Friday, June 11, 2004

# hujan di hati.. #

Manusia. makhluk yg dijadikan tuhan pelbagai. pelbagai ragam. pelbagai kerenah. pelbagai perangai. pelbagai tujuan. pelbagai rupa. memang byk pelbagai.. namun yg penting akal dan hati. akal yg mampu membezakan baik dan buruk, salah atau benar, wajar atau tidak. hati yang boleh berkongsi kegembiraan, sedih, sayang, kasih, marah...

manusia-manusia ini lah yg berada di sekeliling kita. yg mencorakkan kehidupan kita. yg mewarnai kehidupan kita. dan manusia2 ini lah ada yg bernama kawan, ada bernama lawan.
kawan yg baik akan menjadi yg terbaik utk kita, maka kita juga sepatutnya menjadi yg terbaik utk kawan kita.

namun semalam aku telah menjadi seorg penjahat dlm kamus seorg kawan. mungkin org jahat ini telah hancur luluh kan hati seorg kawan..well, walaupun bukan kawan yg baik aku masih seorg yg bernama 'kawan'. perkara yg paling aku elak adalah menyakiti hati org lain, rela lagi sakit hati sendiri daripda menyakiti hati org lain. namun semalam apa yg aku lakukan adalah menyakiti hati org lain + menyakiti hati sendiri. rela dlm terpaksa? mungkin ini jln terakhir yg aku ada.. namun sesungguh aku sedang menangis didalam hati.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...