Friday, July 30, 2004

# Catatan 30 Julai #

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 87

Wednesday, July 28, 2004

# kisah 3 : aku: mangsa atau pemangsa?#

Masa tingkatan 5 dulu, Miss Lili ada ajar untuk menyeimbangkan ekosistem, maka kita ada rantai makanan. Dari situ lah wujudnya istilah mangsa pemangsa. Dalam bahasa mudah nya, pemangsa ni adalah makhluk yang makan mangsa. Atau bahasa kasar sikit, pemangsa ni selalu perdajalkan mangsa.. he he.

Peristiwa 2 September 2003 betul2 menyebabkan aku fikir aku dah jadi salah seorg MANGSA. Mangsa keadaan kut!! Dan menyebabkan aku mengiayakan pernyataan2 anti lelaki ex-roomate – "lelaki tak leh dipercaya". Sekian lama mengaku "begitu suka" walau tak kira betapa 'kuno', 'konservatif' nya aku, 'tupperware' telah membuat keputusan untuk memilih orang lain setelah aku betul2 nekad dengan komitmen yang aku janji (chewahhh..cam surat aku janji lak!). Masa tu aku terima segalanya dengan hati dan fikiran yang terbuka dengan pegangan 'segala yang berlaku memang ada hikmahnya'.

Dan segala yang berlaku memang berhikmah, kerana selepas itu aku ngan 'tupperware' makin terbuka dan kami leh berborak seperti kawan2 lama. Mungkin selama ini aku yang letak satu "gap" antara kami bila menyedari dia "suka aku?!!". We talk about almost everything, even about his new girlfriend :).

Dan sebab keterbukaan inilah, pada suatu hari itu aku saja2 gatal2 email dia tanya masa kami 'berkawan' apa yang tak kena pada our relationship. Dan jawapan email daripada dia betul2 menyebabkan aku berfikir panjang dan memandang hal antara kami dari sudut yang berlainan.

Masa dia ngan JJ, dia happy sangat. Dia rasa ada org yang jaga dia, dia rasa ada org yang take care kat dia sebagaimana dia take care kat JJ. Give n take. And masa aku 'ambik' dia dari JJ (wei.. aku bukan perampas, that's not my prinsip.. masa ni aku tak tau pun kewujudan JJ, n 'tupperware' terima aku mungkin sbb dia rasa dah lama tunggu aku tanpa menyedari dia sebenarnya suka kat JJ dah...wahhh cam drama lak rasanya.. heh!) dia kata rasa happy tu hilang, macam dia je duk ingat kat aku, macam SS, aku ntah kemana2. aku bukan kemana2 aku ada, Cuma mungkin sbb cara kami berlainan – dia 2, 3, 4, 5 kali misscall aku baru balas sekali. Dia antar 2 3 mesej.. aku kumpul jawab sekali. Bila fikir2 aku ni take his love for granted ker? Aku ni tak menghargai sayang orang kat aku ker? Bukan.. bukan macam tu.. k. Ha kata 'terima orang yang suka kita daripada kita terkejar2 org yang kita suka' dan itulah yang aku buat, aku tgh memupuk rasa suka padanya namun dia tak bagi masa yang banyak pada aku.

Tapi aku tak kisah, menyerah bukan bererti kalah, mengundur bukan bererti tewas kerana kehadiran aku telah menyedarkan 'tupperware' tentang nilai cinta JJ dalam hidup dia yang selama ni mungkin dia tak nampak. Namun apa yg aku kesalkan dengan kehadiran aku, JJ telah pergi jauh dari hidup 'tupperware' dan berita terkini tentang JJ amat tidak menyenangkan hati. Sesungguhnya aku rasa amat bersalah. Amat salah sehingga saat dan detik aku menulis kisah ini, aku masih tidak menghubungi 'tupperware' seperti biasa............ (sebak di dada siapalah yang tahu....). Maka dalam citer nie.. mangsa sebenarnya 'tupperware' dan JJ dan PEMANGSA sebenarnya ialah AKU!

# kisah 2 : Jiwa Kacau #

Kadang2 apa yg kita telah lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan adalah bukan dari kehendak akal kita. Namun, banyak kali kita kalah pada hati dan perasaan sendiri. Kita membenarkan apa yang tidak benar dan kita menidakkan apa yang betul maka jiwa yang murni akan kacau.

Kita akan termenung panjang, berfikir dengan banyak mengapa kita lakukan hal-hal yang tak sepatutnya kita buat. Kita bertekad, nekad untuk ubah everything dan kita berusaha ke arah itu. Namun, kalah jugak!!!! Bila duk nekad kalah, nekad kalah kita akan jadi manusia yang paling bosan. Boleh sampai tahap bosan dengan diri sendiri.
Smarties kata 'tidak bagus bosan dengan diri sendiri'.... betul! Sebab hanya kita yang betul2 kenal diri sendiri....

Jiwa yang kacau akan menyebabkan kita tidak motivated, hilang semangat (semangat yang hilang??), seperti hilang roh lagaknya. Maka kita akan banyak diam, wajah tidak ada lagi senyuman manis dan orang sekeliling akan ingat kita menanggung masalah yang maha besar. Silap-silap ari bulan, bos pun akan bagi cuti panjang kepada kita (:) part ni best!!!).

Maka dengan jiwa yang kacau ini..aku beralasan untuk minta cuti panjang ngan bos tersayang. He he he he he he kih kih kih.. (muka innocent giler gi minta cuti panjang ngan bos, nak tolak pun bos pk 7, 8 kali wakakakaka..)

Tuesday, July 27, 2004

# suatu hari pada 28 Julai 2004 #

Hehe .. untuk kuchinz n gorgon..
Akhirnya korang update jugak blog korang..
Terseksa aku wei.. tunggu latest news dr korang..
Dah la memasing sibuk cam tak ingat dunia..
Cuba bebawak reti2 kan diri update blog..
He he puas hati aku dapat membebel kat korang.. kah kah..
(walau sebenarnya aku pun dah lama tak update, bukan tak mau wei.. network problem.. :D)
so.. hari ni marilah kita meng’update’ blog.. 1..2..3.. go..

# kisah 1: kawan zul, kawan wa dan 1 Julai.. #

lokasi : Ground flour VSK, depan lif
masa : dalam kul 10 mlm cam tu..

kawan zul : Ni kawan Wa yang dlm kereta tadi kan..?

kawan wa : A..ah ah.. Kawan Wa ke?

kawan zul : Emmm.. UTM

kawan wa : Kawan Zul?

kawan zul : Emmm.. (boleh la tuuuu..). Zul tadi mana?

kawan wa : Err dia jumpa Wa jap...

kawan zul : Duduk sini ker?

kawan wa : Ah ah.. Tingkat atas.. (memang lah seme rumah pun kat atas..!!!). Satu rumah

ngan Zul ker?

kawan zul : Emm.. duk ngan dia jap, baru je habis belajar tgh cari2 kerja kat sini..

kawan wa : ooo..

Dan pintu lif terbukak..

kawan wa : Tak nak naik ker?

kawan zul : Belum lagi..

kawan wa : Ok, Bye..

Tuesday, July 06, 2004

# Tentang Seseorang #

Teruntukmu hatiku, ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya, imaji yang terlintas
Berjalan pada satu Tanya slalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih

Kepada yang tercinta inginku mengeluh
Semua resah di diri mencari jawab pasti
Akankah seseorang yang diinginkan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku

Cinta hanyalah cinta, hidup dan mati untukmu
Mungkinkah semua Tanya kau yang jawab
Dan tentang seseorang itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta

p/s: Ada Apa Dengan Cinta...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...