Thursday, August 19, 2004

# kisah 6 : Klinik oh klinik #
-090804, 17:35

korang mesti pelik kan... naper tetiba lompat ke kisah 6 tanpa menyudahkan kisah 4 dan 5. kisah 4 dan 5 tu ada tapi dalam kepala aku, tunggu masa yg sesuai untuk di 'finish'kan (he he, semalam akhirnya aku menyudahkan jugak!).

Ari ni memang nak meluahkan rasa tak puas hati kat diri sendiri je he he. Sepanjang setahun 4 bulan aku bergelar PSM kat USM nie.. dah 3 sistem klinik terlibat, yang latest e-klinik version 4. Kalau sistem2 sebelum nie berperanan sebagai 'tulang belakang' - tukang buat sistem je kali ni tetiba je bos bagi mandat besar - jadi ketua projek. Sebelum ni nampak ketua projek tu cam best je, leh suruh staf lain buat tu, buat nie, report tu, report ni, bila meeting tanya progress je... tapi bila terkena batang hidung sendiri, baru tau langit tinggi ke rendah.
Jadi ketua projek ni bukan setakat suruh staf lain buat tu, buat nie, report tu, report ni.. structure table nak kena pk, design baru nak kena pk, timeline nak kena pk, agihan kerja nak kena pk, nak kena ada skill empowering people, documentation lagi, everything nak kena handle looo.. everything psl system tu pun nak kena tau (lebih2 lagi sistem yg dah sedia ada..nak upgrade.. lagi haru.. dibuat nya sistem baru lg worse pd yg sedia ada, sapa yg mau jwb tuh? 'akakkkk jugak!!!')

Apa2 pun aku harap sangat projek ni berjaya disiapkan mengikut timeline. Harap dapat ambil seberapa banyak pengalaman semasa handle projek ni, semoga di masa depan aku yakin sikit utk handle projek2 lain. Kasma Chan, Yareba Dekiru. Shingotu Ganbatte Kudasai!
# kisah 5 : Bidadari #

"Bagaimana terjadi
Apabila bidadari
Bisa meranapkan hati ini…"

(asalnya ingin mencoretkan sesuatu pasal 'bidadari' nie, tapi biarlah aku simpan sendiri menjadi tanda tanya...)
# kisah 4 : kembali ke tempat asal #

Setiap kali susah hati, rasa penat mesti nak kembali ke tanah tumpah darah tercinta. Aku pun tak fhm apalah yg ada kat kg halaman nih, cam magic je.. nampak je pintu pagar rumah terus hilang segala kekusutan di kepala. Cam hilang ingatan lak kejap, he he. Kalau nak kira, kat rumah bukan tak de masalah, ada gak masalah tersendiri tapi ketenangan yang dapat tu lain. Terasa cam kembali ke tempat asal. Terasa cam tinggalkan yg lama dan mulakan sesuatu yg baru.

Baru2 ni balik kg, jumpa mak, ayah, keluarga. Nampak sangat wajah tua ayah. Sek ni hanya ada Wan yg temankan mak ayah. Mujur K Mah dan K Tie duk dekat2, atleast apa2 hal leh jenguk2. Tapi ayah kalau boleh nak jugak aku balik kerja kat Trg, dengan alasan aku tak de sapa2 kat penang ni.. tak de sapa nak jaga aku! – aku nak ckp apa... setakat ni alasan aku "nantilah dulu chek, dah grad karang ma cuba cari kerja kat trg"namun sampai ke hari ni tak de nampak pun aku berusaha untuk ' kembali ke tempat asal' he he. Sebenarnya aku dah agak selesa kerja kat sini, environment best, boss best, kawan2 kerja best, yg penting KERJA best ....... (apa lagi ekk yg best kat sini..he he he).

Dan kalau 'kembali ke tempat asal' juga mak aku akan membuka topik bab2 'anak2 dara jiran seme dah kawin, anak dara dia je yg tanda2 pun tak nampak' he he! Dan aku menyambut topik ini dengan buat dono sahaja, habis kuat pun sengih cam kerang tak berapa nak busuk. Pernah sekali sebelum dia buka bab2 ni, aku warning dulu "mak, ma ngan kawan ma ari tu tak jadi.. ntah susah ah nak kawan ngan org nie.." dan warning aku menjadilah kali tu sbb sampai ke sudah dia tak bukak kitab, he he. Agaknya dia ingat aku tgh sedih giler kut, padahal nya macho lagi masa tu!

Dan Jumaat depan sekali lagi aku akan 'kembali ke tempat asal' sbb K Tie adakan jamuan kesyukuran. Yess yess yahooo...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...