Monday, October 24, 2016

:: minggu exam ::

Disebabkan ada virus zombie a.k.a campak dalam rumah ni, ummi x sempat duduk betul2 dgn iman n idlan yg nak exam. Soalan pun kerah abah yg cari dalam internet. Jadinya ulangkaji depa hanyalah jawab contoh soalan.

Ummi sehabis baik utk cuba jadi cool, tanam sungguh2 - ikan bidangnya berenang, bukan panjat pokok - tp kalau b dan d masih tertukar, p boleh jd q, lapan belas jd lapan puluh satu, walang juga hati sedikit sebanyak!

Hanya satu subjek sahaja tanpa perlu bersuruh - pendidikan seni! Gambar ini ialah "ulangkaji" utk exam esok. Ummi tabik spring kat ko Iman, sbb ummi kalau lukis kuda silap2 nampak kambing!


Friday, October 07, 2016

:: Cerita Tok II ::

Cerita Tok I

Tok Wan Long meninggal masa Tok kecik-kecik lagi.  Jadi Tok dan Pak Ngah Him duduk dengan Tok Ki Long sahaja.  Kata Tok, Tokki Long kerjanya peraih ikan.  Kata Tok, Tokki Long orangnya ‘joli’, lepas urus anak2 suka berjalan, kadang sampai malam.  Ada satu ketika, Tokki tak balik, hari dah gelap, pelita habis minyak, minyak pula terletak tinggi, jadinya Tok dan Pak Ngah Him duduk bergelap.  Tok yang masih kecil menangis.

Tokki Cu yang duduk berjiran, dengar Tok menangis, minta Tok Wan Cu jenguk, langsung Tok dan Pak Ngah Him dibawa balik.  Bila Tokki balik, tok tak mo balik rumah Tokki.  Makanya bermula hari tu, Tok dah jadi anak angkat Tok Wan dan Tok Ki Cu!


Cerita Tok II

Tok hanya sempat bersekolah darjah satu sahaja, bila naik darjah 2 Tok tak dapat pergi sekolah dah walaupun lulus, walaupun cikgu datang ajak hari-hari.  Tok Wan Cu, mak angkat Tok tak cukup duit nk beli baju putih kain biru.  Masa darjah satu, belum ada baju seragam sekolah.  Start darjah 2 baru dikuatkuasa gamaknya.

Tok selalu gebang Tok ni pandai..dulu sekolah lulus.. kalau sekolah sampai habis, mesti dah jadi guru besar!”

Tapi Tok hati terang, Tok pandai mengaji.  Baca jawi juga boleh walaupun tak lancar.  Rumi? Yang mudah-mudah masih boleh ‘pukul’.


Cerita Tok III

Nama Tok sebenarnya Napisah.  Sebab tu panggilan manja tok Mek Sa, bila dah kawin naik pangkat jadi Mok Su Mek Sa.  Tapi, kenapa dalam IC namanya ditulis MIDAH BINTI AHMAD?

Ceritanya semasa Tok buat IC, polis yang bertugas tak reti eja nama Napisah, kata polis tu:
“Kite bubuh nama sama macam kakok dio la dok?” Merujuk kepada nama Tok Dah yang bawa Tok daftar IC pada hari tu.  Jadinya nama dalam IC tok tu bukan nama Tok tapi nama Tok Dah!

Sebab tu aku bubuh nama Nafeesa pada nama Inas, selain sebab makna yang elok, aku nak simpan nama Tok pada salah seorang cucu dia.  

*Tok Dah ialah anak Tok Wan dan Tokki Cu, jadinya kakak angkat Tok la.

Wednesday, August 10, 2016

:: tiga status ::

Tiga status kat FB dalam masa 1 minit.

HAHA.

Nampak sangat serabut.

Peringatan untuk diri sendiri sahaja.

status 1: Cilok status along Khairini

Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh.
Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah.
Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
HAMKA

Status 2 : Anak-anak merajuk

"Ummi ni asyik lambat aje"
Muncung anak2. Lajunya langkah masuk kelas.
Sorrylah anak2 ummi, agaknya ummi ni bakal Perdana Menteri Malaysia!

Status 3: Terkena panahan mata orang!

Ada sebab kenapa Allah hantar orang-orang di sekeliling kita!
Jadi toksah duk pk, ingat, kenang sangat lah.
Hantar doa cukup!

Bab status 3 tu, tak mo sembang kat sini, sbb tak mo ingat dah.
Tak mo kenang dah.  Kalau boleh 'hilang ingatan' bab tu pun tak apa.
Dah tua2 ni sangat penat bila sakit hati dengan orang!

Thursday, July 14, 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...