day ::

05082004, sidang pagi

'Alhamdulillah..akhirnya aku grad jugak!!' - tu je yg berligar2 dlm kepala aku semasa dalam dewan. Walaupun ni kali kedua aku ada dlm majlis konvokesyen USM, 'excited'nya tetap sama cuma nervous nya je yg kurang. Bila dikenang2 balik masa susah senang belajar ari tu rasa berbaloi sgt berada dlm dewan masa nie. Lebih2 lagi bila pusing belakang aku nampak mak n chek kat tempat duduk ibu bapa. Anyway, Kasma.. tahniah!

Ari tu masa kemas buku2, material2 yg diguna pakai masa master aku terjumpa sajak yg aku karang masa aku tgh mandom sbb tak dapat nak define skop utk projek master... he he cam sasterawan negara lak. So, aku share jelah ngan korang...

Waktu begini..
Dikala arahku kelam,
Timur, utara, selatan, barat,
Tak nampak cahaya..

Apa yang aku tunggu?
Pendeta pembawa suluh?
Takkan kemana kalau
Selalu dipimpin
Seharusnya kena memimpin..

Usah ditunggu mega senja
Dikala sinar subuh,
Detik umpama mengesot
Meresahkan hati..
Langkahlah umpama Sang Perwira,
Gagah, utuh, teguh..
Nanti kau lihat
Senja menghambat waktu..


(Asma H 8/4/03 10:11 pm H12/004)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...