Wednesday, July 28, 2004

# kisah 3 : aku: mangsa atau pemangsa?#

Masa tingkatan 5 dulu, Miss Lili ada ajar untuk menyeimbangkan ekosistem, maka kita ada rantai makanan. Dari situ lah wujudnya istilah mangsa pemangsa. Dalam bahasa mudah nya, pemangsa ni adalah makhluk yang makan mangsa. Atau bahasa kasar sikit, pemangsa ni selalu perdajalkan mangsa.. he he.

Peristiwa 2 September 2003 betul2 menyebabkan aku fikir aku dah jadi salah seorg MANGSA. Mangsa keadaan kut!! Dan menyebabkan aku mengiayakan pernyataan2 anti lelaki ex-roomate – "lelaki tak leh dipercaya". Sekian lama mengaku "begitu suka" walau tak kira betapa 'kuno', 'konservatif' nya aku, 'tupperware' telah membuat keputusan untuk memilih orang lain setelah aku betul2 nekad dengan komitmen yang aku janji (chewahhh..cam surat aku janji lak!). Masa tu aku terima segalanya dengan hati dan fikiran yang terbuka dengan pegangan 'segala yang berlaku memang ada hikmahnya'.

Dan segala yang berlaku memang berhikmah, kerana selepas itu aku ngan 'tupperware' makin terbuka dan kami leh berborak seperti kawan2 lama. Mungkin selama ini aku yang letak satu "gap" antara kami bila menyedari dia "suka aku?!!". We talk about almost everything, even about his new girlfriend :).

Dan sebab keterbukaan inilah, pada suatu hari itu aku saja2 gatal2 email dia tanya masa kami 'berkawan' apa yang tak kena pada our relationship. Dan jawapan email daripada dia betul2 menyebabkan aku berfikir panjang dan memandang hal antara kami dari sudut yang berlainan.

Masa dia ngan JJ, dia happy sangat. Dia rasa ada org yang jaga dia, dia rasa ada org yang take care kat dia sebagaimana dia take care kat JJ. Give n take. And masa aku 'ambik' dia dari JJ (wei.. aku bukan perampas, that's not my prinsip.. masa ni aku tak tau pun kewujudan JJ, n 'tupperware' terima aku mungkin sbb dia rasa dah lama tunggu aku tanpa menyedari dia sebenarnya suka kat JJ dah...wahhh cam drama lak rasanya.. heh!) dia kata rasa happy tu hilang, macam dia je duk ingat kat aku, macam SS, aku ntah kemana2. aku bukan kemana2 aku ada, Cuma mungkin sbb cara kami berlainan – dia 2, 3, 4, 5 kali misscall aku baru balas sekali. Dia antar 2 3 mesej.. aku kumpul jawab sekali. Bila fikir2 aku ni take his love for granted ker? Aku ni tak menghargai sayang orang kat aku ker? Bukan.. bukan macam tu.. k. Ha kata 'terima orang yang suka kita daripada kita terkejar2 org yang kita suka' dan itulah yang aku buat, aku tgh memupuk rasa suka padanya namun dia tak bagi masa yang banyak pada aku.

Tapi aku tak kisah, menyerah bukan bererti kalah, mengundur bukan bererti tewas kerana kehadiran aku telah menyedarkan 'tupperware' tentang nilai cinta JJ dalam hidup dia yang selama ni mungkin dia tak nampak. Namun apa yg aku kesalkan dengan kehadiran aku, JJ telah pergi jauh dari hidup 'tupperware' dan berita terkini tentang JJ amat tidak menyenangkan hati. Sesungguhnya aku rasa amat bersalah. Amat salah sehingga saat dan detik aku menulis kisah ini, aku masih tidak menghubungi 'tupperware' seperti biasa............ (sebak di dada siapalah yang tahu....). Maka dalam citer nie.. mangsa sebenarnya 'tupperware' dan JJ dan PEMANGSA sebenarnya ialah AKU!

1 comment:

Silver Fox said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...